#Cabaran20Hari : Lagu Raya Pilihan

Assalamualaikum semua! Semakin nak dekat raya ni semakin kerap kali lagu raya berdendang di telinga ya. Tak kira dalam asrama ke atau kat kelas, ada je yang nyanyi lagu raya. Semua dah tak sabar nak balik raya. Yeay! Balik Kelantan. Hehe.

Lagu-lagu yang jadi pilihan tentulah lagu-lagu raya yang sememangnya dah famous dari dulu lagi. Kalau lagu raya moden sekarang, tak berapa nak seronok sangat.

Lagu Raya Pilihan Ainaa :

1) SUASANA DI HARI RAYA - ANUAR ZAIN & ELLIANA

2) DENDANG PERANTAU - P.RAMLEE

3) SESUCI LEBARAN - SITI NURHALIZA

4) MENJELANG HARI RAYA - DJ DAVE

5)ANUGERAH AIDILFITRI-SITINURHALIZA

Kalau boleh, nak kongsu jugak lagu kat sini letak dalam entry tapi wifi UIA ni slow pulak. So search dalam youtube sendiri lah ya.

#Cabaran20Hari : Tetamu Raya Paling Ditunggu

Cepatnya masa berlalu. Tanpa sedar Ramadhan kian labuhkan tirai dan raya pasti akan menjelma. Sedih memang sedih tapi dalam masa yang sama kita turut tidak sabar untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. Dimana satu-satunya hari yang dapat kita berkumpul ramai-ramai dan kunjung mengunjungi ke rumah jiran dan sanak saudara.

Pada hari raya jugak, mesti ada seseorang atau tetamu yang ditunggu-tunggu datang ke rumah kita. Ainaa boleh dikatakan ramai tetamu yang memang ditunggu-tunggu. Tapi ada satu lagi tetamu yang Ainaa tunggu......


KAWAN KETIKA KECIL DULU

BFF pertama Ainaa ketika itu. Ainaa berkawan dengan dia sejak pra sekolah, umur enam tahun. Tapi masing-masing mula menjauh dan terus lost contact bila sekolah berlainan. Tunggu tetamu yang bagaikan tunggu kucing bertanduk walhal rumah masing-masing hanya berbeza kawasan perumahan. Dekat je.

Sadis kan. Entah bila tetamu yang sangat-sangat ditunggu ni nak datang. Ainaa pun satu hal, malu nak pergi rumah dia. Alahai. Sadis sangat.

#Cabaran20Hari : Kenangan Terawih Di Masjid Masa Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum semua. Kalau zaman kanak-kanak, memang seronok sangat dikenang kan? Kalau dikenang mesti kita akan ketawa sendiri dan tersenyum-senyum. Betapa seronoknya zaman kanak-kanak yang tak perlu difikir pun masalah seperti orang dewasa. Main je siang malam kan.




Bila tiba bulan Ramadhan, kanak-kanak mula nak ikut atau kena heret jugak dengan mak pergi terawih. Ainaa zaman kanak-kanak pun macam orang lain. Bukan main liat nak pergi terawih. Kalau pergi pun mesti main kat belakang dengan kawan-kawan.

Kalau di kampung mungkin ada kenangan balik dari terawih jalan kaki kan. Tapi Ainaa memang tak sebab selalu pergi dan balik dengan mak ayah naik kereta.

Rindunya kan zaman kanak-kanak ni. Semuanya indah belaka untuk dikenang. Zaman yang paling indah dan suka dikenang.

Trending Photoshoot | Centre For Foundation Studies, IIUM.

Sejak minggu lepas pelajar-pelajar CFS, IIUM buat photoshoot di satu tempat dalam IIUM Petaling Jaya. Memang tempat photoshoot tu dah jadi rebutan dan trending di laman sosial dalam kalangan pelajar.

Sebabnya di padang itu cantik kalau ambil gambar tambah lagi ada dinding berbata-bata macam tu. Memang cantiklah. Ainaa dengan kawan-kawan pun tak ketinggalan nak join photoshoot tu tapi kami mintak tolong kawan yang lain je ambilkan gambar guna handphone.

Jimat sikit duit tak guna perkhidmatan photographer kat situ dan ambil gambar sendiri ni boleh ambil gambar banyak-banyak sampai puas hati. Dan Ainaa dengan kawan atau sebenarnya roommate Ainaa bergambar sakan kat situ pada hari Jumaat selepas semua habis kelas pagi. Hari tu jugak semua bukan main melawa. Haha.

Jom Ainaa belanja gambar seketul dua buat tatapan. 








