Demam Berlarutan

Ya Allah... tak habis lagi dengan masa peperiksaan SPM dulu Ainaa sakit teruk, sekarang final exam pun Ainaa demam walau tak seteruk SPM. Demam dalam kereta yang perjalanan sangat lama dari Kota Bharu ke Petaling Jaya, sampai ke hari ini masih demam dan sakit badan.

Nasib baik juga paper untuk hari semalam dipostpone ke hari Jumaat, kalau tak sejarah akan berulang lagi. Macam mana nak jawab dengan keadaan sakit. Pengalaman pahit ketika SPM. Hari ini Ainaa ada exam untuk Bahasa Arab, alhamdulillah demam hari ini tak seteruk semalam. Gagahkan diri walau badan penat bahkan bukan setakat hidung berair, mata pun berair jugak sebab panas. Dengan hidung tersumbat, kepala pun jadi pening.

Doktor pun dah jumpa, ubat pun dah nak habis. Harap sangat demam, selesema dan sakit badan ini dah sembuh esok. Tak larat nak hadap lama-lama. Badan panas tapi kita terasa sejuk yang amat.

Maaf juga kawan-kawan dan geng EFG tak dapat nak jenguk group Whatsapp, Ainaa tak boleh nak main phone lama-lama dengan kepala sakit. Internet pula dah kembali jadi seperti dulu, segan nak hidup. Huhu.

14 Jam Perjalanan Di Musim Perayaan

Alhamdulillah, Ainaa selamat sampai di UIA Petaling Jaya lebih kurang jam 11 pagi lebih. Sepatutnya kelmarin Ainaa dengan abang Ainaa dah bertolak jam 10 setengah pagi dari rumah tapi tersangkut dalam jammed dari jam 12 sampai jam 3, di kawasan yang sama! Jam yang teruk amat sampai kereta tak bergerak langsung. Berjam-jam kami di tempat yang sama. 

Mula-mula nak lalu ikut Machang tapi jam teruk gila-gila dan kemudian tukar lalu ikut Pasir Putih tapi masih sama. Kalau jammed tapi kereta tak bergerak-gerak, memang bukan kerja nak hadap. Jadi abah Ainaa call suruh kami balik semula. Suruh Ainaa dengan abang bertolak nanti malam.

Jadi kami bertolak pukul 9 setengah malam dan sampai pukul 11 lebih macam tu. Aduhai, ini pun sampai-sampai terus demam.tersangkut dalam jammed lama-lama punya pasal. Lepas tu, ni baru dapat tahu exam hari esok dipostpone! Argh. Kalau tahu Ainaa memang tak terburu-buru nak balik sini. Huh.

Melawat Baby Kawan


Ingat lagi tak entry yang lepas Ainaa ada update pasal JADI ISTERI DAN IBU MUDA. Hari ini Ainaa dengan kawan-kawan seramai sebelas orang semunya pergi dengan dua buah kereta ke rumah kawan Ainaa yang baru melahirkan anak. Yang tukang pandu Ainaa padahal sejak masuk universiti bulan enam yang lepas, memang tak bawak kereta terus. First time jugak Ainaa bawak kereta sejauh ni. Haha Alhamdulillah, semua selamat walaupun kawan Ainaa sound "Kecut perut aku wei. Dah la semalam tak solat taubat." HAHAHA Tahu-tahu jelah kalau dah dapat lesen lepas tu lama tak bawak tiba-tiba kena jadi driver. =P


Baby Muhammad Azhar. Dapat jugak aunty-aunty muda tengok baby dengan mama baby. Sanggup aunty drive jauh semata-mata nak tengok baby tau. Baby yang baik, diam je orang dukung, baby pasrah je aunty-aunty berebut nak pegang. Haha Kawan Ainaa baik-baik je, sihat macam orang tak beranak je. Cuba baby je kena kuning, tinggi jugak tak silap. Tak apa baby, baby minum susu kambing yang Aunty Farah bawak tu nanti insha Allah hilang kuning tu

.
Lepas dah melawat kawan Ainaa dan babynya, kita orang semua pergi rumah kawan lelaki yang sebenarnya ajak hari Ahad masa majlis perkahwinan abang dia. Tapi sebab kami semua ni esok dah nak bertolak ke universiti masing-masing jadi dia suruh kami pergi hari ini jugak.

