Pemenang Segmen: Teka Apakah Ini

Assalamualaikum!

Sebelum tu, nak minta maaf kepada peserta
segmen yang tak seberapa INI kerana lambat umum pemenang
dari tarikh yang dijanjikan. Ini disebabkan saya ada kem, baru hari ni balik.
Tu yang tak sempat nak update. Sorry again.

Ok, segmen yang saya lakukan bulan lepas sangat senang kan?
Semuanya jawab dengan betul. Jadi saya pilih
peserta pertama yang jawab dengan betul sebagai pemenang.

Dan yang bertuah itu ialah.......


TAHNIAH! Seperti yang diperkatakan, pemenang akan dapat 2 hadiah misteri daripada
saya. Diminta kepada pemenang untuk PM alamat,nama dan no. telefon di SINI.
Pemenang haruslah PM saya sebelum 17/10/13, kalau tidak hadiah akan burn.

TUNGGU KEJAP !!
Berita gembira untuk peserta lain, saya akan masukkan semua peserta yang
join segmen:teka apakah ini? di dalam bloglist yang akan diletakkan dalam blog saya
sehingga 12/11/13 ini.  Sebagai tanda terima kasih daripada saya kerana sudi join segmen itu.
hehe =)

Novel Baru, Bukan Secondhand, Hanya RM10 !!



Wah!
Beberapa hari ini pihak KakiNovel membuat
tawaran hebat iaitu hanya RM10 untuk satu novel (novel-novel yang terpilih).
 Dan penghantaraan adalah percuma termasuk sabah dan sarawak!
Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini!!


NOVEL-NOVEL TERBITAN KAKINOVEL YANG TERPILIH :

KAULAH SATU
KUINTAI CINTA DI DALAM RAHSIA
KASIH PUN BERSATU
IZINKAN MIMPI BERULANG
BANGAN SELATAN
JAUHARI DIHATIKU
HADIRMU TAKDIRKU
MENACARI JALAN KE SYURGA
YOU NI...AYAT-AYAT JIWA
CINTA SEINDAH MADAH
BILA CINTA
KIRIMKAN AKU MALAIKATMU
INGIN KUSENTUH CINTAMU
AKU, DIA & .COM
SESUCI KASIH SEORANG ISTERI
QANTAN BIRU LANGIT
LOVIN' YOU
SEANDAINYA
PELUKAN CINTA
SISA SEBUAH CINTA
KERANA SEBUAH JANJI

SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!


Untuk melihat sinopsis novel boleh klik link ini:http://www.kakinovel.com/index.php?option=com_content&view=article&id=15&Itemid=4

Untuk order boleh PM pihak KN disini https://www.facebook.com/messages/243064478506



*novel baru, bukan novel secondhand, hanya RM10!*



BlackBerry vs Nokia

Assalamualaikum!

Zaman sekarang zaman gadget. Dan pelbagai lagi
gadget yang canggih terkini. Saya pasti ramai kat sini yang
pakai phone android kan? Budak-budak sekolah rendah pun ada yang pakai iPhone,
Galaxy ke apa ke. Dan tidak ketinggalan juga BlackBerry.

Tak nak cakap iphone ke galaxy ke apa.
Nak cakap blackberry, sebab saya pengguna blackberry.



Saya guna blackberry 9800 ni aje. Ni pun sebab pemberian abang ketiga saya.
Kalau tak memang guna  Motorola lah. Pun pemberian abang sulung saya. Hehe
Semua yang orang bagi. Asalnya guna nokia tapi terpaksa guna motorola. 
Then abang ketiga saya balik, dia pagi BB tu.
Rezeki....  =)

Tapiiiii......................
Saya lebih suka guna phone lama saya yang nokia tu.
Ni dia cik 'Tampink' saya. kihkih

Memang handphone nokia 7100 dah semakin pupus tapi betul,
memang saya lebih suka guna yang ni berbanding BB.

Sekarang........
Motorola sudah tiada. Yang ada nokia dan BB.
Pergi mana-mana memang bawa kedua-dua phone nilah.
Tapi kalau setakat pergi mall ke rumah saudara-mara, bawa yang nokia je.
Malas bawak banyak-banyak.

