Alhamdulillah, meriah rumah hari ini sebab abang Ainaa yang baru berpindah ke Pahang balik Kelantan semalam. Semua adik beradik berkumpul kecuali abang ketiga dan isterinya yang ada di Jepun. Kalau diorang ada jugak mesti lagi riuh rumah ni.

Nak dijadikan cerita, abang Ainaa belanja kami semua makan tengah hari. Mula-mula decided nak makan nasi arab lepas tu tukar beralih ke nasi ayam dan ice special di Kafeteria Fresh Garden Abah Ummi & Abe yang ada di Tanjung Chat, Kelantan. Sebab kami semua nak cuba ice special yang ada kat sana.

 ABC SPECIAL


 JAGUNG CINCAU


MILO FLOAT


Nampak sedap kan? Memang sedap pun dan manis. Terliuh habis masa order nak air apa. Semuanya nampak sedap je dan ada pelbagai lagi pilihan ice special yang ada. Untuk makan pula, kami semua pilih Nasi Ayam. Lima Nasi Ayam Special dan tiga Nasi Ayam Biasa. Yang beza antara special atau biasanya hanyalah size ayam. Kalau yang special ayamnya besar dan kalau yang biasa kecil je tapi bagi yang makan sikit boleh la ambil yang biasa.


NASI AYAM SPECIAL


NASI AYAM BIASA


Bagi orang Kelantan atau siapa yang datang Kelantan dan nak cuba Nasi Ayam & Ice Special, boleh lah ke Kafeteria Fresh Garden Abah Ummi & Abe.

5 Comments

  1. Beza nasi ayam special dgn nasi ayam biasa hanya pada kuah sup tu..betul tak Aina? tgk pada gambaq tu la..

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok ni dik...lebih-lebih lagi yang ABC special tu...hihi

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok air-air dia...
    mengiurkan

    Jom santai-santai join Giveaway
    Giveaway Nurfuzie Dot Com #1

    ReplyDelete