Seronok dapat jumpa kawan sekolah dulu. Ada yang kali terakhir jumpa lepas exam SPM dan ada yang kali terakhir jumpa sebelum berangkat ke universiti. Terlepas rindu walaupun tak semua yang ada. Tak apalah ya kawan-kawan, tunggu cuti sem kita semua pergi lepak lepaskan rindu yang menggebu ini ya. >___<

Pertandingan Menulis Novel Seram Anjuran SR Publication


Sesiapa yang ada bakat dalam menulis dan ada manuskrip novel seram atau yang ingin mencuba dalam dunia penulisan, boleh sertai PERTANDINGAN MENULIS NOVEL SERAM ANJURAN SR PUBLICATION. Semua butiran dan syarat boleh lihat dalam poster.




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Wow! Begitu ramai penulis-penulis yang berbakat di luar sana yang begitu berminat untuk menyertai pertandingan menulis manuskrip seram anjuran SR Publication. Bukan saja penulis di Malaysia, ada penulis dari luar jugak menyatakan minat untuk menyertainya. Cukup hebat sambutan yang diberi!
JANGAN TUNGGU LAGI! Pada yang dah siap manuskrip hantar pada kami di e mel : srmanuskripseram@gmail.com . Tak perlu pening kepala nak memenuhi terma dan syaratnya, kerana mudah saja. 
1. Manuskrip asal penulis
2. Tidak pernah diterbitkan
3. 500 mukasurat atau lebih (jumlah mukasurat ini hanya sebagai guideline. Kami lebih mementingkan ceritanya dan kebebasan diberi pada penulis untuk berkarya ikut kesesuaian cerita mereka)
4. Karya yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan diterbitkan oleh SR Publication.
-Manakala karya yang tidak terpilih sebagai pemenang peluang tetap ada untuk diterbitkan bergantung pada penilaian panel kami.
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! HADIAH WANG TUNAI MENANTI ANDA! Pada yang masih menulis teruskan kerana tarikh tutup penyertaan pada 31hb Disember, 2015. MUNGKIN ANDA PEMENANGNYA!
 ( copy from facebook page SR Publication )

Jadi Isteri Dan Ibu Di Usia Muda

Whops! Bukan Ainaa ya yang jadi isteri dan ibu muda. Kahwin pun belum. Hehe Tiga hari yang lepas Ainaa ada upload gambar baby di Instagram. Baby kawan Ainaa yang baru melahirkan anaknya Jumaat yang lepas.



Tak perlu kut Ainaa cerita panjang, kau orang boleh baca caption yang disertakan dengan gambar baby. Kawan Ainaa yang dah jadi ibu muda ni, kahwin tahun lepas dan dah mengandung tahun lepas tapi keguguran. Tapi alhamdulillah, cepat je rezeki diorang suami isteri, tahun ini dah boleh sambut Aidil Adha bertiga. Berutungnyaa..... 

Kami, kawan-kawannya ini mula lah semua gatal tak shabar nak kahwin termasuklah Ainaa sendiri. KAHKAH Masing-masing kecoh dalam group whatsapp. Beruntungnya dia, kahwin awal dapat jadi isteri dan ibu di usia yang masih muda. Tapi kawan Ainaa tu tak apalah sebab dia dah matang. Cuba Ainaa.....tak boleh, tak boleh. Nahi! Perangai macam budak-budak ada hati nak kahwin. >___<


Syria Care Malaysia

Seperti yang kita tahu, bumi Syria musnah akibat kekejaman rejim zionis bertahun lamanya dahulu. Ramai yang mati syahid dan ramai anak-anak kecil yang dibunuh, ditembak dan dibom..... Sangat menyayat hati.

Kita sebagai keluarga seIslam dengan mereka yang berada di bumi Syria, boleh memberi sumbangan kepada mereka yang bakal menghadapi musim sejuk. Hanya inilah caranya untuk kita membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan pertolongan kita.


Susahnya Nak Jaga Ikhtilat!

Assalamualaikum.



Semakin meningkat dewasa, semakin banyak cabaran nak jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Jujur Ainaa cakap, sejak melangkah ke universiti ini ikhtilat semakin susah nak dijaga. Walaupun kami masih menundukkan pandangan ketika bercakap, duduk berjarak-jarak, sentuhan sama sekali tak ada tapi Ainaa rasa ikhtilat dulu(ketika berada di sekolah agama) dengan sekarang(di universiti) sangatlah berlainan. Dulu, memang betul-betul jaga. Nak cakap dengan lelaki pun susah apatah lagi nak bermesej dan berwhatsapp bagai. Sekarang, dah mula berwhatsapp walaupun masih dalam group kelas. Yang tak best, whatsapp hanya sembang kosong, usik-mengusik dan gurau-gurauan!