Konklusinya.....
Nokia untuk call dan SMS orang.
BB untuk dengar bacaan al-quran, musik, tangkap gambar, main game dan untuk online.
(Tu pun jarang-jarang sebab tak ada masa nak buat semua tu)

Mungkin korang pelik kenapa saya tetap guna nokia tu.
Tapi itulah saya. LEBIH SUKA MENGGUNAKAN NOKIA. =)

Sponsor Topup Diperlukan Sekarang


Seperti yang anda tengok pada tajuk
Saya memerlukan lagi 6 orang sponsor topup untuk
segmen yang akan diadakan pada 12/10/13-19/10/13 ini.
Terhad 2 syarat sahaja. Lebih tak mahu. Tak nak susahkan peserta.


Kalau berminat PM saya di SINI dengan segera. 


Dan kalau berminat untuk sponsor GA yang akan berlangsung pada
22/10/13- 03/11/13 pun boleh PM saya. Untuk GA saya memerlukan sponsor
barangan pos seperti shawl, novel, blouse, skirt dll.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Insya-Allah! 9 Tahun Akan Datang.....



Assalamualaikum!
Setiap orang pasti ada cita-cita atau angan-angan kan?
Heh. Soalan macam nak jawab exam budak sekolah rendah. hehe
Apa-apa aje lah. Cuma nak kongsi, saya pun ada cita-cita yang tinggi melangit!


- I WANT TO BE A LECTURER -


Dari dulu lagi, memang teringin sangat-sangat menjadi pensyarah.
Itu cita-cita saya. Dan inspirasi saya ialah ibu saudara saya dan dialah yang membuatkan
saya berminat mengikut jejak langkahnya. Ingin menjadi orang berjaya sepertinya.
InsyaAllah! Tiada yang mustahil jika kita berusaha dan jika Allah izinkan.


- BMW S 1000 RR -


Disebabkan saya ini pencinta superbike inilah jadinya. Memang asyik berangan
naik dan miliki superbikelah. Tengok tu.... Fuhh! Power bepp!! Dahlah semua
warna favourite saya ada. Putih hitam merah! Perfect!!


- PENTHOUSE APARTMENT -


Penthouse atau saya dengan kawan saya panggil 'rumah kaca' sebab
penthouse menggunakan dinding kaca. Saya mula mengenali penthouse ni apabila
baca novel M.A.I.D - Suri Ryana. Sejak itulah saya tertarik dengan penthouse.
Mahu miliki penthouse!


- TRAVEL THE WORLD -


Merantau satu dunia. Semua tempat yang ada di dunia ini ingin dilawati.
Mahu melihat dunia luar. Mahukan experience dan adventure  yang lebih banyak.
Tenpat yang paling saya nak pergi ialah Jepun, Rusia, Perancis dan Italy. Semuanya!


Agak-agak dapat tak capai angan-angan ini semua 9 tahun akan datang?
InsyaAllah kalau diusahakan pasti tercapai juga. 
Tapi bagaimana kalau apa yang diangan-angankan tidak dapat dicapai?
 Soalan ini mengingatkan saya pada artikel yang saya share di FB.

[klik untuk kanta pembesaran]


YES! EXACTLY !!
Kalau apa yang diangankan tidak tercapai tidak semestinya
Allah tidak sayang kita. Mungkin apa yang kita nak tidak elok untuk kita dan
mungkin Allah nak bagi yang lebih lagi dari apa yang kita nak.
ALLAH LEBIH TAHU. KITA TIDAK TAHU.

 [TAPI SEMUA INI HANYALAH DUNIAWI. YANG AKHIRAT TIADA TANDINGANNYA.]

#Nuffnang: Cash Out Kali Ke-5



ALHAMDULILLAH........ ALHAMDULILLAH...........


Dapat cash out lagi kali ke-5 sudah. Cash out yang lepas
total earning paling sikit berbanding yang lepas-lepas. Tapi kali ini
adalah cash out yang paling tinggi berbanding yang lepas-lepas. Alhamdulillah. =)


Nak tahu... trafik blog kita sebenarnya membantu earning kita meningkat.
Untuk tahu lebih lanjut tentang cara tingkatkan trafik blog, boleh ke entry INI.
Sebelum nak mengundur diri, saya masih memerlukan ramai lagi sponsor untuk next segmen
dan giveaway. Hope ramai yang sudi nak sponsor. =')



TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR DAN KLIK IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. ARIGATOU !!

