AFB FEEDS

Pisang Goreng Pelbagai Perisa

Pisang coklat atau pun pisang cheese snow yang orang suka sangat makan tu... Tiba-tiba petang kelmarin kakak ipar Ainaa bawak balik pisang goreng. Pelbagai perisa ada, coklat ada, cheese, oreo, strawberry dan apa entah lagi.... lupa. Memandangkan Ainaa tak berapa gemar pisang, jadi tak semua Ainaa makan. Ainaa try yang coklat snow je dan memang sedap! Tak terasa pula pisang tu sebab campur dengan coklat tapi Ainaa suka. Kakak Ainaa beli di Dayang Cafe Pasir Hor, Kelantan. Orang-orang Kelantan nak beli pisang goreng pelbagai perisa boleh la pergi sana. Tapi harga pisang goreng yang kakak ipar beli tu RM12. Terkejut kau. Tak tahu la nak kata mahal ke murah ke atau memang harga pisang goreng snow macam tu. Apapun boleh je nak try sebab sedap.




You Might Also Like

2 Surat Cinta

  1. sekali sekala layan juga pisang goreng cheese berperisa nih...
    kalau selalu, muak dan harga boleh tahan.......

    ReplyDelete