Alhamdulillah, Ainaa sedar akan itu. Mula-mula saja 'terlalai' seketika dan sekarang Ainaa cuba untuk menjarakkanya kembali. Sedaya upaya cuba untuk menjauhkan kembali dan jaga ikhtilat lelaki dan perempuan. Yang pasti, yang terjaga sebelum ini kena berterusan dijaga. Yang mana terlalai sebelum ini kena cepat-cepat sedar. Bersembang kosong, mengusik dan bergurau dengan kaum adam dalam group whatsapp memang kena hentikan.



Kau orang pula, bagaimana? Ada yang tak tahu apa itu ikhtilat, hukumnya dan bagaimana cara untuk menjaga ikhtilat? Tak perlu rasa malu. Belum terlambat untuk belajar dan belum terlambat untuk menjaganya. :) Ainaa ada share entry dari blog Tarbiah Sentap dalam kotak bawah ini, bolah lah baca ya:



Kekeliruan dalam ikhtilat?


Bismillah. Saya mulakan post kali ni dengan nama Allah yang agung, tempat kita semua bergantung, tempat kita semua menyembah dan patuh. Saya minta ampun pada Allah andai saya sendiri tidak beramal, ya Allah, kurniakan kekuatan kepadaku untuk mengamalkan seluruh apa yang aku katakan. Post kali ini mungkin sensitive bagi sesetengah orang. Mungkin ramai yang tak mampu terima, atau mungkin ada yang terima namun rasa berat untuk amal, dan ada yang setuju, faham dan amal. Saya harap, korang lapangkan dada, menilai dengan syarak tentang isu ini, ketepikan nafsu.

Post kali ini tentang satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Ia adalah isu IKHTILAT. Satu isu yang telah berjaya membolak-balikkan hati segelintir daie, isu yang telah berjaya mkenghacurkan dan memerangkap hati sesetengah orang yang ikut tarbiah.

Saya pernah bersembang dengan ramai orang, apabila mereka luahkan masalah mereka, kebanyakannya rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ikhtilat ni. Ada yang langsung tak rasa ikhtilat ni salah dengan beberapa alasan yang sangat tak berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya ikhtilat, namun akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan ikhtilat. Ada yang sudah terjebak dengan ikhtilat dan telah merasai betapa SEKSANYA bila terperangkap dalam ikhtilat, dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara dosa ikhtilat ini.

Oleh sebab itu, post ini di tulis. Dengan harapan isu ini di fahami dengan jelas. Dengan harapan, kita BEBAS dari penjara dosa. Dengan harapan, kita akan lebih laju dalam tarbiah dan dakwah setelah kita terlepas dari ikhtilat ini. Bagi memusnahkan kekeliruan akan isu ini, saya akan bahagikan penulisan ini pada:

1)Benda ASAS dalam ikhtilat yang perlu di fahami.
2)Faktor tewas dalam ikhtilat
3)Kekeliruan dan penyelasaian dalam ikhtilat.

Dengan nama Allah, saya mulakan huraian ini. Dengan penuh harapan padamu, ya Allah, kurniakan kefahaman pada kami.


BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI

Awalnya, saya nak sentuh tentang apa itu ikhtilat. Ikhtilat ni kalau nak mudah faham, ia adalah pergaulan antara laki dan perempuan. saya rasa semua tahu. Ok, jom kita terjah satu-satu penerangan:

a)HUKUM

Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah

Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.

Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.

Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.

Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.

b)Kenapa ikhtilat HARAM?

Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!

Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.

Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.


FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT

Ramai orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan, ianya harus andai:

1)Kita terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.
2)Andai kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.

Tapi hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?

Ingat, kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat. Apakah ini? Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?




