asasi sains kemanusiaan, asasi di uia, uia, uia gombak, uia kuantan, asasi HS, asasi human science,

Entry ini adalah sambungan entry ASASI SAINS KEMANUSIAAN DI UIA yang Ainaa pernah update. Ainaa buat entry tu sebab Ainaa tahu mesti ramai yang nak tahu kan pasal asasi di UIA apatah lagi tak ramai yang buat entry pasal ni. Sebab Ainaa dulu memang struggle habis la cari blog dan orang yang tulis pasal asasi di UIA tapi sayang tak banyak maklumat yang Ainaa dapat jadi Ainaa pun masuk je la UIA macam tu saja tanpa tahu menahu tentang kos yang diambil. Entry kali ini Ainaa nak update soal jawab yang adik-adik direct message (DM) di IG dan email Ainaa untuk mengelakkan adik-adik bertanyakan soalan yang sama. Maaf tapi email Ainaa penuh dengan mesej yang bertanyakan pasal asasi sampai bercampur dengan email penting yang lain. Jadi untuk next batch yang nak tanya pasal asasi Human Sciences (HS) ni, boleh DM Ainaa di Instagram @blog.nikainaa sahaja ya. Jangan email tau.


Soal Jawab Tentang Asasi Sains Kemanusiaan di UIA

  • Asasi di UIA berapa tahun?
Asasi di UIA ni bergantung kepada adik-adik sendiri. Kalau tiada subjek yang FAIL dan REPEAT, asasi adik-adik boleh jadi setahun atau setahun setengah. Kebiasaanya setahun setengah, tapi kalau adik-adik nak asasi habis cepat, maka adik-adik kena lah struggle ambil banyak subjek setiap semester dan pastikan semua lulus! Macam mana nak ambil asasi setahun? Mula-mula masuk UIA tu, semua pelajar akan hadapi exam EPT dan APT (seperti yang disebut dalam entry INI), jadi adik-adik kena pastikan LULUS atau EXEMPTED dari ambil subjek English dan Arab. Kalau tak exempted, maka kena belajar subjek English dan Arab tu dengan subjek-subjek yang lain. Yang tu mungkin susah sikit nak habiskan asasi setahun. Setahun setengah boleh. Cuma Ainaa ada dengar-dengar yang system dah berubah. Pelajar asasi UIA sekarang hanya ada setahun saja, betul atau tak Ainaa tak pasti. 

*UPDATE 25/11/2020: Asasi UIA sekarang hanya setahun saja.


  • Asasi HS ni belajar apa je?
Susah untuk Ainaa jawab soalan ni tapi Ainaa cuba ya. Asasi ni adik-adik, korang hanya akan belajar benda basic atau benda umum saja tentang HUMAN SCIENCES atau SAINS KEMANUSIAAN. Antaranya, thinking skill, study skill, social study dan lain-lain yang berkaitan sains dan manusia. Pasal belajar apa adik-adik tak perlu risau, yang adik perlu tahu degree nanti nak sambung aliran apa.

*UPDATE 23/06/2020: Ramai yang SALAH FAHAM DENGAN ASASI SAINS KEMANUSIAAN (HUMAN SCIENCES) ni. Buat pengetahuan adik-adik, Sains Kemanusiaan atau Human Sciences bukan belajar pasal biologi, kimia semua tu. HUMAN SCIENCES IS NOT A SCIENCES. HUMAN SCIENCES IS AN ART. Art, sastera. Apa yang adik belajar adalah pasal philosophical, biological, social and cultural aspect of HUMAN LIFE.


