Assalamualaikum! Entry ini khusus untuk adik-adik lepasan sekolah menengah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Yang ada adik atau anak lepasan SPM pun boleh baca entry ini sebagai rujukan. Sudah jadi kebiasaannya kan apabila tamat sahaja SPM dan bila result pun dah diumumkan, adik-adik memang akan sibuk mencari universiti mana yang terbaik dan kursus apa yang sesuai dengan adik-adik. Time Ainaa dulu, memang kalut bertambah lagi kepala ni blank tak tahu nak ambil kos apa. Tapi adik kena ingat, kita mungkin boleh cakap nak universiti tu nak belajar situ sini nak kos ini. Tapi.... Tak semestinya pilihan universiti dan kos yang adik nak tu akan dapat. Eh, betul ke?
Mungkin Ainaa dapat kos apa yang Ainaa nak asasi dulu, itu atas rezeki dan kena pandai pilih.


human sciences, sains kemanusiaan, uia, iium, universiti islam antarabangsa, international islamic university malaysia, asasi sains kemanusiaan di uia, kos hs, kos hs di uia, ept apt iium, english placement test, arabic placement test,


SEBELUM MEMOHON KOS DAN TEMPAT BELAJAR

1) Tengok result SPM dan buat research, kos apa yang layak adik-adik mohon dengan result yang diperoleh.
Universiti yang mana ke apa itu jatuh nombor dua. Yang penting sekali, kena pastikan result melepasi syarat-syarat kursus yang ditawarkan. Kemudian baru buat senarai kos yang layak untuk dimohon dengan result SPM. Dalam permohonan UPU tu kan ada sembilan ke sepuluh pilihan macam tu, pastikan isi kesemuanya dengan kos yang layak dengan keputusan SPM dan boleh juga isi kos apa yang adik minat atau tertarik walaupun syarat result tak lepas. Nak tahu kenapa batch 97 dulu ramai yang tak dapat UPU? Sebab permohonan kos yang dibuat tidak layak dengan keputusan yang diperoleh. Itu adalah salah satu sebabnya. Jadi untuk mengelakkan perkara ni berlaku, sila isi dengan kelayakan masing-masing.

Ainaa dulu isi kesemua UPU dengan kos pilihan hati dan juga kos yang layak tapi dalam banyak-banyak pilihan, syarat-syarat kos Human Sciences (Sains Kemanusiaan) yang sepadan dengan result SPM dan kebetulan Ainaa tertarik dengan psychology. Kos psychology ni degree ada la, asasi mana ada tawarkan kos ni. Sebab itu pentingnya research supaya adik-adik tahu kalau nak kos psychology ni, asasi kena ambil apa. Ainaa memang dah tahu awal-awal kalau nak sambung degree psychology, asasi kena ambil kos human sciences. Macam mana nak buat research? Alah dik, google kan ada. Google saja.

2) Pilih Universiti mana yang menawarkan senarai kos yang adik buat di nombor satu tadi.
Bila dah senaraikan kos yang layak, baru la adik-adik boleh pilih universiti mana yang menawarkan kos tersebut. Pilih la universiti mana pun, kalau nak dekat-dekat dalam negeri je pun boleh, kalau rasa nak belajar jauh pun boleh buat la keputusan dengan bijak. Tapi kena ingat juga ya, tak semesti kita dapat universiti yang kita nak walau kos yang dimohon tu layak dan setanding dengan keputusan SPM.

Ainaa tahu mesti ramai yang berperasaan nak belajar di luar negeri atau jauh dari tempat/rumah sendiri kan... Sebab Ainaa pun macam tu. Tapi kalau adik jenis yang homesick giler-gilar atau langsung tak boleh jauh dengan mak ayah, pilih je yang dekat dik. Kan jadi macam hakak kau ni, kampung di Kelantan, belajar KL... Dan bila tiba hujung minggu selalu kena tinggal sorang-sorang memandangkan roommates Ainaa yang lain masing-masing dekat je dengan KL. Mereput lah kau sorang-sorang dalam bilik. Nak pulak bilik Ainaa tu jenis berhantu... Haaa kalut angkut bantal selimut pergi tidur bilik kawan la jawab dia. HAHAHA

human sciences, sains kemanusiaan, uia, iium, universiti islam antarabangsa, international islamic university malaysia, asasi sains kemanusiaan di uia, kos hs, kos hs di uia, ept apt iium, english placement test, arabic placement test,



