Aku Ramai Pelanduk Agaknya

Dah empat orang! Dah empat orang cakap muka Ainaa sama dengan muka kawan diorang lah, junior lah, muka sama dengan someone yang diorang kenal laa....

Sekali tu masa kat sekolah menengah dulu, masa tu Ainaa join pergi panjat Gunung Stong, ada yang tegur cakap pernah nampak Ainaa. Rupa-rupanya akak tu jiran nenek Ainaa jadi dia cakap pernah nampak Ainaa tu sebenarnya sebab muka Ainaa sama dengan mak saudara. Itu yang dia cakap macam pernah nampak. 

Dah masuk universiti di Petaling Jaya ni pula, tiga orang kawan Ainaa cakap muka Ainaa sama dengan junior diorang. Dan yang paling terbaru ada sorang sister ni dia lalu dan tiba-tiba muka dia macam excited, senyum dan tunjuk ke arah Ainaa. Ainaa senyum jelah walau tak kenal siapa sister tu. Kawan kepada kawan Ainaa yang cakap muka sama dengan junior dia tu siap nak tangkap gambar tapi tak sempat.


Wah, kelakar jugak rasanya. Mula-mula kawan tegur cakap sama dengan junior dia tu, Ainaa tak adalah kisah sangat. Tapi ini dah ramai yang cakap sama, memang rasa macam kebetulan apakah ini? Atau kusudah temui 7 muka yang sama? 

Ramai pelanduk dua serupa dengan Ainaa kan. Diorang main copy paste agaknya muka ku ini. Kekeke

Meja Study Yang Salah!

Tak sukanya! Kenapa meja study ni ada kabinet almari atasnya? Dah pulak tu letaknya sama tinggi dengan kepala. Sakit duh terhantuk! Bilik ni dah la suka bergelap, nak ambil apa-apa atas meja mesti ada je yang terhantuk kat bucu almari tu. Aish...... Tadi pun baru kena, memang sakit sampai berair mata. Dah rasa dah ada biji bola kat dahi ni.



Salahkan meja study ni. Bukan kita yang cuai. T__T

Jamuan Hari Raya di CFS IIUM

Hari Jumaat yang lepas, bersama dengan classmates bahasa arab..... Kita orang buat jamuan makan hari raya. Buat untuk kita-kita aje dengan Ustaz Azhar disamping tanda terima kasih kat ustaz sebab selalu bagi kami rezeki. Baik kan ustaz.  :') 

Syukran Ustaz Azhar. Syukran Ustaz Nasir.

Lepas dah makan-makan, semua dah kenyang.... apa lagi, kita bergambor lerrrr!! >_<






"Ada Lebih Tak?"


Tadi, Ainaa dengan roommates baru balik dari Jaya One yang ada dekat dengan UIA PJ ni, perjalanan nak ke mahallah yang ada atas bukit tu kita orang ternampak motor delivery kfc. Kawan Ainaa ni saja bergurau tanya abang delivery tu,

"ADA LEBIH TAK?"

Dan-dan abang tu hulurkan burger kfc dengan air mirinda. Memang tercengang jugak laa. Kawan Ainaa cakap la yang dia main-main je, bergurau. Tapi abang delivery kepci tu bagi jugak.


Rezeki roommate Ainaa, kita orang pun kena tempias rezekinya. Dapat makan kepci free. kikiki

Rosaknya Hati


Imam Haasan al-Basri pernah mengungkapkan: "Sesungguhnya, rosaknya hati itu disebabkan enam hal:


• SENGAJA MEMBUAT DOSA dengan harapan taubatnya kelak diterima.

• MEMPUNYAI ILMU tetapi tidak mahu mengamalkannya.

• BERAMAL tapi tidak ikhlas.

• MEMAKAN REZEKI KURNIAAN ALLAH, namun tidak pernah mensyukurinya.

• TIDAK REDHA dengan pemberiaan Allah

• MENGUBURKAN JENAZAH tetapi tidak mahu mengambil pengajaran daripada setip kematian mereka."


- dari majalah IMAN -

Bau Tempoyak Menghantui UIA Petaling Jaya

Pergh, tajuk bukan main eh. Itu tajuk je gempak, konon bau tempoyak tu satu CFS IIUM Petaling Jaya ni padahal.... bau tempoyak ni kuat berbau di mahallah perempuan je sebenarnya. Kat luar bilik asrama Ainaa. 


Tempoyak basi! Yang dibuang ke dalam tong sampah. Nak-nak pulak dibuang ke dalam tong sampah berdekatan dengan bilik Ainaa ni. Waaaaaa, memang sampai ke dalam bilik bau durian.

Kita mai pakat hidu jelah ya sementara makcik cleaner kosongkan tong sampah pagi-pagi esok.

Thank You Blogger Mommy Irra

Hari Sabtu hari itu kan Ainaa pergi ke dataran Shah Alam, jumpa geng EFG. Dan blogger Mommy Irra tuan punya blog www.irrayyan.com dengan baik hatinya bagi kita orang hadiah bagi siapa yang pergi hari itu.





Mereka berdua ni kawan sebilik Ainaa. Ainaa suruh diorang jadi model untuk tudung bawal yang Mommy Irra bagi tu. Hehe. Kawan-kawan Ainaa semua tanya beli mana sebab kain tebal tak nipis dan sangat selesa dipakai. Dah elok pakai pulak nampak cantik kan.