  • Dapat tawaran asasi HS di UIA, tapi nak tukar kos?
Jawapannya boleh. Terima dulu tawaran tu, nanti dah habis minggu orientasi atau taaruf week tu adik-adik boleh pergi ke department untuk mohon pertukaran kos. Tapi pastikan ada alasan kukuh dan padat untuk diberi dan paling penting result adik-adik kena la setaraf dengan kos yang ingin dimohon. Kos apa lagi yang ada di UIA? Sangat banyak. Antaranya:

- Foundation in English Language
- Foundation in Law
- Foundation in Arabic Language
- Foundation in Engineering
- Foundation in Islamic Revealed Knowledge and Heritage
- Foundation in Information and Communication Technology
- Foundation in Physical Science
- Foundation in Allied Health Science
- Foundation in Economics and Management Science
- Nursing Programmes
- Architecture and Environmental Design Programmes
- Medicine Programmes
- Pharmacy Programmes


  • Asasi UIA di cawangan mana?
Yang pastik bukan Uia Petaling Jaya sebab Uia PJ dah tutup pada akhir tahun 2017. Untuk kos Language and Management berada di UIA Pagoh. Berdasarkan apa yang salah seorang adik yang DM Ainaa, dia kata asasi HS sekarang ada di Kuantan.


  • Asasi di UIA belajar dalam bahasa Inggeris ke?
YA! Tak reti English? Tak perlu risau, akak pun lemah bahasa Inggeris tapi alhamdulillah lama-lama kita sendiri akan faham dan boleh suaikan diri dengan environment UIA. Tapi bagi yang ambil kos bahasa Arab, sudah tentu dia akan belajar dalam bahasa Arab untuk semua subjek.


  • Asasi ni sama susah ke dengan matrik?
Macam mana la akak nak tahu adik oi Ainaa bukan pelajar matrik, Ainaa pelajar asasi. Susah atau senang tu soalan adik subjektif sangat. Susah atau senang mengikut keupayaan dan kecerdikan masing-masing la. Kalau macam akak yang tak reti English ni memang kena struggle gila-gila tapi kalau adik memang hebat speaking tak perlu risau apa dah, belajar je dengan bahagia. Cuma adik perlu tahu beza asasi/matrik ni hanya setahun atau setahun setengah berbanding diploma 3 tahun. Jadi sudah tentu la jadual tu akan padat. Sebelum Ainaa masuk asasi dulu, pernah la ada orang sogok Ainaa dengan cerita kata asasi ni susah la tak ada life la. Ainaa tak nafikan, memang betul tapi tak adalah sampai nak balik kampung pun tak boleh. Tak ada lah sampai tak ada life langsung, nak keluar jalan-jalan pun susah. Tak ada maknanya! Setiap minggu kut Ainaa keluar jalan-jalan! Jadi susah atau senang ikut pada kemampuan masing-masing.


  • Kalau ambil asasi HS, degree nanti boleh sambung apa?
Ainaa pilih asasi human science sebab Ainaa target bila degree nanti nak ambil degree in psychology memandangkan Ainaa berminat untuk belajar pasal manusia tapi apakan daya, UIA bagi Ainaa degree in communication atau dikenali sebagai mass comm. Memang betul kita boleh pilih nak sambung degree apa cuma kalau bawah HS, psychology adalah kos yang paling famous dan dihendaki ramai. Memang RAMAI sangat-sangat la sampai la UIA ketatkan syarat untuk siapa yang sambung Psychology ni mesti pointer 3.0 ke atas itu pun kalau siapa yang pointer atas pagar 3.0 memang UIA akan bagi kos lain. Kalau ambil asasi HS, degree nanti adik-adik pilih la nak ambil degree in psychology kalau minat belajar tentang human brain and behavior. Kalau suka berkomunikasi dengan orang boleh pilih degree in communcation, nak ceburi bidang politik sambung degree in political science dan kalau sukakan sejarah, degree in history and civilization.

*UPDATE 17/6/2020: Bagi sesiapa yang mahu ambil kos Psychology (degree), kena pergi interview. dulu tak ada interview.


