Assalamualaikum.

Amboi.... bukan main tajuk entry. Ala-ala tajuk novel gitu. Haha Tapi betul saya cakap. Biarkan saja ia berlalu. Walau pun banyak perkara seronok-gembira berlaku tapi nak tak nak kena say goodbye. Perkara pahit-kelat yang berlaku pun memang tak ada siapa yang mahu ingat. 

Jadi, untuk biarkan 2014 berlalu.... Rasanya tak salah nak 'peram' cerita-cerita 2014 sebagai kenangan. Kisah yang happy-happy lah. Yang sodih-sodih apa kejadah nak share. Baik simpan dalam 'Kitab Sodih-Sodih 2014'. Hahaha kau hado? Kahkah illos kerek. Menyampah T_T


- Cerita Sepanjang 2014 - 


Seronak? Mahu tak seronok jumpa mamat hensem chinese look. Siapa lagi kalau bukan Keith Foo. Daku yang pemalu ni pun jadi gedik ulat beluncas nak bergambar dengan Keith Foo. Yang ni kena istighfar banyak-banyak. Walaupun bergambar jauh-jauh, still tak elok kan bergambar dengan bukan mahram. Ya-ya. Tipisnya iman daku ni. Hukhuk :' (


LATIHAN KEBAKARAN DI SEKOLAH
Yang ni kalau ingat balik nak menangis pon ada. Macam lucu pon ada. Tapi sakit hati yang banyak. Takut pun ya. Illos tak takut? Tengah elok belajar subjek math dengan cikgu dalam kelas, tiba-tiba je bunyi something meletup. Macam mercun. Nak pulak kawan sekelas menjerit kata wayar elektrik yang meletup. Dan-dan tu jugak loceng panjang berbunyi. Habis lari tak cukup tanah. Dah lari keluar dari pintu pagar sekolah baru tahu rupa-rupanya latihan kebakaran. Grr.... Geram betul dengan pengetua sekolah. Tak nak bagitau sape-sape sampai cikgu-cikgu sendiri lari bertempiaran. Kenangan di sekolah yang menakutkan tapi kalau ingat balik rasa lucu pulak. Kalau ada kamera tersembunyi rakam macam mana riaksi kitorang satu sekolah masa tu.... Memang ketawa tergolek-golek! =_=


MENDAKI  PUNCAK GUNUNG STONG
Yang ni.... mahu sampai cucu-cicik akan diingati!! Best sangat dooh! Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Serius, teringin nak join lagi aktiviti panjat-memanjat gunung ni. Kalau lah ada mana-mana group blogger nak buat program panjat-memanjat ni, janganlah lupakan haku. Sobsob ='( Memang nak ulang lagi aktiviti ni. Siapa yang belum pernah rasa, memang rugi....


NOVEL PERCUMA DARIPADA PENULIS
Hahaha Suka hati? Of course lah. Eh, saya ni peminat tegar novel hokey? Mestilah akan songih lebar kalau dapat novel free. Nak-nak pulak daripada penulis sendiri. Kihkih


TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN MENULIS BERSAMA I LUV NOVEL



Setelah cerpen Tabahkanlah Hatiku Ya Allah terpilih dibukukan dalam Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi terbitan Ilham Alaf21..... Cerpen Kasih Kembali Bersatu pula menang tempat pertama dalam pertandingan menulis. Perasaan time tu? Memang berkali-kali tengok sebab... Yalah... Penulis-penulis hebat yang lain pun join jugak. Ezza Maysara, Ayumi Syafiqah, Ilya Abdullah dan-dan pulak ada Syamnuriezmil. Lagilah terkejut! Daku ini belum jadi penulis rasmi. Tapi alhamdulillah. Rezeki tak disangka-sangka kan. Apa-apa pun saya belum pernah share lagi cerita ni dalam blog. Nanti bila-bila akan dibuat entry khas. hehe


MENJADI CALON SPM
So scary.... Yang ni paling ngeri! Tak nak ulang dah. Tak nak!! Cukuplah sekali ni je hari-hari penuh dengan keseksaan. Sanggup cuti hujung minggu dihabiskan study group kat sekolah. Sanggup bangun awal-awal pagi jam 3 untuk study sebelum ke sekolah. Ohh~ Sangat-sangatlah meletihkan. Terseksa jiwa raga.


HANGOUT BERAMAI-RAMAI DENGAN KAWAN-KAWAN
Happy tak usah dicakap. Siapa tak happy dapat keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan yang ambik SPM. Kitorang merdeka SPM pada 25/11/14 dan hangout beramai-ramai keesokannya. Main bowling, layan game 7D, makan-makan and selfie ramai-ramai! Waaaaaa!! Illos tak seronok. Memang fun habis. Jam 9 pagi kitorang dah tercongot depan KBM dan pulang ke rumah jam 5 petang. HAHAHA esoknya memang sakit-sakit betis! Maunya tak!! Kerja gila yang kitorang buat bersama untuk kali terakhirnya. Hoho >_<


BENCANA BANJIR BESAR DI KELANTAN
Bukanlah kenangan indah yang petut diingati tapi ini pengelaman yang seumur hidup belum pernah berlaku dalam diri haku ini. Sedih tengak rata-rata rakyat Kelantan yang kelaparan, kesejukan, hilang rumah, hilang harta.... Walaupun saya bukan mangsa banjir sampai terpaksa ke pusat pemindahan. Tapi still menjadi mangsa sebab tak boleh kemana-mana. Bekalan elektrik terputus. Bekalan makanan terputus. Moga-moga ini menjadi pengajaran buat kita semua dan semoga bencana banjir besar ini tidak berlaku lagi pada tahun-tahun hadapan. Amin.


Lagi cerita? Ermmmm-emmm itu saja yang mahu dikongsi bersama. Yang lain-lain biarlah terus terserap dikalbu. Dah-dah.... Semuanya tinggal kenangan walaupun 2014 baru meninggalkan kita 7 hari yang lalu. Now, just say goodbye 2014 and say hello 2015. Please be nice with me okay ^_^


2 Comments

  1. baru ingat nk bt juga kronologi spnjg tahun 2014 tapi aishhh malas benor. hehe

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/food-review-nandos-berjaya-times-square.html)

    ReplyDelete
  2. wow..tahniah yg cerpen tu. msti best. nk join tp bakat seciput ja. Mangsa bnjir tu brlaku jgk. :'(

    ReplyDelete