Kelmarin order hari ini dah dapat. Kalau hari itu Ainaa ada beli kek brownies yang superb delicious, kali ini Ainaa terliur dengan cheese tart yang sangat yummy ini memandangkan mata Ainaa dah lama dihidangkan dengan iklan sponsored yang keluar di Facebook. Nak pula Ainaa tengok review page Amsyarbaker ramai yang puji cheese tart dia orang sedap. Dan ternyata memang sangat sedap! Yang Ainaa order tu namanya 'Premiun Cheese Tart' berharga RM35 dan tambah RM3 untuk penghantaran terus ke tangan. Harga berbaloi dengan rasa sedapnya cheese tart mereka. Orang-orang Kelantan yang nak rasa yummy cheese tart ini boleh ke page AMSYARBAKER di facebook.
Bila mak asyik bebel kat telinga suruh anak dia buat kek tapi bahan-bahan kat dapur tak cukup, jadi Ainaa pun cari dalam Facebook yang jual kek brownies memandangkan Ainaa pun dah lama terliur. Pernah buat sendiri brownies tapi tak jadi kedut-kedutan tu. Hehe Lebih baik beli je lah senang kan.
Sebenarnya Ainaa terliur yang CAKEENY punya tapi jauh nun di Jitra. Bila la nak dapat rasa brownies kak eny. Tapi sementara tu dah nak sangat makan brownies, Ainaa beli dengan CikLa atau LELA HOME BAKERY HQ. Kalau nak beli dengan Cikla boleh search di FB. Kek brownies cikla yang Ainaa beli adalah combo set fudgy brownies iaitu ada dua ganache. Chocolate dengan salted caramel. Rasanya? Sedap sampai anak-anak saudara Ainaa tak puas makan. Dah nak habis pun, tak sempat nak simpan esok-lusa sikit.
Size brownies pula size loyang biasa dan harga untuk combo brownies RM40 tambah RM5 cas delivery. Harga boleh tahan tapi berbaloi sebab sedap. Lepasni boleh repeat order nak rasa yang tiga ganache pulak (choc, caramel, cheese).
Orang-orang Kelantan yang tercari-cari brownies sedap boleh cari facebook LELA HOME BAKERY HQ dan dapatkan brownies dan pelbagai kek yang lain dengan CikLa.
Harini sanggup tak makan dari tengah hari semata-mata nak pergi dinner di DAMIA CAFE. Damia Cafe ni terletak di Jalan Salor, Kelantan.... betul-betul di tepi jalan jadi kalau nak pergi senang jumpa. Nampak je kereta berderet parking tepi jalan tu memang betul lah. Restoran ni dia hidang secara buffet dan ada hidangan grill dan steamboat. Memang famous la Damia Cafe ni, tiap-tiap malam penuh dan kalau nak pergi lebih baik booking dulu. Boleh je nak pergi macam tu tapi kau orang terpaksa la tunggu sampai ada meja kosong. Nak tunggu tu bukan kejap, buffet kan. Memang customer akan duduk situ sampai betul-betul kenyang.
Apa je yang ada kat sana? Pernah pergi Seoul Garden? Haa! Macam tu lah hidangan di Damia Cafe ni cuma harganya memang sangat-sangat murah berbanding Seoul Garden. Harganya hanya RM20 seorang tapi minggu ni dia orang buat offer, hanya RM15 seorang. Diskaun sempena akhir tahun kan. Untuk kanak-kanak dan warga emas pun memang ada harga specialnya, tak sampai RM20 pun. Paling best, siapa yang pergi Damia Cafe masa hari jadi dia, akan dapat FREE! Yes, PERCUMA! Kalau kau orang nak buat jahat, pergi la dengan kawan-kawan time hari jadi kau orang. Kau dapat FREE, yang lain biar je bayar masing-masing. hehehe.
Di Damia Cafe ni juga setiap malam ada hidangan special. Paling special, kambing golek lah. Ainaa lupa kambing golek tu hidangan special hari apa tapi hari minggu. Nak tahu, boleh check di Facebook Damia Cafe atau call saja.
Pisang coklat atau pun pisang cheese snow yang orang suka sangat makan tu... Tiba-tiba petang kelmarin kakak ipar Ainaa bawak balik pisang goreng. Pelbagai perisa ada, coklat ada, cheese, oreo, strawberry dan apa entah lagi.... lupa. Memandangkan Ainaa tak berapa gemar pisang, jadi tak semua Ainaa makan. Ainaa try yang coklat snow je dan memang sedap! Tak terasa pula pisang tu sebab campur dengan coklat tapi Ainaa suka. Kakak Ainaa beli di Dayang Cafe Pasir Hor, Kelantan. Orang-orang Kelantan nak beli pisang goreng pelbagai perisa boleh la pergi sana. Tapi harga pisang goreng yang kakak ipar beli tu RM12. Terkejut kau. Tak tahu la nak kata mahal ke murah ke atau memang harga pisang goreng snow macam tu. Apapun boleh je nak try sebab sedap.
