Harini sanggup tak makan dari tengah hari semata-mata nak pergi dinner di DAMIA CAFE. Damia Cafe ni terletak di Jalan Salor, Kelantan.... betul-betul di tepi jalan jadi kalau nak pergi senang jumpa. Nampak je kereta berderet parking tepi jalan tu memang betul lah. Restoran ni dia hidang secara buffet dan ada hidangan grill dan steamboat. Memang famous la Damia Cafe ni, tiap-tiap malam penuh dan kalau nak pergi lebih baik booking dulu. Boleh je nak pergi macam tu tapi kau orang terpaksa la tunggu sampai ada meja kosong. Nak tunggu tu bukan kejap, buffet kan. Memang customer akan duduk situ sampai betul-betul kenyang.




Apa je yang ada kat sana? Pernah pergi Seoul Garden? Haa! Macam tu lah hidangan di Damia Cafe ni cuma harganya memang sangat-sangat murah berbanding Seoul Garden. Harganya hanya RM20 seorang tapi minggu ni dia orang buat offer, hanya RM15 seorang. Diskaun sempena akhir tahun kan. Untuk kanak-kanak dan warga emas pun memang ada harga specialnya, tak sampai RM20 pun. Paling best, siapa yang pergi Damia Cafe masa hari jadi dia, akan dapat FREE! Yes, PERCUMA! Kalau kau orang nak buat jahat, pergi la dengan kawan-kawan time hari jadi kau orang. Kau dapat FREE, yang lain biar je bayar masing-masing. hehehe.


Di Damia Cafe ni juga setiap malam ada hidangan special. Paling special, kambing golek lah. Ainaa lupa kambing golek tu hidangan special hari apa tapi hari minggu. Nak tahu, boleh check di Facebook Damia Cafe atau call saja.

3 Comments

  1. ngaum-- lapar plak tengok gambar makanan tu.. hee~

    ReplyDelete
  2. terliur lak tgk seafood fresh2

    ReplyDelete
  3. Hoho.. kualiti time utk seisi famili di Kota Bharu... Diet mesti tolak ketepi kan?...

    ReplyDelete