AFB FEEDS

Teh Tarik Madu

Teh tarik madu atau orang Kelantan panggil tea beng jebok! Hehe Sebut bagi betul ya. Agak famous teh ais madu ni yang ada di jual di Warung Pak Mat Teh Tarik Madu PCB (Pantai Cahaya Bulan), Kelantan. Orang-orang kata sedap tapi bila Ainaa pergi siang tadi, teh tariknya manis sangat. Ainaa memang tak suka manis pun walau kelantanese biasanya suka manis. Nak kata sedap, sama je dengan tempat lain yang pernah jual air teh ais ni. Cuma tempat ni je kut yang teh tarik dia memang kaww-kaww ditarik sampai terkeluar buih. Tapi itulah.... lidah orang kan lain-lain. Ramai yang kata sedap. Harga teh tarik madu ni RM4.20 agak berbaloi jugak la. Boleh pergi sendiri untuk mencuba, jangan pulak kau orang baca review Ainaa kata manis terus tak nak pergi. Pergi lah try mana tahu kena dengan selera kan.




You Might Also Like

1 Surat Cinta

  1. Kalau manis sangat X sesuai utk pengidap diabetis

    ReplyDelete