  • Belajar Sains Kemanusiaan ni boleh kerja apa?
Bagus adik-adik kita ni berfikiran jauh dan panjang. Adik nak jadi apa? Pensyarah? Then boleh sambung sampai master dan PhD. Nak kerja-kerja pejabat? Semua kos di bawah HS semua boleh dimohon dimana-mana pejabat. Nak jadi kaunseling di sekolah? Adik-adik boleh sambung degree education in counseling di UIA. Nak kerja dengan dunia media industri, boleh sambung degree in communication nanti dah habis belajar boleh apply kerja di mana-mana media organization yang ada seperti TV Al-Hijrah, Radio Ikim, surat khabar Berita Harian dan lain-lain. Banyak lagi la! Senang kata kalau sambung degree HS ni, kat mana-mana saja adik boleh apply kerja. Cuma adik kena tahu la cara dan kelulusannya apa.


  • Kalau ambil asasi HS, degree nanti boleh ke kalau nak tukar program lain selain HS?
Boleh selagi mana adik berada di landasan yang betul. Maksud Ainaa kalau adik ambil asasi HS, human science kan adalah aliran sastera jadi bila degree nanti adik kena lah sambung aliran sastera juga, tak boleh tiba-tiba nak tukar aliran sains seperti medik. Kalau degree economics ke ICT ke atau Arab ke boleh la. Cuma untuk info lebih lanjut boleh tanya pada UIA sendiri ya. Ainaa bukan kerja sana, saya belajar je. Huhuhu


  • Degree under human sciences biasanya berapa tahun?
Empat tahun bersamaan lapan semester. Kalau adik nak buat degree tiga tahu atau tiga tahun setengah, itu pandai-pandai korang lah adjust jadual korang kasi padat. 


  • Penginapan Pelajar UIA macam mana?
Siapa yang belajar di UIA kira beruntung tau sebab kolej kediaman dalam universiti disediakan. Hostel di UIA dipanggil sebagai MAHALLAH. Tak macam universiti lain yang ada pelajar terpaksa sewa luar tapi tidak untuk UIA. Cuma ialah.... memandangkan UIA ni universiti Islam, maka ada la syarat-syaratnya seperti pagar besar UIA hanya dibuka sehingga jam 12 malam, bermakna kalau adik-adik nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan mesti la pulang ke mahallah sebelum jam 12 malam atau pun adik akan dikenakan saman. Pintu pagar mahallah pula akan ditutup jam 10 atau 11 malam jadi kereta memang dan motosikal memang tak boleh masuk, tapi ada pagar kecil untuk siapa yang terpaksa stay di fakulti untuk meeting atau assignment. Mahallah akan ditentukan oleh pihak UIA, tak boleh pilih-pilih! Bilik je adik boleh pilih nak bilik mana tapi siapa paling cepat dia la yang dapat bilik ground flour... Kalau tak hah angkut la barang-barang awak naik tingkat empat.

*UPDATE 17/6/2020: Bilik berubah-ubah setahun sekali. Di mana awak kena 'pre-registration' bilik setahun sekali dengan konsep siapa cepat dia dapat. 


  • Asasi di UIA tapi degree nanti nak sambung universiti lain, boleh atau tidak?
Sayang sekali dik bila kita belajar asasi di UIA maka asasi tu hanya sah untuk sambung degree di UIA. Maksudnya, tidak boleh! Kecuali la adik dah habis belajar asasi UIA, tiba-tiba rasa tak suka UIA sebab banyak peraturan, adik pun nak keluar AMBIL DIPLOMA di universiti lain... Maka dipersilakan. Tapi adakah itu keputusan yang bijak atau tidak? Adik-adik ada jawapannya sendiri.

*UPDATE 17/6/2020: Ada yang kata boleh kalau ambil asasi di UIA dan sambung degree di universiti lain. Untuk pengesahan awak boleh tanya sendiri universiti yang awak nak sambung degree tu.


  • Betul ke UIA banyak ajaran sesat?
Dalam banyak-banyak soalan yang adik semua tanya, soalan ni la yang paling Ainaa terkedu. Jawapan Ainaa... YA, ADA. Tapi untuk pengetahuan adik-adik semua universiti di atas muka bumi ni tak kira la universiti awam atau swasta, SEMUANYA ADA AJARAN SESAT. Bukan bermaksud UIA ajar pelajar ajaran sesat, itu salah sama sekali. Adik-adik kena faham universiti adalah tempat terbuka di mana semua orang dan organisasi dari pelusuk dunia berkumpul maka orang-orang tak bertanggungjawab ini lah yang ambil kesempatan masuk ke universiti-universiti sebagai gerakan sama ada secara persendirian atau pun berkumpulan untuk menyesatkan pelajar-pelajar beragama Islam.