ASASI SAINS KEMANUSIAAN (HUMAN SCIENCES) DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)

Bagi yang mengenali Ainaa atau pembaca lama blog Nik Ainaa, mungkin tahu la dulu selepas tamat SPM, Ainaa dapat sambung asasi human sciences (HS) di UIA tahun 2015. Apa kos Human Sciences ni? Untuk kos HS ni, bila nak sambung degree ni dia ada banyak cabang. Adik pilih je kos apa yang adik nak, psychology, communication, political sciences, history dan macam-macam lagi! Dan sudah tentu kena habiskan asasi dulu. Nak kerja apa dengan kos HS ni? Macam-macam pekerja yang boleh dimohon dengan kos HS ni sebab skopnya sangat luas. Nak kerja di sekolah-sekolah, universiti, kerja pejabat kerajaan atau pejabat guaman sebagai kaunselor, mahupun kerja di station radio/tv pun boleh! Cuma satu je nak cakap, dapat kerja atau tak tu atas rezeki dan result CGPA kau orang sendiri.

Asasi HS di UIA ni ada yang setahun, ada setahun setengah dan ada dua tahun. Kenapa boleh ada berbeza-beza tempoh? Bila melangkah ke alam asasi UIA ni, di awal minggu orientasi, pelajar-pelajar baru akan ada ujian EPT, APT, ujian fardhu ain dan Tilawah Entrance.

human sciences, sains kemanusiaan, uia, iium, universiti islam antarabangsa, international islamic university malaysia, asasi sains kemanusiaan di uia, kos hs, kos hs di uia, ept apt iium, english placement test, arabic placement test,


EPT, English Placement Test yang mana kalau adik lepas level 6 atau dapat band 5.5 dan ke atas, maka dikira exit atau exempted. Jika tak, maka bila bermula belajar nanti adik kena ambil la EPT tu mengikut level berapa yang adik dapat. EPT ni untuk menentukan level english adik berada di tahap berapa. EPT ada reading, writing, speaking. Maka kena pastikan lah ketiga-tiga ujian tersebut dapat band 5.5 atau kalau tidak...kena repeat. Repeat? Yes! Mungkin adik rasa susah tapi jangan risau la, akan lulus punya cuma atas usaha adik-adik je.

Ainaa dulu lagi teruk masuk je UIA dapat level 3 kau! Level yang paling rendah maka bermula la hari-hari Ainaa struggle belajar english. Alhamdulillah, dari level 3 lompat ke level 5 dan ke level 6 dan akhirnya lulus jua. Kalau adik kena repeat paper, jangan menangis. Itu adalah perkara biasa yang dialami kebanyakkan pelajar asasi UIA. Yang repeat tiga kali tak lulus lagi pun ada tau. Nampak tak usaha UIA nak lahirkan pelajar yang mahir english.

APT, Arabic Placement Test juga lebih kurang dengan EPT cuma untuk peringkat asasi ni ada 2 level sahaja. Untuk lepas dua level ni insyaAllah senang je berbanding EPT. Ini bagi pendapat dan apa yang Ainaa lalui. Juga sama dengan EPT, kalau ujian ini adik tak lepas dan result dapat level 1 atau 2... bila lepas minggu orientasi dan mula belajar tu kena ambil juga APT sampai la lulus.

EPT dan APT ini lah kebanyakkan penyebab utama pelajar terkandas lama sampai dua tahun asasi. Dan faktor lain pula adalah kena repeat subjek lain. Jangan risau, perkara biasa je tu kalau kena repeat. Yang mana otak geliga tu mungkin tak akan lalui repeat paper tapi kalau yang golongan macam Ainaa ni belajar sedang-sedang je memang akan merasa la juga walau sekali. Tapi tak bermakna adik-adik boleh belajar main-main. Asasi ni tak macam SPM dan STP. Asasi ni adik kena banyak berkorban masa, tidur dan tenaga kalau tak nak sampai dua tahun atau repeat paper.

human sciences, sains kemanusiaan, uia, iium, universiti islam antarabangsa, international islamic university malaysia, asasi sains kemanusiaan di uia, kos hs, kos hs di uia, ept apt iium, english placement test, arabic placement test,


Kelas mula 8 pagi hingga 6 petang itu adalah perkara biasa yang kena hadap bila sambung asasi ni. Malam pula akan sibuk dengan assignment dan program-program. Asasi dulu Ainaa setahun setengah dan semester pertama dan kedua adalah yang paling mencabar memandangkan kelas Ainaa dari pagi sampai petang non-stop! Yang ada rehat time nak solat tu je la. Terseksa memang ya tapi bila kau dapat keluar dari asasi tu dan melangkah ke degree, perasaan dia.... memang bersyukur sangat-sangat dan rasa berbaloi dengan usaha dan pengorbanan yang dilalui zaman asasi.

