A
ssalamualaikum!
Wah, sekali lagi kita bakal disajikan dengan
drama yang diadaptasikan dari novel. Siapa yang dah baca
novel Love You Mr.Arrogant karya Aliesha Kirana memang akan tahu
betapa bestnya novel ini.

SINOPSIS LOVE YOU MR.ARROGANT :

 Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Drama Love You Mr.Arrogant dijangka akan ditayangkan
setelah tamatnya drama Cinta Jannah iaitu pada
 25 SEPTEMBER 2013 DI SLOT AKASIA JAM 7 MALAM DI TV3.

Wah, teruja tak semua semua? hehe
Nak tahu barisan-barisan pelakon yang bakal memegang
watak-watak dalam novel ini? Jom kita saksikan....

BARISAN PELAKON DRAMA LYMA & GAMBAR DALAM LYMA :
Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah.

Hanez Suraya sebagai Sherry


Keith Foo sebagai Hadry Hakimi





























sumber : Fanpage Love You Mr.Arrogant



Amacam? Hebat-hebat tak pelakon dalam LYMA ni? 
Memang sesuailah AzleeKhairi tu pegang watak ZafrielIrham sebab
dia pun memang nampak arrogant kan? muehmueh

Lagu tema/ost drama LYMA ini pula
dinyanyikan oleh Nomad yang berjudul Tetap Menantimu.
Jom kita layan lagu dulu...


Bagi sesiapa yang belum pernah baca novel LYMA,
anda boleh baca bab awal LYMA di link bawak ini.


Dan untuk dapatkan novel LYMA, anda boleh beli secara online
untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM3 di laman web karyaseni.my

7 Comments

  1. ni ganti cerita cinta jannah la ye...nk tgk la...dah baca bab awl dia so nk tau ending...

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tgk. tp heroin cm xbest je

    ReplyDelete
  3. ada classmate yang tengah baca novel ni . hehe

    ReplyDelete
  4. dh bace novel ni..awesome gak !

    ReplyDelete
  5. Wah... Novel lagi... Mmg rmai la layan dan tv lpas nih.

    ReplyDelete
  6. wah!! mesti best jugak kalau duduk minum kopi petang2 smbil layan citer nih! HAHA!

    ReplyDelete
  7. siti suria: wah besgugak kalau makan di hotel sambil nanguk tv


    ReplyDelete