Setakat itu saja lah soal-jawab yang Ainaa ingat. Kalau ada info baru atau pembetulan pasal Human Sciences di UIA yang kakak-abang-adik tahu, boleh share di ruangan komen ya. Ainaa harap sangat artikel yang ni dan artikel Asasi Sains Kemanusiaan di UIA (PART 1) tu berguna untuk adik-adik yang bakal melangkah ke alam unicersiti. Pesanan terakhir Ainaa, universiti adalah permulaan untuk kerjaya adik-adik di masa akan datang jadi guna peluang ini sebaik mungkin untuk belajar ilmu dunia dan akhirat, jangan lupa join program dan kelab yang ada kerana ia sangat berguna di masa akan datang dan paling penting, syukur selalu sebab kita diberikan rezeki oleh Allah untuk sambung di universiti sedangkan ramai lagi rakan sebaya kita di luar sana yang tidak berpeluang untuk mengikut jejak langkah ke menara gading. Itu saja, nanti apa-apa DM Ainaa di Instagram ya, jangan email nanti kesian Ainaa terlepas pandang email penting yang lain.


*UPDATE (01/11/18):


  • Kalau tak pernah belajar arab, boleh masuk UIA?
Ya boleh adik. Tak ada basic arab dan tak pernah belajar arab pun boleh masuk UIA. Batch adik yang baru nak masuk suka la sebab arab sampai level 2 je sebab zaman Ainaa arab kena sampai level 5. Jadi sampai sekarang Ainaa masih belajar arab walau sekolah dulu belajar arab, asasi uia pun belajar arab dan sekarang tengah degree pun masih tengah belajar. Adik-adik yang baru nak masuka asasi uia tak perlu risau sangat tentang yang tu, adik hanya perlu belajar arab masa asasi dan lepas dua level arab tu maka masuk sambung degree nanti tak perlu belajar dah. Yang ada basic arab pula, masuk asasi nanti kan ada test APT jadi test tersebut yang akan tentukan awak ada di tahap yang mana.


  • Asasi UIA boleh sambung degree di universiti lain?
Ainaa pernah terbaca ada yang cakap boleh sambung juga walaupun asasi di UIA. Sebelum ini Ainaa cakap tak boleh kan sebab setahu Ainaa la, asasi tak seperti diploma yang adik-adik boleh sambung degree di mana-mana universiti saja. Asasi UIA tak valid untuk universiti lain. Itu apa yang Ainaa tahu dari senior-senior. Tapi untuk kepastian boleh tanya sendiri ke pihak univeristi dan mohon maaf kalau selama ini Ainaa tersilap ya.


  • UIA bebas berpakaian atau hanya jubah dan baju kurung dibenarkan?
Kalau ikut peraturan UIA yang sebenar, adik-adik hanya boleh pakai jubah, baju kurung dan baju muslimah berserta kain. Tapi biasa lah UIA sekarang dan dulu dah tak sama apabila pelajar-pelajar sendiri yang langgar peraturan. Jadi senang kata pakaian adalah bebas selagi adik tutup aurat dengan sempurna. Cuma pesanan Ainaa, bila dah masuk UIA jangan lah sesekali nak pakai seluar ketat, seluar senteng atau hanya pakai seluar legging. Jangan juga pakai baju-baju yang jarang dan pendek sampai ternampak perut dan baju dalam. Dan tolong pakai tudung elok-elok sebab walau siapa pun awak di luar sana, tolong jaga imej UIA dan jaga imej sebagai Islam. Kalau tak nak ikut rules yang ditetapkan oleh UIA boleh silakan pilih universiti lain sebab orang-orang yang macam ni la yang merosokkan nama UIA. Jadi, adik-adik yang baru nak masuk UIA tu jangan jadi salah sorang daripada mereka yang tak bertanggungjawab ni ya.