KEKELIRUAN DAN PENYELESAIAN DALAM IKHTILAT

Kekeliruan ni banyak. Kalau saya nak rungkaikan segala kekeliruan dan bagi penyelesaian, sangat lenguh jari nak type. Hakikatnya, kalau kita dah faham benda basic yang saya dah hurai kat atas tadi tu, segala kekeliruan boleh settle. Tapi, saya just nak kemukan beberapa kekeliruan yang famaous.

a)”Kitorang kawan je. Bukan bercinta pun”
   “Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu penting!”
  “Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
  “Kitorang bukannya zina pun…”

Kalau orang yang bagi alasan macam ni untuk membenarkan dosa yang diorang buat, check balik, adakah kawan dengan berlainan jantina ni dhorurat yang kalau tak buat, kita mati, atau hajat, yang mana sampai perlu berkawan. Bab belajar sama-sama misalnya, selagi boleh sesame jantina, maka utamakan yang sesame jantina.Ana ada kawan, dia kata:

“Ush, tak boleh kot study group tanpa perempuan. Bila ada perempuan baru semangat.”
“Perempuan biasanya pandai, aku biasa rujuk dekat perempuan. Sebab tu penting study group laki perempuan…”

Dan lain-lain. Apakah? Pertama, saya nak nyatakan. Betulkah mesej atau persembangan korang time tu hanya menyentuh bab belajar? Kalau korang selitkan sembang-sembang biasa, siap ada “hehe”,smiling-smiling, Tanya-tanya khabar dan lain-lain, itu bukan belajar beb. Itu ikhtilat!

Mustahil andai kita berurusan dengan berlainan jantina atas alasan kawan misalnya, tidak mengganggu hati kita. Akhirnya, sedar tak sedar, kita rasa seronok bila sembang berlainan jantina, rasa “semacam”, rasa gembira. Hakikatnya, itulah nafsu. Selagi boleh berhubung sesame jantina, maka utamakan yang sesama jantina!

Saya ulang:” Selagi boleh berhubung sesama jantina, maka utamakan yang sesama jantina!”

Selagi boleh belajar dengan sesama jantina, selagi boleh Tanya pasal homework sesama jantina, maka buat! Kalau tak, memang hukumnya kembali haram. Kawan? Kawan sesama jantina kita pun kita tak settle, ada gaduh-gaduh dan sebagainya, buat apa sibuk-sibuk nak kawan berlainan jantina wahai kawanku yang hensem lagi smart? Kitorang bukan zina pun? Itulah jalan zina. Harap maklum.

Ukhwah? Bab ni saya suka untuk hurai. Apa hukum berukhwah dengan berlainan jantina? Baca ni betul-betul dan fahami. Sebelum saya yang hina ni menjawab soalan ni, saya beritahu kenapa saya timbulkan persoalan di atas. Ia adalah kerana saya Nampak, ramai yang “melonggarkan” ikhtilat ini atas dasar:”kami hanya berukhwah!”.Maka, yang terjadi, sesama ikhwah dan akhwat, mereka bertanya khabar, sembang-sembang  kosong dan lain-lain.

Sebelum saya jawab soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”,suka saya untuk bertanya:”Apakah makna ukhwah??”Adakah ukhwah bererti tidak bergaduh, mesra sesama orang yang berukhwah ,mengambil berat satu sama lain dan lain-lain?

Kalau itulah ukhwah, nescaya mat rempit dan geng-geng ganster juga berukhwah. mereka sangat ambil berat sesama mereka, mesra dan tolong menolong. ada mat rempit, jiran saya, meninggal dan kawan-kawan rempitnya yang lain menangis dan sedih dengan kematian kawan rempitnya. adakah itu bermakna mereka berukhwah?

Jawapannya:TIDAK.

Eh?abis tu, ukhwah tu apa?!


Suka ana bagi erti ukhwah yg di ta’rifkan oleh imam hasan albanna,dalam risalah ta’lim:
Ukhwah yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh di hubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yg paling ampuh dan berharga. persaudaraaan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan yg pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan takkan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yg paling rendah ialah berlapang dada dan yg paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

(surah alhasyr:9)

Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka perkuatkan antara satu sama lain.

(attaubah:71)

Inilah yg sepatutnya kita lakukan….”
(IMAM HASAN ALBANNA)

Melalui takrifan ini,maybe tak cukup faham. Nak lagi faham,rujuk buku “nazarat fi risalah ta’lim”,yang menghuraikan  takrifan ukhwah dari hasan albanna.Katanya:”Ukhwah hanya akan di rasai oleh mereka2 yang berjuang dan berdakwah….”