Teh tarik madu atau orang Kelantan panggil tea beng jebok! Hehe Sebut bagi betul ya. Agak famous teh ais madu ni yang ada di jual di Warung Pak Mat Teh Tarik Madu PCB (Pantai Cahaya Bulan), Kelantan. Orang-orang kata sedap tapi bila Ainaa pergi siang tadi, teh tariknya manis sangat. Ainaa memang tak suka manis pun walau kelantanese biasanya suka manis. Nak kata sedap, sama je dengan tempat lain yang pernah jual air teh ais ni. Cuma tempat ni je kut yang teh tarik dia memang kaww-kaww ditarik sampai terkeluar buih. Tapi itulah.... lidah orang kan lain-lain. Ramai yang kata sedap. Harga teh tarik madu ni RM4.20 agak berbaloi jugak la. Boleh pergi sendiri untuk mencuba, jangan pulak kau orang baca review Ainaa kata manis terus tak nak pergi. Pergi lah try mana tahu kena dengan selera kan.
Tempat makan ni agak famous juga dan tiap-tiap malam memang penuh. Kenapa famous sangat? Sebab daging burger nya buatan sendiri, orang kata homemade dan sangat tebal. Hari selasa hari itu saja ajak geng-geng sekolah lama dinner di KB Burger Bakar konon nak try mee/maggi udang gergasi (udang galah) tapi sekali pergi terbeliak biji mata! Haha Burger pun habis-habis murah RM12 rasanya. Jadi Ainaa nak order beef stick cheese tapi dah habis jadi terpaksa la order chicken grill cheese. Sebabnya.... kitorang pergi je sana tiba-tiba blur nak order apa. Bila dah ada makanan yang nak order, makanan tu pula dah habis. So memang spoil mood la time tu.
Tengok dalam FB orang ambil gambar burger dia nampak sedap, mee/maggi udang, maggi tiram dan sotong pun ada. Tapi bila pergi tak ada selera pula. Bukan Ainaa nak kata tak sedap.... Sedap! Cuma sebab dia punya daging tebal dan banyak sos jadi kita makan sikit je dah muak. Kalau nak datang KB Burger Bakar ni memang kena perut betul-betul kosong dan mestilah datang awal. Ainaa dengan kawan-kawan pergi pukul 9 pun banyak dah yang habis, jadi lebih baik korang datang lepas solat maghrib tu terus pergi. Kalau tak jadi macam kami.
Apa-apa pun, dia punya chicken grill cheese sangat sedap! Yang sotong tu kawan Ainaa order, sotong big size punya. Dia kata sedap tapi pedas dan susah nak makan memandangkan sotong tu liat. Tapi asal sedap kan. Nanti datang la singgah Restoran KB Burger Bakar ni. Datang awal-awal ya.
Macam poyo je tajuk entry kali ini tapi itulah..... Ainaa memang boleh drive kereta tapi tak pernah bawa kereta malam-malam atau masa hujan sebabnya masalah mata yang kurang jelas penglihatannya. Tapi balik cuti Raya Cina kali ini, Ainaa balik dengan mak saudara dan anak-beranak dia. Nak jadi cerita, suami makcik Ainaa ni sakit jadi tak boleh drive, yang bawa keretanya makcik Ainaa la. Kita orang bertolak dari Shah Alam pukul 1 pagi, sudah tentu laa akan cepat je rasa mengantuk tambah pulak jalan jammed! Sepanjang jalan mak saudara bawak memang Ainaa tidur walau banyak kali terjaga dan bila sampai kat kawasan Raub tahap makcik Ainaa memang tak tahan, mengantuk sangat. Kebetulan masa tu Ainaa terjaga sepenuhnya walau ikutkan hati memang nak sambung tidur lagi.... Tapi kesian dengan makcik jadi bertukar shift la kami, Ainaa pulak yang drive.
Boleh bayangkan tak macam mana berdebar gilernya Ainaa masa tu dengan tak pernah bawak kereta malam-malam tambah dengan jalan memang gelap dan berliku-liku? Lagi takut sebab kita yang jadi pemandu dan penumpangnya satu keluarga makcik Ainaa. Habis semua bacaan keluar kat mulut. Nasib baik hujan renyai-renyai dan kejap-kejap je. Ainaa drive dari Raub sampai ke Gua Musang berhenti untuk solat Subuh. Makan masa 2 jam lebih jugak Ainaa drive. Fuhh. First time ni. Paling Ainaa risau masa drive kat highway baru yang kat Pahang tu..... Jalannya memang la straight je tak ada liku-liku tapi itu yang buat sampai Ainaa rasa mengantuk tiba-tiba. Tapi Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa.