Terima kasih mommy Irra bagi Ainaa tudung cantik ni. ^___^


01/08/15 - EFG Picnic Di Dataran Shah Alam

Assalamualaikum semua! Semalam, hari sabtu beberapa ahli EFG berkumpul di Dataran Shah Alam. Ini juga pertama kali Ainaa jumpa blogger Mommy Irra, Kak Amy, Kecik dan blogger Fendi Rocka. Sedih jugak laa ramai geng EFG tak boleh turun ke Shah Alam sebab ini sepatutnya gathering pertama kami. Tapi tak apa, walau sikit je yang dapat join..... Picnic kami tetap meriah!

Mula-mula tu Ainaa malu jugak lah. Tapi lama-lama dah ok dah. Boleh rancak berborak seperti mana selalu kita orang berborak dalam Whatsapp atau Telegram.













Tak sangka dapat peluang jumpa mereka, keluarga Exchange Feed Group yang sebelum ni kenal dalam Whatsapp je. Tapi picnic semalam, dah jumpa depan-depan. Dapat jumpa Kak Irra pengasas EFG, Kak Amy, Abang FR atau blogger Nota Purba yang kelakar dan Kecik, ahli baru EFG. 

Dapat juga jumpa Adam, Anis dan baby Amal yang tembam tu. Hehe Seronok memang sangat seronok. Lain kali kalau ada lagi gathering, nak join lagi lah. Family EFG yang tak dapat join semalam, memang sangat rugi tau. Ekeke. =P

Anak Abah Dah Pecah Rekod


Anak abah ni, dah pecah rekod......  


Semalam anak abah pecah rekod tengok wayang. Kah! Sebelum ni bukan main susah abah Ainaa tak bagi tengok wayang, lebih-lebih lagi abang Aina.  Tapi Ainaa ok je, lagipun kat Kelantan tak ada wayang. Sekarang duk Selangor setelah dua bulan baru berkesempatan nak tengok. Itu pun tak dirancang. Niat nak jalan-jalan je kat NU Sentral tapi terlajak tengok Ant-Man.

Nak review sikit cerita Ant-Man ini, bagi Ainaa memang best sangat-sangat cerita Ant-Man. Tak sangka pulak cerita ni lawak. Semua yang tengok cerita tu asyik gelak je. Memang tak bosan la. First time tengok wayang pun dah tengok cerita best, ini yang rasa nak sambung tengok Mission Impossible pulak minggu depan. 



Sejak Bila Jadi Cuai?

Aduhai, sejak bila aku jadi macam ni? Menyampah sangat kan kalau sesuatu benda itu kita secara tak sengaja buat tapi beri impak atau masalah besar untuk kita. Sejak bila Ainaa jadi cuai sangat ni?


Kecuaian Pertama: 
Minggu lepas, Ainaa secara tak sengaja jatuhkan hard disk kawan sekelas Ainaa yang lelaki. Sebenarnya dia bagi hardisk tu sebab dia nak Ainaa masukkan movie yang Ainaa ada tapi nasib tak menyebelahi bila hardisk dia menjunam jatuh selepas beberapa minit ada kat tangan. Mula-mula Ainaa ingat handphone yang jatuh sebab yalah.... masa tu baru habis kelas jadi kat tangan memang banyak barang dengan buku-buku, handphone dan hardisk tu.

Punya lah Ainaa gelabah dan takut. Buat salah siapa yang tak takut walaupun secara tak sengaja. Jadi haritu jugak Ainaa bagi tahu kat dia. Dia memang terkejut campur muka garang gila. Ainaa mintak maaf dan cakap nak bayar ganti rugi pun dia balas "Tak apa" padahal muka dah bengang. Rasa bersalah tu dah macam menghantui Ainaa je sampai sekarang. Keesokkannya say sorry melalui whatsapp pun dia tak balas. Nampak sangat marah kan?

Harap hari ini lepas dah bayar ganti rugi, walaupun dia cakap "TAK APA" dia tu, harap lepas  ni oklah. Tak adalah malu sangat nak jumpa dia dalam kelas. Harap-harap lepas ni semua jadi seperti sedia kala. 


Kecuaian kedua: 
Ini semalam Ainaa keluar dengan kawan-kawan sebilik, pergi TBS ambil sorang lagi kawan sebilik kami. Dan masa perjalanan nak balik tu, tercicirkan tiket KTM yang hanya berharga RM1. Dan masa dekat penjaga tiket kat situ, dia cakap kena bayar RM30! 

Pergh. Terkedu Ainaa masa tu. Dugaan apakah ini? Tak cukup dengan duit beratus-ratus bakal melayang nak bayar ganti rugi orang, ini kena keluarkan duit untuk bayar kecuaian tercicirkan tiket KTM tu? Tiket RM1 je tapi hanya sebab hilangkan tiket tu kena bayar RM30? Aduhai.... 

Nasib baik lah ada seorang sister ni, tiba-tiba masa Ainaa tengah terkedu tu dia datang bagi tiket yang Ainaa tak sengaja cicirkan. Ya Allah baikkan sister tu. Kalau orang lain tu buat tak tahu je tu. Walau Ainaa lupa muka sister tu dan tak kenal pun dia, semoga Allah memberkatinya. Amin.

................

Tak sampai seminggu, dua kecuaian yang Ainaa buat dan tak sengaja buat. Teruk sangat dah ni. Entah kenapa jadi cuai sangat ni. Hmm... Harap lepas ni tak ada lagi berlaku benda macam ni. Tak sanggup nak kena hadap. 

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.