AFB FEEDS

Pelakon Ariana Rose di Kelantan


ASSALAMUALAIKUM!

Ini cerita semalam punya. Semalam saya satu family ke airport Kelantan
nak hantar abang yang dah nak pergi semula ke U nya. Dah abang 
pergi, syahdu lah! Memang dah tak hiraukan orang sekeliling. Pakat terkejar
ke balai berlepas sebab dah lewat. Tapi tiba-tiba kak ipar panggil saya.

"Tu bukan ke pelakon Ariana Rose?"

Waaaah!! Terus air muka berubah jadi teruja! Berpaling.... eeeh....
lain muka Keith Foo! Memang nampak lain dari dalam tv. Nampak... 
lagi handsome kut. HaHa

 Yang ni kak ipar n anak saudara saya bergambar 
dengan Keith Foo yang handsome ni. Hehe

Yang lain-lain tu, dengan peminat dia.


Tak sangka gila! Mula-mula pelik sebab masa tu Fathia pun ada.
Cuma saya tak nampak. Sebab rabun jauh dan kebetulan tak pakai cermin mata
malam tu. Jadi terlepas nak tengok Fathia yang pakai tudung. Cuma nampak muka putih
melepak dan memakai tudung jea. Muka tak jelas.

Dato' Muzri pun ada, pemilik KaryaSeni. Lepas tu ternampak penulis
Melur Jelita. Rasanya memang betul dah tu Melur Jelita. Sebab tak perasan
sangat semalam. Lepas kak ipar saya cakap Ziela Jalil pun ada.

Sayangnya saya tak nampak pun mereka. Yang nampak, Keith Foo, Melur Jelita
dan Dato'Muzri. huhu boleh pulak tak ingat pakai spec.

Dan... ooh! Dah lama tak tengok cerita Ariana Rose. Tak sempat! Busy!

You Might Also Like

3 Surat Cinta