Segmen: Teka Apakah Ini?



Hai, hai, hai!
Segmen ini saya buat secara mengejut.
Saya pun baru terfikir nak buat tadi. Jadi tak ada banner
cantik-cantik atau comel-comel. Yang ada hanya gambar yang perlu
korang teka. Hadiah tetap ada.  = )


Syarat-Syarat Join GA Ini Ialah :

1- FOLLOW blog Nik Ainaa dan LIKE fanpage INI.

2- KLIK IKLAN YANG ADA DI BLOG INI.
*sila tunggu sampai habis loading*


Cara - Cara Join GA Ini Ialah :

1- Buat entry bertajuk Segmen: Teka Apakah Ini?

 2- Letak kedua-dua gambar di bawah ini dalam entry anda dan teka.
 *jawapannya harus ada dalam entry anda*

-Backlink kan pada kedua2 gambar ini dengan link entry ini-

(Anda haruslah teka dengan namanya sekali)


3- Hantar link entry anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Hadiah & Cara Pemilihan Pemenang :

2 Hadiah misteri untuk seorang pemenang.
Pemenang dipilih berdasarkan peserta pertama yang meneka dengan betul.


( TAMAT PADA 08/10/13 JAM 11:59 MALAM )

Drop Your Link And I'll BW Yours



GOOD MORNING DARLINGS !!

 

Pada pagi hujung minggu ini, saya nak blogwalking blog
rakan-rakan blogger sekalian. Anda hanya perlu komen link blog anda 
dan saya akan BW anda. Kalau nak saya follow sekali pandai-pandai lah pujuk ya. 
muehmueh = 3

Dah gosok gigi? Dah mandi? Dah sarapan?
Kalau dah... sekarang baru boleh drop your link. hihi

#Nuffnang: Dapat CPUV Lagi

Alhamdulillah.
Rezeki lagi untuk bulan ini.


Bermurah hati betul encik Nuffnang ya. hehe
Apa-apa pun sorry u olls sebab tak dapat update blog selalu.
Maklumlah exam dah nak dekat. Tinggal lebih kurang sebulan aje lagi.

Apa-apa pun entry tentang drama-drama yang akan datang bakal menyusul.
Banyak sangat drama/filem  adaptasi novel bakal datang.
Akan saya update setelah tarikh tayangan disahkan. Tunggu.....

Drama Love You Mr.Arrogant (Adaptasi Novel)

A
ssalamualaikum!
Wah, sekali lagi kita bakal disajikan dengan
drama yang diadaptasikan dari novel. Siapa yang dah baca
novel Love You Mr.Arrogant karya Aliesha Kirana memang akan tahu
betapa bestnya novel ini.

SINOPSIS LOVE YOU MR.ARROGANT :

 Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Drama Love You Mr.Arrogant dijangka akan ditayangkan
setelah tamatnya drama Cinta Jannah iaitu pada
 25 SEPTEMBER 2013 DI SLOT AKASIA JAM 7 MALAM DI TV3.

Wah, teruja tak semua semua? hehe
Nak tahu barisan-barisan pelakon yang bakal memegang
watak-watak dalam novel ini? Jom kita saksikan....

BARISAN PELAKON DRAMA LYMA & GAMBAR DALAM LYMA :
Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah.

Hanez Suraya sebagai Sherry


Keith Foo sebagai Hadry Hakimi





























sumber : Fanpage Love You Mr.Arrogant



Amacam? Hebat-hebat tak pelakon dalam LYMA ni? 
Memang sesuailah AzleeKhairi tu pegang watak ZafrielIrham sebab
dia pun memang nampak arrogant kan? muehmueh

Lagu tema/ost drama LYMA ini pula
dinyanyikan oleh Nomad yang berjudul Tetap Menantimu.
Jom kita layan lagu dulu...


Bagi sesiapa yang belum pernah baca novel LYMA,
anda boleh baca bab awal LYMA di link bawak ini.


Dan untuk dapatkan novel LYMA, anda boleh beli secara online
untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM3 di laman web karyaseni.my

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.