Assalamualaikum.


Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar !




Memang dah jadi kebiasaan pada musim tengkujuh di pantai timur ini akan ada negeri yang dilanda banjir. Setiap tahun kut berlaku banjir tapi sepanjang 17 tahun saya hidup belum pernah lagi terlibat dan melihat banjir besar begini di Kelantan.

Jujur saya cakap, masa tengok gambar-gambar banjir sebelah Rantau Panjang dan tempat-tempat lain.... Memang tak terfikir langsung yang kawasan perumahan saya akan dilanda banjir jugak.

Tapi semuanya kuasa Allah. Memanglah saya belum lagi perlu naik bot  penyelamat datang sebab rumah dah hampir tenggelam atau perlu bersusah payah meredah banjir. Alhamdulillah rumah selamat dari ditenggelami air dan dimasuki air. Air banjir hanya sampai di pintu pagar belakang rumah. Syukur Ya Allah.

Tapi still kami sekeluarga terperangkap seperti di 'pulau terkecil' yang dikelilingi air tanpa ada sebarang kemudahan elektrik, bekalan air dan makanan. 


Terperangkap seperti pulau selama 4 hari .

Terperangkap tanpa elektrik dan air selama 8 hari .


Teruk dan belum pernah di alami saya tapi tak patut saya mengeluh sebab saya dikiran bernasib baik berbanding orang lain.


Rumah tak dimasuki air.

Bergelap tapi masih ada lampu bateri.

Masih boleh tidur di dalam rumah sendiri.

Tak perlu bersusah payah berebut makanan.

Masih ada rumah.


Masih bernasib baik kan? Tak macam orang lain yang dilanda banjir, rumah hilang. Bekalan elektrik dan air terputus. Hanya tinggal sehelai sepinggang ! Allahu akbar... Tak akan selamanya mereka kena tinggal di pusat mangsa banjir? Tak akan selamanya berumah dalam khemah?


Marilah bantu mereka semua. Bantuan dari segi pakaian, makanan asas, air minuman, lampin, susu, selimut dan lain-lain keperluan asas memang sangat diperlukan. 

Bagi mereka yang ada masa lapang sama ada sedang menganggur atau sedang bercuti, boleh melawat mereka di pantai timur dan hulurkan bantuan dari segi khudrat dan tenaga. Banyak rumah-rumah yang perlu dibersihkan dan diperlukan sukarelawan lebih-lebih lagi kepada warga tua yang tinggal bersendirian.


KEADAAN DI KELANTAN SELEPAS BANJIR BESAR

sumber FB I ♥ KELANTAN

1 Comments

  1. semoga mangsa2 bnajir teros tabah hadapi dugaan ni..
    ='(

    ReplyDelete