Assalamualaikum!

Lagi 107 hari yang tinggal untuk menduduki SPM bulan sebelas ni.
Ready tak ready memang nak kena hadap juga. Dengan tu, terpaksa tinggalkan
blog sementara saya buat persiapaan untuk SPM hingga selesainya tarikh exam tu.
Nampaknya GA yang kedua terpaksa dibatalkan. Mula-mula ingat sempat tapi tak rupanya.

Banyak buat persiapan? For sure BIG NO!! Banyak leka. Leka apa? Nak kata baca novel,
ops! Dalam almari buku penuh dengan novel yang belum dibaca. Memang tak baca!
FB dan blog? Laptop pun buka kadang-kadang tu pun sebab buat kerja kursus. Memang takla.

G.A.B.R.A? Tipu kalau cakap tak. SPM kut, exam paling ngeri yang perlu pelajar hadap.
Tak nak hadap kan... kalau otak business boleh lah hidup tanpa perlu ke peringkat
ijazah, master dan PhD. Kita yang tak tahu selok belok business nilah yang kena guna sijil
SPM tuk ke menara gading. Kata nak sambung belajar sampai PhD?

Untuk persiapan SPM ni, dah buat list dengan kawan-kawan nak ke uni mana.
Walaupun kitorang tak masuk uni untuk tahun depan sebab cadang nak ambil STAM,
tapi kitorang suka buat perancangan awal. = ) Rancang sama-sama sebab masing-masing takut
nak hadap rakan baru yang entah betul-betul sahabat atau tidak. Tu yang nak ke uni sama-sama.


list uni.

Ada cadangan universiti terbaik?

3 Comments

  1. blaja rajin2..semoga berjaya..akak UMT

    ReplyDelete
  2. Tips untuk SPM

    1. Jangan tinggal solat, doa dan tawakkal

    2. Hormat guru dan ibu bapa

    3. Banyak buat latihan

    4. Jaha hubungan dengan kawan kawan

    ReplyDelete
  3. All the best.. Anak kathy pula akan hadapi PT3.. Huhuhu..

    ReplyDelete