  • Pengangkutan pelajar di UIA bagaimana?
Jika adik-adik masih belajar asasi, bawak-bawak lah berdikari guna dua kaki yang ada itu ya. Sebabnya pelajar asasi memang tak dibenarkan sesekali bawa kenderaan begitu juga pelajar degree. Cuma pelajar degree boleh bawa motor dan kepada pelajar yang sudah di tahun empat boleh la bawa kereta. Yang tiada kenderaan macam Ainaa ni, jangan risau sebab UIA ada sediakan bas dari mahallah ke kuliyyah. Kalau di Uia Gombak bas rapid pun masuk sampai ke dalam Uia. Kalau Uia di Kuantan Ainaa tak tahu pula ada atau tidak bas rapid. Selain khidmat Grab, pelajar Uia juga boleh guna khidmat transporter yang dibuat oleh pelajar-pelajar Uia itu sendiri. Macam mana nak cari? Pandai-pandai la adik belajar dari senior ya bila dah masuk Uia nanti. Tak akan semua benda nak kena suap kan.



*UPDATE (26/01/19):


  • Bolehkah pelajar aliran sains memohon asasi atau degree Human Sciences?
Zaman sekolah adik ambil la aliran apa pun boleh mohon asasi dan degree HS ni. ALIRAN APA PUN BOLEH. *UPDATE (24/06/19): batch terbaru hanya aliran sastera sahaja boleh mohon asasi HS


  • Adakah wajib belajar Bahasa Arab di Asasi UIA?
Jawapannya sudah tentu wajib! Namanya tersendiri International Islamic University sudah jelas menyatakan yang semua pelajar UIA wajib belajar English dan juga Arab.



*UPDATE (17/06/2020):


  • Berapa jumlah subjek Asasi Sains Kemanusiaan? Apakah antara subjek-subjeknya?
Search saja di Google atau di web UIA. Asasi Ainaa adalah lima tahun yang lepas, sudah banyak perubahan yang berlaku.


  • Asasi di UIA ada elaun ke?
Zaman saya (2015-2016), semua pelajar dapat elaun. Untuk tahun 2018. Ainaa ada dengar dari junior yang mengatakan hanya pelajar terpilih sahaja yang dapat elaun iaitu berdasarkan gaji ibu-bapa. Sekarang, Ainaa tak tahu. Boleh tanya pihak UIA sendiri.


  • Adakah pelajar boleh keluar-masuk UIA pada bila-bila masa sahaja?
TIDAK. UIA mempunyai curfew di mana pintu pagar utama UIA hanya dibuka pada jam 5 atau 6 pagi hingga 12 malam sahaja. Selepas jam 12 malam tidak boleh masuk UIA, jika melanggar curfew ni, adik-adik boleh disaman (Kebiasaannya saman tidak lebih dari RM50). Itu pagar utama UIA, bagi mahallah perempuan pula, pagar akan ditutup pada jam 10 malam kecuali Mahallah Ruqayyah ditutup jam 12 malam. Tetapi pagar kecil di setiap mahallah di buka 24 jam.


  • Biasiswa apa yang boleh saya mahu jika sambung degree di UIA?
Maaf saya tidak tahu. Ainaa tak ambil apa-apa biasiswa atau pinjaman. Semuanya ditanggung oleh mak dan ayah Ainaa.


  • Berapakah kos harian/bulanan pelajar UIA Gombak?
Apa yang Ainaa boleh katakan, lain orang lain kos sara hidupnya sepanjang belajar di UIA. Cuma yang Ainaa tahu, ada kawan Ainaa yang hanya memerlukan duit sebanyak RM300 lebih sebulan. Jujur Ainaa cakap kalau Ainaa sendiri, RM300 tak cukup walau Ainaa sejenis yang jarang keluar, jarang makan sedap-sedap dan jarang beli benda-benda tak faedah. Satu lagi adik-adik perlu tahu, sesetengah kelab atau persatuan yang adik-adik join memerlukan ahlinya untuk keluarkan duit sendiri.