Kembali kepada soalan di atas: soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”.Bagi saya, jawapannya adalah:YA.UKHWAH ANTARA LELAKI DAN WANITA ADALAH WAJIB. Namun,seperti yang saya hurai tadi, ukhwah bukanlah bereti mesra, galak, bersuka ria dan lain-lain. Ukhwah adalah bersatu demi menguatkan islam. Allah hanya akan redha dengan ukhwah yang mana, hasil dari ukhwah tersebut, islam bangkit!

Yang korang kononnya "ukhwah" laki perempuan, islam makin hancur ke makin bangkit?! Bahkan, korang sebenarnya guna alasan agama untuk kepentingan nafsu!

Bererti di sini, realiti yg berlaku di kalangan ramai di kalangan kita, bagi saya, ia bukanlah ukhwah.Tetapi ia adalah IKHTILAT!

b)Dakwah berlainan jantina?

Awalnya saya nak Tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan lain-lain. Apakah ini?

Kalau bab dakwah ni, yang ana nak tekankan adalah isu yang memerlukan “meeting” atau mesyuarat. Ulama’ berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (tutup aurat sempurna)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
 7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa


Syarat khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Persoalannya, sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.

*****

Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.

Ada orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab simple:

”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”

Check diri. Sebab sangat ramai orang yang hancur lantaran terjebak dengan ikhtilat. Ya, awal-awal atas alasan kawan, atas alasan “kami akan kahwin”, atas alasan belajar, atas alasan dakwah tapi sebenarnya gerun, dan pelbagai alasan.

Rujuk sirah Arrasul. Hayati kisah Aisyah. Teladani tabiin.

Saya akhiri dengan sebuah persembangan ana dengan beberapa kawan saya, kawan saya bagi saya satu kata-kata yang sangat menarik:

“Ana pelik dengan orang yang rasa susah kalau tak dapat study group dengan perempuan. Yang beria-ria nak study group dengan perempuan. Lainla kalau tak boleh elak. Tapi patuhila syarat, jangan gurau-gurau dan lain-lain. ANA TAK STUDY GROUP DENGAN PEREMPUAN, boleh je dapat 4 flat. Nafsu je semua tu…”

Saya tersenyum:)

Wallahua'lam. Andai tidak setuju dengan mana-mana part, kita boleh bincang, nak tanya soalan atau apa-apa, ruangan komen di sediakan. Dan kalau saya ada masa, saya akan jawab. Perkongsian dari korang amat di galakkan.


-Adnin Roslan-


JOM SAMA-SAMA KITA JAGA IKHTILAT
ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
:)

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤ Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI 
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03

Material: Cotton + Polyester

Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


"Bukan Senang!"




Yup, bila lagi kita nak buat semua tu? 

Pakai TUDUNG LABUH LEPASI DADA, BAJU LONGGAR. pakai HANDSOCK dan BERSTOKIN.
Alhamdulillah, Ainaa buat semua itu sejak tingkatan satu. Memang mula-mula tak biasa, tapi nanti lama-lama.... KITA AKAN RASA SEGAN UNTUK PAKAI KETAT DAN TAK MENUTUP AURAT. Malah lagi terasa SELESA, TERLINDUNG dan SELAMAT kalau pakai menutup aurat dengan sempurna.


JOM, SAMA-SAMA KITA MENUTUP
AURAT DENGAN SEMPURNA :)


Kalau Dah Jodoh - Elee Mardiana




Peminat novel sekalian, jom kita beli novel KALAU DAH JODOH disamping dapat membantu penulis Elee Mardiana. Yang tak minat baca novel pun boleh belikan sebagai hadiah untuk adik-beradik, kawan-kawan dan girlfriend boyfriend yang minat membaca novel. Menurut penulis Elee Mardiana, novel Kalau Dah Jodoh ditulis berdasarkan kisah benar. RUGI sangat kalau tak beli novel ini yang dapat banyak positive feedback.

SINOPSIS KALAU DAH JODOH :

Kalau Dah Jodoh
RM17.00 (SM) / RM20.00 (SS)
Harga dah termasuk kos pos.
Untuk beli, bank in dalam akaun Maybank Elee Mardiana binti Muhammad.
No. Akaun: 158396028622.

Jujen, gadis manis yang berdikari. Memiliki perniagaan francais Korset Ajaib yang diusahakan semenjak di universiti lagi bersama sahabat karibnya, Azita. Jujen bercinta dengan Azmunir. Malangnya, setelah dua tahu melayari cinta, baharulah dia tahu bahawa Azmunir sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak.

