[Sembang Blogger] - Hati-Hati Bila Anda Keluar Rumah Dengan Tergesa-Gesa!


Alahai, malasnya nak update blog. Biasalah, mood bercuti terbawa-bawa. Tapi tengok group EFG bukan main rajin, kita pun nak kena rajin jugak. Hehe So, ohyeah! Berjaya juga update satu entry. Huh. 

daaaannnn..........


AWAS!! HATI-HATI BILA KELUAR RUMAH DENGAN TERGESA-GESA!!


sebaaaaaabbbbbb..........


maaflah, gambar seksi sikit. Yang lelaki, tutup mata. Jangan nak intai!


Okey, sebabnya.... Biasalah, kalau terbangun lambat ke.... atau tengah duk pilih baju-baju, tayang kat depan cermin atau tengah berperang dengan anak-anak ke..... tupp tupp tak sedar jarum jam dah bergerak jauh. Kita ni, kalau lambat mula lah semuanya serba tak kena.


Dan, macam ni lah akan jadinya.......




Muahahaha! Selipar lain-lain jenis atau warna! Pernah tak jadi macam ni? Kadang-kadang tak kalut pun, tengah asyik berborak masa turun rumah... kita tak sedar apa yang kita sarungkan kat kaki. Baik mengaku, pernah tak kena macam ni? Hahaha

Saya pernah juga dulu-dulu, nak pergi shopping mall.... Langsung tak sedar selipar lain-lain jenis. Satu memang betul selipar yang selalu pakai, tang kena sebelah lagi selipar jepun. kihkih 

Yang tersilap pakai selipar abang pun pernah. Nak turun dari kereta tu baru sedar rupa-rupanya terpakai selipar abang. Punyalah besar! Kalau selipar cantik tak apalah jugak. Ni selipar yang 10 tahun dah pakai..... Huiii! Sengal betul. Nasib baik lah apabila dah dewasa ni, tak pernah dah berlaku macam ni.


Kalau nanti terjadi jugak? Cakap je.... "Ini fesyen lah. kau apa tahu?!" >____<

16 ulasan:

  1. Kahkahkah. Lucu :D
    Kak Sha pernah jugak jadi gini. Nak cepat punya pasal, selipar sebelah lain-lain. Huwaaa.

    BalasPadam
  2. sekarang ni ok je aina, habis kuat orang cakap fesyen terkini tu..huhu :)

    BalasPadam
  3. ok lagi ada jugak selipar nak pakai, kes dayah lagi teruk..drive keta, tapi sebelum nk pergi tu sempat lagi sembang dekat dalam keta, kaki sebelah dekat luar, x persan selipar dkt luar..bwak jer terus sampai bandar tengok2 ada sebelah jer =,='

    BalasPadam
  4. kdg2 xsedar pakai selipar trbalik..
    kalo selipar lain2 kite pgl pkai selipar kawen.. haha

    BalasPadam
  5. Hahahah. tak pernah lagi pkai slipper warna lain lain

    BalasPadam
  6. Hahaha... Pnh juga jadi.. Hehe

    BalasPadam
  7. kawan aku td... tergesa-gesa sampai lupe nk pakai deodorant ..... heheheh

    Owh! Jom Kenal | Segmen - Owh!MananQayyim™

    BalasPadam
  8. tak pernah kena... tapi pernah nampak orang lain yang macam tu.. nak ketawakan tak sampai hati.. so, buat2 tak nampak je lah... kuii kuii kuiiii... :p

    BalasPadam
  9. jangan ulang kerap sangat ya. hehe

    BalasPadam
  10. akak pernah kena..tapi tebalkan muka je..ahhaha

    BalasPadam
  11. hahahaha bab selipar ni penahgak. dalam kereta dah letak kasut nak pakai masa nk kuar kereta. tapi pi sarung selipar jepun haha

    BalasPadam
  12. pernah jadi tapi kat stokin lah :D pasal tak lipat2 kain lagi, terus ambik je stokin dalam longgokan kain tu, sebelah lain sebelah lagi lain T_T

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.