Sikit je Ainaa letak tapi dalam handphone bukan main banyak lagi gambar. Gambar-gambar yang lain tu biarlah jadi kenangan Ainaa dengan kawan-kawan. Heee

#Cabaran20Hari : Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa


Zaman sekarang, sebenarnya susah nak cari kawasan perumahan yang beramah mesra dengan jiran. Kadang-kadang jiran sebelah pun tak kenal. Jumpa pun jarang sangat. Masing-masing sibuk keluar di pagi hari dan balik pulak malam-malam.

Rumah Ainaa kat Kelantan, Alhamdulillah.... masih ada amalan berbalas juadah. Mak Ainaa dengan jiran-jiran selalu jugak bertukar makanan ke kuih.




Bagus sebenarnya amalan berbalas juadah dengan jiran-jiran kita. Boleh merapatkan lagi hubungan dan mengelakkan dari bermasam muka.

Dan memang rasa tak kena je kalau tak bagi apa-apa juadah kepada jiran. Dahlah tengah masak tu mak Ainaa buka tingkap, memang ke jiran sebelah pun dapat bau. Huuu rindu nak balik rumah lah pulak! T_T

Apa-apa pun patut kita praktiskan amalan berbalas juadah ni.

#Cabaran20Hari : Kuih Kegemaran Di Bulan Puasa


Kuih kegemaran? Yang sebenarnya Ainaa tak berapa suka makan kuih. Hanya kuih tertentu saja yang Ainaa makan dan yang betul-betul Ainaa minat. Jangan pelik walaupun Kelantan memang banyak sangat kuihnya lebih-lebih lagi tiba bulan Ramadhan, tapi Ainaa tak mampu nak kenal nama-nama setiap kuih itu. Haha.

Dan kuih kegemaran yang Ainaa makan bila tibanya bulan puasa,


sumber dari google


Kuih gula melaka ataupun orang kelantan panggil ondeh-ondeh. 


sumber dari google


Dah lama sangat tak makan kuih ondeh-ondeh dengan tepung pelita ni. Sekarang susah nak cari yang sedap-sedap. Biasa beli kat kedai selalu kecewa. Itu yang dah malas nak beli.

#Cabaran20Hari : Pengalaman Manis Di Bulan Puasa


Pengalaman manis di bulan puasa Ainaa rasa ketika semua ahli keluarga Ainaa berkumpul untuk berbuka puasa sama-sama. S.E.M.U.A! Ya Allah, rindunya....




Sebabnyakan semua dah besar dah bekerja dan ada yang dah kahwin, jadi sangat jarang dan susah nak berkumpul semua sekali. Tapi tahun lepas, kitorang dapat berpuasa sama-sama. Ramai-ramai, semua adik beradik dan kakak-kakak ipar Ainaa. Seronok sangat! 

Tapi nampak gaya tahun ni tak boleh. Abang dan kakak ipar Ainaa tak balik Malaysia. Raya tahun ni tak lengkap semua ahli. Hmm.... Sedih.

#Cabaran20Hari : Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa


Pengalaman pahit di bulan puasa? Ada banyak benda yang berlaku tapi kebanyakkannya Ainaa dah lupa apa. Pengalaman pahit kan tak patut dikenang walau ada yang kita betul-betul susah nak lupa. Ainaa kongsi pengalaman pahit yang biasa-biasa saja sebab yang lain tak ingat.


- MIGRAINE TERUK DI BULAN PUASA -


Ini bulan Ramadhan tahun lepas. Sebenarnya dah lama dan jarang Ainaa kena migraine yang teruk-teruk. Tahun lepas sebelum puasa, lagi lah tak kena pun migraine. Tapi tiba je bulan puasa.... Masa tu ikut kakak ipar pergi ambil biskut raya yang ditempah, jalan pulak jam. Memang dalam jam itu jugak kena. Balik je rumah terus lembik. Tidur tak sedar-sedar dah. Memang sakit gila. Kalau yang ada migraine boleh tahula macam mana Ainaa kena tanggung sakit dengan puasa lagi.


- TRIAL SMU DAN BIRTHDAY YANG HAMBAR -

Ketika Ainaa ada kat tingkatan empat, trial exam SMU dalam bulan puasa wei. Tambah lagi birthday pun masa minggu peperiksaan di bulan Ramadhan. Sadis sangat. Masa tu, penat kut exam dalam bulan puasa. Happy sikit pun masa masuk dewan pagi tu kawan-kawan nyanyi lagu hari jadi. Tapi tetap rasa hambar selepasnya. Tapi jugak.... Tak apalah. Lagipun Ainaa bukan sambut birthday pun. Setakat mak ayah bawak pergi makan je macam tu. Nak buat majlis bagai memang tak.


Itu jelah kut. Kenangan pahit yang lebih pahit rasanya tak ada.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.