AFB FEEDS

14 Jam Perjalanan Di Musim Perayaan

Alhamdulillah, Ainaa selamat sampai di UIA Petaling Jaya lebih kurang jam 11 pagi lebih. Sepatutnya kelmarin Ainaa dengan abang Ainaa dah bertolak jam 10 setengah pagi dari rumah tapi tersangkut dalam jammed dari jam 12 sampai jam 3, di kawasan yang sama! Jam yang teruk amat sampai kereta tak bergerak langsung. Berjam-jam kami di tempat yang sama. 

Mula-mula nak lalu ikut Machang tapi jam teruk gila-gila dan kemudian tukar lalu ikut Pasir Putih tapi masih sama. Kalau jammed tapi kereta tak bergerak-gerak, memang bukan kerja nak hadap. Jadi abah Ainaa call suruh kami balik semula. Suruh Ainaa dengan abang bertolak nanti malam.

Jadi kami bertolak pukul 9 setengah malam dan sampai pukul 11 lebih macam tu. Aduhai, ini pun sampai-sampai terus demam.tersangkut dalam jammed lama-lama punya pasal. Lepas tu, ni baru dapat tahu exam hari esok dipostpone! Argh. Kalau tahu Ainaa memang tak terburu-buru nak balik sini. Huh.

You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. samalah balik dari kb ke kl,,tido bangun tido bangun still x sampai kl lagi T,T

    ReplyDelete
  2. Berhadapan dengan kesesakan lalulintas yang teruk memang menyeksakan..
    Kalau ada anak kecik lagi haru-biru.. huhuhu..

    ReplyDelete