Tapi sangat bahaya memandu masa mengantuk. Perjalanan pulang ke Kelantan hari Sabtu jam 1 hingga 9 pagi itu pun banyak aksiden yang berlaku. Yang highway Pahang jalan straight je tu pun ada kemalangan!
Inilah pengalaman Ainaa memandu sejauh ni, drive sendiri nak balik Kelantan. Takut tu memang takut tapi kena beranikan diri. Kalau takut-takut tak boleh, berani sangat pun tak boleh. Paling penting bawak berhemah. Jangan mentang-mentang bawak kereta malam-malam tak banyak sangat kereta, kita boleh bawak laju-laju. Ok, bagi nasihat kat orang pulak kita ni. Haha.
Nasi Ayam Dan Ice Special di Kafeteria Fresh Garden
- 10/10/2015 02:52:00 pm
- By Nik Ainaa
- 5 Comments
Alhamdulillah, meriah rumah hari ini sebab abang Ainaa yang baru berpindah ke Pahang balik Kelantan semalam. Semua adik beradik berkumpul kecuali abang ketiga dan isterinya yang ada di Jepun. Kalau diorang ada jugak mesti lagi riuh rumah ni.
Nak dijadikan cerita, abang Ainaa belanja kami semua makan tengah hari. Mula-mula decided nak makan nasi arab lepas tu tukar beralih ke nasi ayam dan ice special di Kafeteria Fresh Garden Abah Ummi & Abe yang ada di Tanjung Chat, Kelantan. Sebab kami semua nak cuba ice special yang ada kat sana.
JAGUNG CINCAU
Nampak sedap kan? Memang sedap pun dan manis. Terliuh habis masa order nak air apa. Semuanya nampak sedap je dan ada pelbagai lagi pilihan ice special yang ada. Untuk makan pula, kami semua pilih Nasi Ayam. Lima Nasi Ayam Special dan tiga Nasi Ayam Biasa. Yang beza antara special atau biasanya hanyalah size ayam. Kalau yang special ayamnya besar dan kalau yang biasa kecil je tapi bagi yang makan sikit boleh la ambil yang biasa.
Bagi orang Kelantan atau siapa yang datang Kelantan dan nak cuba Nasi Ayam & Ice Special, boleh lah ke Kafeteria Fresh Garden Abah Ummi & Abe.
Sejak duduk berjauhan dengan family ni, sejak masuk asrama, kalau balik ke Kelantan.... Pantang tersalah cakap mengidam nak makan apa-apa pasti mak ayah Ainaa akan tunaikan. Macam semalam, Ainaa cakap kat mak ayah teringin nak makan abc sebab dah lama tak makan. Jadi semalam abah bawa cari abc di Kota Bharu tapi tak ada.
Dan hari ini, sekarang ni.... Abah bawak pergi makan abc sambil makan makanan laut celup tepung di Pantai Cahaya Bulan. Yeay!
Kenyang perut tambah bila abc dah cair, kenyang dengan air. Fuhh. Memang sedap la tidur malam ni. Haha.
Sengal betul rasanya. Entry yang sepatutnya diupdate sabtu [23/05/15] yang lalu diupdate hari ini. Sadis betulkan. Ish ish. Nak buat macam mana, minggu tu minggu Aina sibuk uruskan persediaan ke universiti.
25/05/2015, tarikh dimana Ainaa dengan kawan-kawan keluar bersama untuk kali terakhir sebelum masing-masing melangkah ke universiti. Ini kira perpisahan buat kami semua. Alahai, sedihnya.
Dan kebetulan pula tarikh yang kita orang nak keluar tu, sama dengan tarikh salah seorang kawan Ainaa. Jadi kitorang plan nak buat surprise untuk birthday girl! Tapi yang itu Ainaa cerita di lain entry, nak buat entry special for bithday girl. Hehe.
Kalau nak tahu, mula-mula Ainaa tak rancangan pun nak makan di Seoul Garden. Tapi kawan-kawan yang ajak lagipun masa tu tak boleh nak main bowling sebab dah penuh. Jadi Ainaa ikut saja.
Kalau nak tahu, mula-mula Ainaa tak rancangan pun nak makan di Seoul Garden. Tapi kawan-kawan yang ajak lagipun masa tu tak boleh nak main bowling sebab dah penuh. Jadi Ainaa ikut saja.
