Cara Terbaik Atasi 'Homesick'
HOMESICK. Ainaa rasa perasaan ini dah biasa dilalui bagi yang tinggal jauh dengan keluarga, lebih-lebih lagi Ainaa yang tak pernah tinggal di asrama dan tiba-tiba kena sambung belajar jauh dengan keluarga. Berada jauh dengan keluarga mulalah rasa sebak, makan tu makan ni teringat kat masakan mak, makan makanan kat sini kalau tak sedap... mesti makanan negeri sendiri disebut-sebut, dipuji-puji. Wah, buatkan semakin rindu ni. ='(
Ainaa kan baru seminggu lebih berada jauh dengan keluarga, jadi memang masih terasa 'homesick'. Tapi tak ada berlebihan sampai menangis teresak-esak. Sebak jelah yang ada. Sebak itu pun hanya terasa di hari pertama, kedua dan ketiga. Hari-hari seterusnya, Ainaa berjaya kawal dan suaikan diri kat sini. Tapi rindu itu mesti ada.
CARA TERBAIK ATASI HOMESICK :
Tiga cara je yang Ainaa cuba untuk hilangkan atau kurangkan perasaan 'homesick' itu. Pertama sekali, selalu hubungi keluarga. Ainaa tak adalah homesick teruk sangat, jadi Ainaa call mak ayah dalam seminggu itu, dua/tiga kali je, yang tiap-tiap harinya ber'whatsapp' dalam group keluarga. Update life Ainaa kat sini kepada keluarga.
Berdoa untuk keluarga. Yang ini selalu kut, tapi lepas berjauhan semakin kerap. Kira macam sampaikan salam rindu kita dalam doa. Pernah sekali sebab teringat kat anak saudara Ainaa sampai rasa nak menitis air mata dalam solat. Sedih woo, kita tiap-tiap hari main dengan anak saudara tiba-tiba kena berjauhan. Anak saudara siap buat babak nak menangis lagi masa Ainaa nak bertolak dari rumah. Kita mampu doakan biar diorang dilindungi dan tak lupakan kita.
Kawal emosi! Yang ini penting. Ada yang tak dapat kawal emosi, sampai homesick menangis teresak-esak kut. Nak menangis sebab rindu, tak apa Tapi kau orang janganlah keterlaluan sangat. Kena pandai-pandailah.
.................................
Banyak cara yang lain sebenarnya. Tapi Ainaa share apa yang Ainaa buat je. Nanti next entry Ainaa update pasal dugaan yang pelajar-pelajar baru universiti kena hadap. Atau senang cerita kena tipu! Kena tipu apa, tunggu next entry.

4 Comments
biasalah tu aina, In Shaa Allah doa dari maa dan abah sentiasa bersamamu :)
ReplyDeleteberkawan ramai2, sure kurang homesick, be friendly,,hehe
ReplyDeleteTakmo homesick Ainaa. Hahah :D
ReplyDeletejgn risaukan homesick,teruskan explore tempat baru.he he
ReplyDelete