Kecewa, Jujen pulang ke kampung halamannya untuk mengubat rasa duka. Di sana, emaknya yang dikenali sebagai Kepala Segala Mafia di Malaysia, memastikan Azmunir tidak lagi menghubungi Jujen. Dan emak Jujen bersekongkol dengan Azita dan Nuha, seorang lagi rakan Jujen, untuk menemukan Jujen dengan lelaki lain. Sekali lagi malang menimpa Jujen apabila lelaki pertama yang diperkenalkan kepadanya, kedekut nak mampus hingga... bacalah sendiri nanti. Yang kedua pula, gagal mengawal libido dan cuba mencabul Jujen di tepi pantai. Jujen diselamatkan oleh siapa lagi kalau bukan Azmunir yang mengekorinya kerana tidak mampu melupakannya, namun pada masa yang sama Azmunir tak berani merapati Jujen lantaran takut dengan ugutan Kepala Mafia 1Malaysia tu.

Tidak lama selepas itu, Jujen, Azita dan Nuha mengikuti rombongan syarikat induk Korset Ajaib ke Kanada. Di sanalah Jujen bertemu dengan Vikram Arora, lelaki Punjab yang telah menjadi rakyat Kanada. Bermula dengan mengambil gambar bersama, mereka mula berhubungan melalui telefon. Akhirnya, Vic melamar Jujen dan Jujen bersetuju untuk berkahwin dengan Vic. Namun, impian mereka itu telah dihalang oleh abah Jujen yang mengambil tindakan kejam, membelasah anak sulung dan juga anak kesayangannya itu hingga hampir mati. Jujen diselamatkan oleh emaknya. Dia memandu pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan berdarah semasa bapanya pergi menunaikan solat subuh di masjid dan pengsan sebaik sahaja tiba di rumahnya. Azita membawa Jujen ke hospital dan sehari selepas itu, Jujen dibenarkan pulang. Azita menjaga Jujen dan sewaktu itulah, Vic menelefon Jujen. Marah dengan Vic, Azita menelefon dan memaki lelaki itu serta memberitahu Vic tentang azab yang terpaksa Jujen tempuhi demi mempertahankan keputusannya untuk berkahwin dengan Vic.

Dipendekkan cerita, Jujen akhirnya berkahwin juga dengan Vic. Dia sedih di hari pernikahannya kerana bersendirian tanpa keluarga. Di Kanada, mereka diduga pula oleh sejarah lalu Vic, pihak imigresen dan juga seorang wanita Arab bernama Naglaa. Walaupun sakit hati, rintangan itu tidaklah sepenting mendapatkan kemaafan daripada kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Vic. Itu yang Jujen usahakan dan pada hari mereka bergaduh mengenai Naglaa yang cuba menggoda Vic, abang Vic berkunjung ke rumah mereka untuk membawa berita dari India. Pada masa yang sama juga, mereka menerima surat daripada ibu bapa Jujen dan juga pihak imigresen. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Jujen semasa itu.



...........................................

[ KISAH BENAR YANG INGIN DIKONGSI ]

Tolong share jika sudi..

" Assalam...

Selalu saya tulis dalam novel, sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Begitulah yang saya kena sekarang. Malam Selasa saya terima kerja yang ditawarkan tapi malam Rabu saya kehilangan kerja tersebut. Memang bukan rezeki. Ingatkan dah lega fasal bab rumah dan bab kerja tapi rupa-rupanya tak lega lagi.

Tak habis-habis musibah datang. Orang kata saya ni insan terpilih, Allah sayang sangat pada saya sebab tu Allah jentik dengan musibah.

Masalahnya dah dua tahun. Tak larat dah saya nak menongkah arus ujian demi ujian yang mendatang. Rasa nak mati dah sekarang.

Jangan risau. Saya masih yakin pada Allah. Cuma saya penat dan kecewa dengan hidup saya sejak kembali ke Malaysia. Dah dua tahun, ya Allah. Permudahkanlah hidupku. Tak larat dah aku menanggungnya.
Kalau sudi, tolonglah beli buku saya. Help me to bounce back, please... badly need your help. I guarantee you, my book will entertain you."

Kalau Dah Jodoh
RM17.00 (SM) / RM20.00 (SS)
Harga dah termasuk kos pos.
Untuk beli, bank in dalam akaun Maybank Elee Mardiana binti Muhammad.
No. Akaun: 158396028622.