Lagi terseksa bila Ainaa bukan la pelajar yang mahir english jadi bila semester pertama dan kedua tu dalam kelas asyik mengantuk je walhal zaman sekolah dulu kau tak pernah pun tidur atau mengantuk dalam kelas tapi bila di Uia, asyik nak tidur je. Sebabnya tak faham! 100% lecturer speaking, presentation pun kena speaking tapi Ainaa pula k.o english. Memang stress tapi itulaa... berbaloi. Sungguh Ainaa cakap, kalau adik-adik ada yang dapat asasi Uia tapi takut sebab disogok dengan cerita asasi ni susah la stress la... walau benda tu Ainaa tak nafikan tapi bila berjaya lalui dengan kesabaran, perasaan yang dirasai tu... Tak tahu nak ungkap macam mana.

Apa pun itu adalah serba sedikit informasi untik adik-adik yang bakal sambung asasi di UIA tak kira la kos apa pun. Harap ianya dapat membantu adik-adik.


16 Comments

  1. Ada saya dengar kat news, UIA paling ramai bebudak lepasan SPM apply. Hebat UIA, jadi pilihan ramai.

    ReplyDelete
  2. salam,kak Ainaa.saya pun ore klate jugok heheh.Akak,saya nk tanya,akak ambk course apa ye masa asasi dulu?saya dapat asasi macom,so apa pendapat akak ye?apa bidang2 yg saya blh apply utk degree nanti?kindly reply my comment :)

    ReplyDelete
  3. lepastu kak,kalau saya ambk asasi macom (malay language for international communication) tu,boleh ke degree nanti sy nk ambk psychology?kalau undang2 tu mmg xleh ambik ke?mohon pencerahan ;)

    ReplyDelete
  4. salam hi dik, welcome to cfs iium. saya dulu asasi dapat kos human sciences, jadi bila dah masuk degree, saya masih dapat kos under human sciences. untuk asasi macom tu, saya tak tahu pasal macom tapi boleh je dik belajar dulu time asasi ni nanti bila dah masuk degree boleh buat permohonan untuk tukar. bagi saya la kan, asasi ni ambil je kos apa sebab semua asasi belajar benda sama, belajar benda basic. nak terangkan panjang, adik boleh email nikainaa19@gmail.com kalau nak tahu details lagi atau pun boleh message kat instagram @blog.nikainaa :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum akak... saya ni baru habis pt3. saya nak tanya klau nak ambil asasi sains kemanusiaan ni sesuai ambil elektif apa ya semasa form 4? tolong reply ya

    ReplyDelete
  6. ape syarat syarat nak apply course asasi ni

    ReplyDelete
  7. Assalam..nak tanya kalau aliran sains boleh ke amik asasi sains kemanusiaan?

    ReplyDelete
  8. Wahh nama dah sama dah aina. Minat psikologi gok. And saya pun kurang mahir english, btw rasa macam terinspirasi pulak lepas baca blog akakkk. Thanksss a lot 💓💓💓

    ReplyDelete
  9. salam, lepas asasi sambung degree berapa tahun?

    ReplyDelete
  10. universiti mna lagj yg tawarkan asasi ni

    ReplyDelete
  11. wahh..kita nama sama la kak..
    bagus juga course ni ya..kebetulan ayah saya plak dlm bidang counseling, mcm nk cuba je ni

    ReplyDelete
  12. pelajar aliran sains bole x masok human science ni?

    ReplyDelete
  13. klu aliran sains boleh ke sambong dlm aliran ni

    ReplyDelete
  14. Salam aina . Saya nak tanya boleh ke kalau umur dah 21 tahun nak sambung belajar asasi human science ni?

    ReplyDelete
  15. Nak tanya, kalau ambil asasi
    HS ni, boleh ke nak sambung degree law?

    ReplyDelete
  16. boleh sambung degree HR ke kalau amik asas ni

    ReplyDelete