Melangkah Ke Alam Universiti
Alhamdulillah. Diberi jugak peluang untuk sambung pengajian selepas SPM di universiti tempatan. Tak apalah tak dapat pergi overseas pun, sini-sini je dah bersyukur. Tahu tak, Ainaa langsung tak terfikir nak sambung matrik ke asasi ke selepas result SPM keluar bulan tiga yang lalu. Dalam kepala, masuk je lah diploma business atau akaun di UITM tapi... tak tahu sama ada nak sedih ke nak gembira apabila keputusan permohanan UPU keluar, Ainaa tak dapat UITM. Yang dapatnya,
Subhanallah. Serius, Ainaa terkedu gila kut masa dapat tahu result upu. Permohonan ke UITM ditolak, tapi Allah beri yang lebih baik untuk Ainaa ke Universiti Islam Antarabangsa. Mula-mula tertanya jugak kenapa UIA? Tapi janji Allah itu pasti. Tentu ada hikmahnya! Mungkin juga doa abah Ainaa yang nak Ainaa ambil asasi dulu baru degree termakbul.
Sekarang, dah masuk seminggu Ainaa berada di asrama UIA dan baru sekarang berkesempatan nak kongsi cerita di blog. Ahad yang lepas, hari pendaftaran dan terus lalui minggu orientasi. Orang kata minggu orientasi ini lah junior kena buli dengan senior. Tapi kat sini tak ada buli-buli. Paling teruk pun, kena menunggu lama atau kena buli tidur lewat jam 12. Haha.
Habis je minggu orientasi, mulalah Ainaa dengan teman sebilik lalui detik-detik boring yang teramat. Mereput je dalam bilik. Paling sadis, ingatkan kelas mula semalam, isnin tapi rupa-rupanya kelas berkemungkinan mula minggu depan! Wohoa~ boringnya... Sudah lah hari ahad lepas pun kitorang bukan main tak tahu nak buat apa. Nak pergi library pun, ahad tutup. Sampaikan kat bilik kitorang tidur, tidur dan tidur, layan Runningman dan Harry Potter. Nampak sangat kan tak ada kerja.
Tapi tak apa, tunggu lah nanti kelas dah mula... jangan-jangan masa tu nak layan Running Man pun tak ada masa. Jadual pun dah keluar, masing-masing pun dah tahu dapat asasi berapa tahun. Ainaa dapat yang dua tahun jadi jadual tu tak adalah padat sangat, cuma berada di taraf asasi ni dalam jangka yang lama baru boleh sambung degree. Hukhuk.
Jadi, selamat melangkah ke alam universiti... Untuk diri sendiri dan untuk kamu semua yang juga baru berada di kehidupan universiti. =)
6 Comments
Tahniah!=)
ReplyDeletetahniah Aina :)
ReplyDeleteTahniah ye..
ReplyDeleteSelamat bergelar student uni
Tahniah Aina :)
ReplyDeleteHOMESICK?
ReplyDeleteHahahha. mereput je lah ainaa. Nanti dah busy baru tahuu macam mana :P Tak dek nyaa nak layan running man bagai :P
ReplyDelete