.............................................


REVIEW PEMBACA NOVEL KALAU DAH JODOH :







Study Week = Final Exam!




Ainaa sekarang dah ada kat Kelantan.  Terus balik untuk study week kononnya padahal tahu kalau kat rumah, istilah 'study week' tu boleh pakai empat puluh peratus je. Lagi enam puluh peratus..... K.RI.K - K.R.I.K. Memang bukan setakat ke laut, tapi sampai ke hujung benua! Itu belum termasuk dengan nak qada' tidur sebab dah seminggu lebih Ainaa tak cukup tidur dan tak cukup rehat.

Apa pun, Ainaa kena pandai uruskan masa. Kena usaha lawan diri, istilah 'study week' tu kena dari empat puluh peratus ke sembilan puluh peratus! Nak seratus peratus tu memang tak laa. Boleh sakit-sakit dibuatnya macam SPM dulu. Ainaa dah serik dan tak nak jadi seperti SPM yang dulu. Jadi, jom la kita usahakannya. Good luck untuk semua dan diri Ainaa sendiri. Gambatte!


STUDY WEEK = FINAL EXAM

Macam ni lah dalam kepala otak ni penuh dengan "FinalExam-FinalExam-FinalExam!!!!"

Seminggu Yang Meletihkan

Minggu ni adalah minggu terakhir di CFS IIUM sebelum study week. Jujur Ainaa cakap sejak minggu lepas sampai ke minggu ini.... memang minggu yang padat dan meletihkan. Dengan kelas di siang hari dan malam pula pelbagai aktiviti dan program lain. Dan minggu terakhir ni la yang rasa sangat meletihkan. Persiapan untuk program asrama yang bakal ditutup, quiz, presentation dan oral reflection dibuat secara berturut-turut.


Fuuu..... Sabar Ainaa. Sabar. Dua tahun je. Dua tahun je kena korbankan masa rehat dan masa berhuha-huha. Walau 'jelly' jugak la tengok orang lain yang ada banyak masa terluang dan sentiasa cukup tidur. Kita mampu cukup tidur kalau balik rumah je. Uhukhuk.

Bila Jatuh Cinta

Pernah jatuh cinta tak? Apa yang anda buat kalau sudah terjatuh cinta pada seseorang? Sama ada cinta pandang pertama atau dah pandang banyak kali baru jatuh cinta atau macam mana caranya sekalipun kita terjatuh cinta. Apa yang akan dilakukan?





2 KATEGORI YANG DILAKUKAN BILA JATUH CINTA: 

1) BERTERUS TERANG KEPADA SI DIA
Ada orang dia berani. dia akan berterus terang dengan lelaki itu. Dia akan cakap yang dia sukakan atau dah jatuh cinta kepada si dia. Kena untung, mana tahu cinta berbalas tapi mestilah balasan cinta yang tulus dan bukan main-main.

2) TERUS DIAMKAN DIRI
Dan ramai juga yang hanya mendiamkan diri bila dah jatuh cinta pada si dia. Tak berani dan malu pula sebagai tembok besar. Orang cakap cinta dalam diam buat hati terseksa je. Tapi cinta dalam diam bukan cinta bertepuk sebelah tangan, ianya cinta yang tak ditunjuk dan tak dinyatakan. Dan..... Macam mana kalau cinta dalam diam itu berbalas? :)


Kalau kau orang, apa yang korang buat bila dah jatuh cinta? Berterus terang ke..... atau diamkan je?

Kami Menang Lagi


Sabtu yang lepas, Ainaa dengan roommates join pertandingan bowling di NU Sentral antara lines up Hisbah Siti Hawa dan peserta luar. Ainaa yang sakit kaki dan urat sebab pertandingan netball pun join sekali. Nasib baik masa tu dah baik sikit. Kitorang satu kumpulan ada empat orang. Ainaa kumpulan dengan tiga orang roommates Ainaa dan lagi dua orang kumpulan dengan kawan kami.

Siapa sangka setelah menang pertandingan netball, johan lagi dan pertandingan bowling pun kumpulan kami menang tempat pertama! Wohoo~


Tahniah juga kepada lagi dua orang roommates Ainaa yang dapat tempat ketiga. Dan padan muka jugak untuk korang sebab mula-mula bukan main syiok 'boo' kami masa berlatih tu. Tengok-tengok kami yang dapat tempat pertama. HAHAHA.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.