Sengal betul rasanya. Entry yang sepatutnya diupdate sabtu [23/05/15] yang lalu diupdate hari ini. Sadis betulkan. Ish ish. Nak buat macam mana, minggu tu minggu Aina sibuk uruskan persediaan ke universiti.

25/05/2015, tarikh dimana Ainaa dengan kawan-kawan keluar bersama untuk kali terakhir sebelum masing-masing melangkah ke universiti. Ini kira perpisahan buat kami semua. Alahai, sedihnya.

Dan kebetulan pula tarikh yang kita orang nak keluar tu, sama dengan tarikh salah seorang kawan Ainaa. Jadi kitorang plan nak buat surprise untuk birthday girl! Tapi yang itu Ainaa cerita di lain entry, nak buat entry special for bithday girl. Hehe.

Kalau nak tahu, mula-mula Ainaa tak rancangan pun nak makan di Seoul Garden. Tapi kawan-kawan yang ajak lagipun masa tu tak boleh nak main bowling sebab dah penuh. Jadi Ainaa ikut saja.


Kita orang masa tu ada sebelas orang, lagi dua orang datang lewat jadi kami yang masuk dulu. Ainaa tak pernah ke Seoul Garden sebelum ini. Sebab Ainaa tahu memang tak berbaloi langsung kalau Ainaa pergi memandangkan makanan kat sana disediakan secara buffet tapi sayang perut kita kecik. Uhuk. Memang makan sikit je bukan sebab nak jaga badan tapi memng dari kecil Ainaa makan sikit.


Harga semuanya RM360.94 tapi kena tambah RM21.46 untuk GST. Jumlah semua RM382.60 hanya kerana G.S.T! Ok stop. Tak ulang dah. Memang betul makan besar ni. Mana nak pernah makan dengan kawan-kawan sampai beratus macam ni. Dengan family itu tak hairan lah kan.


JADI BERBALOI TAK MAKAN DI SEOUL GARDEN?



sumber google

Berbaloi kalau kau orang memang penggemar makanan jepun, korea dan barat. Ainaa pula ok je nak makan makanan barat tapi kena ikut selera juga. Kalau betul-betul sedap memang Ainaa akan makan. Dan berbaloi juga kalau kau orang rasa makanan buffet kat sana sedap-sedap.

dan

Tak berbaloi jika kau orang jenis makan sikit, perut kecil dan seangkatannya atau kalau tekak kau orang adalah tekak melayu. Dan tak berbaloi juga kalau makanan kat sana masa kau orang pergi itu terkena yang tidak sedap! Itulah yang Ainaa kena.

Kita harapkan makanan kat sana berbaloi dengan harganya. Tapi hampeh. Mungkin masa Ainaa pergi tu kebetulan tak sedap. Kawan Ainaa sendiri yang pernah makan di situ cakap tak sedap. Lain dengan sebelum ni dia pergi sedap pulak. Adoi. Nasib kau lah labu...

TAPI APA-APA PUN ITU ATAS SELERA MASING-MASING. ADA YANG SUKA DENGAN MAKANAN DI SANA DAN ADA JUGA YANG TIDAK BERAPA MENGGEMARINYA. LIDAH MASING-MASING LAH. ^__^


16 Comments

  1. berbaloi bila perut lapar sangat...berbaloi kalau pergi makan dengan orang yang boleh tunggu kita makan lama2....hehehe....last makan seoul garden tahun lepas....ni dah ada GST, tak tau la nak pergi makan ke tidak....sebab dah jumpa tempat yang murah and brbaloi yg ada steamboat n grill mcm seoul garden jugak....harga, under RM20 seorang....heee

    ReplyDelete
  2. 1st time juga haritu merasa makan kat Seoul Garden. Not bad la..tp masa tu tersilap ambil satu benda ni. Ingatkan ayam rupanya ikan apa entah. Lepas dah masuk dlm mulut, semua member nak termuntah. Tobat lepas ni dah tak nak pilih ikan tu lagi.

    ReplyDelete
  3. TAK BERBALOI untuk perut yang kecik. lepastu mahal nak mati sbb GST t.t . tapi sebab kempunan jugak hritu pegi la. serious rasa membazir sgt.

    ReplyDelete
  4. hahahha... btol berbaloi bagi y enjoy mkn steamboat.. bole laa... xmngecewakan lg stakat ni.. best..

    ReplyDelete
  5. untuk org macam kita tak berbaloi aina. kita makan dekat warung biasa je. hehehee

    ReplyDelete
  6. Kalau nak g makan kat situ kena kosongkan perut dulu, skip breakfast ke, baru boleh makan banyak. haha...

    ReplyDelete
  7. mak oiiii...!! tiga ratus lebih....
    daripada tak kenyang pun automatik jadi kenyang lepas tengok bil..

    hahahahahaa... :p

    ReplyDelete
  8. tak pernah pi makan kat situ lagi
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  9. aduhai!nmpk mcm sedap..nampak jela..kang klau pergi tak sedap,rugiiii...plus kena mrh ngn en.suami..membazir..hiiihihi..jadi xberbaloiiiii..uhuhuhuhhu

    ReplyDelete
  10. adess... mahal sangat tu.. tak mampu tasha nk makan situ... dengan harga tu boleh tmpung makan untuk sebulan...

    ReplyDelete
  11. mgkn berbaloi jika ongkosnya banyak..tapi ramai juga yang kata makanan kat situ sedap

    ReplyDelete
  12. banyak gak tu harganya. takut mak tengok. hahahaha. oh, buffet rupanya. x pernah tahu lak selama ni... betul cakap aina. berbaloi kalau p sana sebab mmg mnat makanan korea and jepun

    ReplyDelete
  13. pergi ramai-ramai berbaloi kot ;)

    ReplyDelete
  14. boleh nk makan. tapi satu hari tu kena berpuasa lah

    ReplyDelete
  15. Style buffet rupanya. Boleh cuba ni. Dah kemaruk dengan sushi king, boleh pekena k-pop foods pulak hehe

    ReplyDelete