AFB FEEDS

KB Burger Bakar



Tempat makan ni agak famous juga dan tiap-tiap malam memang penuh. Kenapa famous sangat? Sebab daging burger nya buatan sendiri, orang kata homemade dan sangat tebal. Hari selasa hari itu saja ajak geng-geng sekolah lama dinner di KB Burger Bakar konon nak try mee/maggi udang gergasi (udang galah) tapi sekali pergi terbeliak biji mata! Haha Burger pun habis-habis murah RM12 rasanya. Jadi Ainaa nak order beef stick cheese tapi dah habis jadi terpaksa la order chicken grill cheese. Sebabnya.... kitorang pergi je sana tiba-tiba blur nak order apa. Bila dah ada makanan yang nak order, makanan tu pula dah habis. So memang spoil mood la time tu.




Tengok dalam FB orang ambil gambar burger dia nampak sedap, mee/maggi udang, maggi tiram dan sotong pun ada. Tapi bila pergi tak ada selera pula. Bukan Ainaa nak kata tak sedap.... Sedap! Cuma sebab dia punya daging tebal dan banyak sos jadi kita makan sikit je dah muak. Kalau nak datang KB Burger Bakar ni memang kena perut betul-betul kosong dan mestilah datang awal. Ainaa dengan kawan-kawan pergi pukul 9 pun banyak dah yang habis, jadi lebih baik korang datang lepas solat maghrib tu terus pergi. Kalau tak jadi macam kami.

Apa-apa pun, dia punya chicken grill cheese sangat sedap! Yang sotong tu kawan Ainaa order, sotong big size punya. Dia kata sedap tapi pedas dan susah nak makan memandangkan sotong tu liat. Tapi asal sedap kan. Nanti datang la singgah Restoran KB Burger Bakar ni. Datang awal-awal ya.

You Might Also Like

0 Surat Cinta