Kita orang masa tu ada sebelas orang, lagi dua orang datang lewat jadi kami yang masuk dulu. Ainaa tak pernah ke Seoul Garden sebelum ini. Sebab Ainaa tahu memang tak berbaloi langsung kalau Ainaa pergi memandangkan makanan kat sana disediakan secara buffet tapi sayang perut kita kecik. Uhuk. Memang makan sikit je bukan sebab nak jaga badan tapi memng dari kecil Ainaa makan sikit.
Harga semuanya RM360.94 tapi kena tambah RM21.46 untuk GST. Jumlah semua RM382.60 hanya kerana G.S.T! Ok stop. Tak ulang dah. Memang betul makan besar ni. Mana nak pernah makan dengan kawan-kawan sampai beratus macam ni. Dengan family itu tak hairan lah kan.
JADI BERBALOI TAK MAKAN DI SEOUL GARDEN?
sumber google
Berbaloi kalau kau orang memang penggemar makanan jepun, korea dan barat. Ainaa pula ok je nak makan makanan barat tapi kena ikut selera juga. Kalau betul-betul sedap memang Ainaa akan makan. Dan berbaloi juga kalau kau orang rasa makanan buffet kat sana sedap-sedap.
dan
Tak berbaloi jika kau orang jenis makan sikit, perut kecil dan seangkatannya atau kalau tekak kau orang adalah tekak melayu. Dan tak berbaloi juga kalau makanan kat sana masa kau orang pergi itu terkena yang tidak sedap! Itulah yang Ainaa kena.
Kita harapkan makanan kat sana berbaloi dengan harganya. Tapi hampeh. Mungkin masa Ainaa pergi tu kebetulan tak sedap. Kawan Ainaa sendiri yang pernah makan di situ cakap tak sedap. Lain dengan sebelum ni dia pergi sedap pulak. Adoi. Nasib kau lah labu...
TAPI APA-APA PUN ITU ATAS SELERA MASING-MASING. ADA YANG SUKA DENGAN MAKANAN DI SANA DAN ADA JUGA YANG TIDAK BERAPA MENGGEMARINYA. LIDAH MASING-MASING LAH. ^__^
Aktiviti Hujung Minggu di Taman Tengku Anis
- 3/14/2015 10:32:00 pm
- By Nik Ainaa
- 6 Comments
Assalamualaikum! Hadoii... tak sempat nak update blog. Minggu yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Entry ini sepatutnya nak buat semalam, tapi ada masalah nak bluetooth gambar-gambar dalam handset. Last-last dah sampai ke bulan purnama sebab letih sangat.
Alkisahnya, kelmarin hari Jumaat... Ajak kawan teman pergi Taman Tengku Anis. Saja nak lepak sana. Lagipun dah bertahun-tahun tak pergi sana. Kuakua. Last pergi masa anak saudara yang sulung belum boleh berjalan. Sekarang anak saudara tu dah genap berumur 4 tahun hari ini. Adik dia pula 25 hari bulan tiga ini genap 2 tahun. Semua dah bosar-bosar. huhu
Ok-ok. Melencong ke arah lain dah. Nah, tatap gambar yang sedikit ni puas-puas!
Rasa macam pergi ke tempat lain je. Memang tak sama langsung dengan Taman Tengku Anis yang dulu. Pergi sana rasa macam..... Ermmm..... suram. Pokok pun menguning je. Erk, menguning? Apa-apa jelah. Yang pasti, rasanya terjejas sebab banjir besar tahun lepas. Tengok kesan banjir pun ada lagi. Paras kepala haku kut!! Pergh! Memang dalam tu. Bukan saya yang pendek. Ahak! =P
Alkisahnya, kelmarin hari Jumaat... Ajak kawan teman pergi Taman Tengku Anis. Saja nak lepak sana. Lagipun dah bertahun-tahun tak pergi sana. Kuakua. Last pergi masa anak saudara yang sulung belum boleh berjalan. Sekarang anak saudara tu dah genap berumur 4 tahun hari ini. Adik dia pula 25 hari bulan tiga ini genap 2 tahun. Semua dah bosar-bosar. huhu
Ok-ok. Melencong ke arah lain dah. Nah, tatap gambar yang sedikit ni puas-puas!
Rasa macam pergi ke tempat lain je. Memang tak sama langsung dengan Taman Tengku Anis yang dulu. Pergi sana rasa macam..... Ermmm..... suram. Pokok pun menguning je. Erk, menguning? Apa-apa jelah. Yang pasti, rasanya terjejas sebab banjir besar tahun lepas. Tengok kesan banjir pun ada lagi. Paras kepala haku kut!! Pergh! Memang dalam tu. Bukan saya yang pendek. Ahak! =P