Assalamualaikum! Hadoii... tak sempat nak update blog. Minggu yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Entry ini sepatutnya nak buat semalam, tapi ada masalah nak bluetooth gambar-gambar dalam handset. Last-last dah sampai ke bulan purnama sebab letih sangat.

Alkisahnya, kelmarin hari Jumaat... Ajak kawan teman pergi Taman Tengku Anis. Saja nak lepak sana. Lagipun dah bertahun-tahun tak pergi sana. Kuakua. Last pergi masa anak saudara yang sulung belum boleh berjalan. Sekarang anak saudara tu dah genap berumur 4 tahun hari ini. Adik dia pula 25  hari bulan tiga ini genap 2 tahun. Semua dah bosar-bosar. huhu

Ok-ok. Melencong ke arah lain dah. Nah, tatap gambar yang sedikit ni puas-puas!













Rasa macam pergi ke tempat lain je. Memang tak sama langsung dengan Taman Tengku Anis yang dulu. Pergi sana rasa macam..... Ermmm..... suram. Pokok pun menguning je. Erk, menguning? Apa-apa jelah. Yang pasti, rasanya terjejas sebab banjir besar tahun lepas. Tengok kesan banjir pun ada lagi. Paras kepala haku kut!! Pergh! Memang dalam tu. Bukan saya yang pendek. Ahak! =P

6 Comments

  1. kesan banjir masih ada ya. nampak macam kosong ja taman ni. macam tak ada orang

    singgah dari #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  2. seronoknyaa hujung minggu ainaa

    ReplyDelete
  3. masih ada kesan pasca banjir ye aina,memang ujian dariNya banjir besar yg melanda.
    #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  4. yup masih ad kesan2 bnjir. n abg arz, memang xde org sbb msa ni time solat jumaat. sbb tu xde org. hahaha

    ReplyDelete
  5. isi masa lapang dengan aktiviti memang best =)

    ReplyDelete