  • Berapakah yuran asasi UIA? Berapa pula yuran degree di UIA?
Asasi tahun 2015, hanya bayar yuran kemasukan iaitu sekali sahaja. Tak banyak, kurang dari seribu. Untuk degree, yuran termasuk mahallah adalah seribu ke atas. Boleh cari sendiri dalam web UIA harga sebenar. Cuma yang Ainaa tahu, yuran mahallah UIA adalah jauh lebih murah berbanding yuran hostel UM.


*UPDATE 25/11/2020

  • Apakah syarat-syarat untuk masuk asasi UIA
SILA RUJUK website uia untuk syarat-syarat asasi dan degree.




22 Comments

  1. good luck untuk adik2 yg nak mnyambung study, bestnya zaman study, haha!

    ReplyDelete
  2. gudluck untuk adik2 yg nak continue study...
    bagus share info mcm ni, so yg nak plan study tu boleh rancang study dgn lebih rapi.

    ReplyDelete
  3. Bagus post macam ni, very informative! 👏🏻 Rindu pulak zaman study hehe

    ReplyDelete
  4. Aslm.. Asasi sains kemanusiaan wajib bljr bhasa Arab ke?

    ReplyDelete
  5. nak masuk asasi kena ada intervew ka nnti?

    ReplyDelete
  6. Kak APA syarat minima keputusan spm untuk kemasukan uia

    ReplyDelete
  7. Syarat2 kelayakan nak minta course ni apa eh

    ReplyDelete
  8. than u sis sbb share benda ni..sgt membantu..doakan sya dapat jadi warga UIA 2019..aminn

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya nak mintak nasihat sikit. Sya merupakan lepasan spm 2018.Saya x layak utk asasi HS uiam(upu).Antara dua pilihan ni,mana satu akak galakkan? Ambil dip pendidikan kanak2(insyaAllah plan sya utk ambil degree psikologi)ataupun mohon utk iium academy sebab iium academy punya requirement lebih rendah(asasi HS)dan sya layak tetapi sya dgr lebih mhl yuran. Thanks!

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum. saya nak tanya asasi b.inggeris kalau sambung ijazah pertama berserta dengan pendidikan ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ambik ijazah pendidikan, tahun last asasi nanti mohon degree TESL. nak masuk kuliyyah education nanti ada interview

      Delete
  11. Assalamualaikum kak , nak tanya biasanya berapa merit minimum majoriti org untuk masuk asasi HS?

    Sbb saya nk msuk HS merit saya bawah 80. Jadi saya tak berjaya.

    Nak tanya juga , kalau rayuan ke asasi HS biasa berjaya ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarat syarat nak apply asasi HS boleh tgk kat website uia.

      try je dik buat rayuan. kalau ada rezeki dapat sebab saya tgk ramai je yg dapat second n third intake uia

      Delete
  12. Bilik asrama dari sem 1 sampai final sem asasi sama ke bertukar setiap sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semester 1 & 2 bilik sama. next bilik lain. setiap tahun akademik akan tukar

      Delete
  13. macam mana proses nak tukar course masa sem 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi ke department atau student affair cakap nak tukar kos

      Delete
  14. salam akk nak tnya , kalau saya bidang pure science , x boleh ke nk mohon asasi ni?

    ReplyDelete
  15. Nak tanya, saya nk ambil bidang sains hayat sbb nk smbg dietetik tpi saya terpaksa ambil sains kemanusiaan sbb digugurkn dri pilihan upu. Time boleh tukar kos tu boleh ke saya ambil allied health science sbb saya masih memenuhi syarat minimum rasanya.kimia B,biologiB, fizikC+,math A

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak, sy dpt AED di UIAM dan nak tukar ke HS, d mna sya bole berurusan utk pertukaran program??

    ReplyDelete