Assalamualaikum!



Ini kisah pagi tadi masa kat sekolah. Sebenarnya memang rasa malas tu memang kuat menguasai diri. Tiba-tiba hari ni rasa TERSANGAT MALAS nak ke sekolah. Tapi apabila teringatkan exam, next week! Terus batalkan niat tu.

Nak jadikan cerita, sekolah saya tu ada dua pintu pagar. Pintu bahagian depan untuk laluan pelajar lelaki dan pagar laluan pelajar perempuan pulak berdekatan dengan tempat parking kereta guru-guru. Macam biasa, memang saya antara pelajar yang datang LEWAT ke sekolah. Hehe bukan kes bangun lewat tapi kes malas nak beratur pagi-pagi. Ehe! Sshhyyy.... ni rahsia kita-kita aje tau. *winkwink*

Ok, seperti biasalah.... Pagi-pagi mesti ada 'guard' a.k.a pengawas yang akan check uniform sekolah. Masa tu peliklah, tengok-tengok kat tempat parking kereta tu ada tali plastik kuning tu, alah.... Nama apa entah. Kat situ ada tulis 'Sila Parking Kereta di Belakang Kantin'. Pelik dah masa tu tapi tak terfikir apa-apa, tapi semakin pelik sebab ternampak something di hadapan kelas ting.4.

Dipendekkan cerita, masa tu matapelajaran math, masa yang ke tiga camtulah. Tiba-tiba terdengar bunyi macam mercun dekat kantin/bilik guru (kelas saya dekat dengan kantin dan bilik guru). Mula-mula buat tak tahu lepas tu bunyi pulak, banyak kali pulak tu. Then tiba-tiba salah satu kawan sekelas saya jerit,

"Elektrik meletup! Elektrik meletup!!!"

Lebih kurang macam tulah, dia jerit. Serentak dengan jeritan dia tu tiba-tiba elektrik tak ada. Masa tu tak usah cakap, memang kalut habis! Kebetulan jugak loceng berbunyi. Terus berebut-rebut keluar dari kelas!! Lepas keluar dari kelas tu, terdengar cikgu disiplin menjerit,

"Lari!! Lari!! Semua pelajar lari!!!"

Haa!! Tak akan lah kitorang nak tercegak kat situ lagi? Dengan bunyi meletup seperti mercun tu masih kedengaran.... LARI LAH BEEP!! Tak perlu tunggu lama terus keluar dari pagar sekolah. Kaki tangan dah terketar-ketar. Tak habis fikir bunyi apakah itu. Dalam fikiran ni, 

"Ya Allah... sekolah aku nak meletup ke? Ya Allah, tolong lah jangan. Ya Allah."

Teringatkan Allah jea masa tu. Saya dengan kawan saya memang lari jauh-jauh dari pagar sekolah. Budak-budak lelaki pulak ada berkeliaran tepi-tepi sekolah. Lepas tu terdengar pula ada budak jerit "Api!!!" adoilah.... Saya dengan kawan saya tu lagilah kalut lari jauh. Saya tak nampak pun api tu. Tapi takut weyh masa tu.

Beberapa saat lepas tu, try lah jenguk. Tengok-tengok, ternampak samar-samar api dekat kelas ting.4. Asap hitam dah berkepul-kepul kelihatan. Perasaan saya masa tu memang takut sangat-sangat. Tak terkata. Tak dapat dibayangkan sekolah saya terbakar. Meletup! Tapi sempat fikir, 'Macam manalah aku nak ambik SPM kalau sekolah meletup?'.

Masa tu jugak ternampak ustazah berdekatan dengan saya. Terus pergi kat ustazah.Tanya ustazah apa yang berlaku ni. Ustazah cakap, 

"Latihan ni, latihan."

Heh?

"Tak akan latihan ustazah. Lepas tu bunyi apa meletup tu?"

Saya dengan kawan saya tak percaya, terus dapatkan guru kelas saya. Tanyalah ustazah(guru kelas) soalan yang sama.

"Latihan jea ni. Mudir(pengetua) dengan Ustaz Aseri(guru disiplin) je yang tahu. Diorang saja nak buat latihan kebakaran."

Haaaaaaaaaaaaaaah???????

Cis, semua pelajar dan guru-guru tertipu rupanya.!!! Ingatkan sekolah nak meletup betul-betul.... HANYA LATIHAN KEBAKARAN!!!! Grrr...... geram betul. Nak tampor orang jea rasa. Jahat betul lah mudir n ustaz ni!!! Heee!!!! Geram!!!

Rupa-rupanya, latihan ni memang tak ramai yang tahu. Cikgu-cikgu pun kebanyakannya empat atau lima orang jea tahu. Kalau tak, cikgu tak akan turut lari sambil 'selamatkan' laptopnya yang masih terbuka. Ustazah tak akan bawa kertas-kertas kerja SMU lari sekali. Huh. 

Yang bunyi meletup tu, memang mercun. Cikgu-cikgu lelaki yang mana bersubahat tu yang lempar mercun tu. Yang tak ada elektrik tu pun, memang disengajakan. Yang api apa tu pun, adalah 'something' yang saya ternampak hadapan kelas ting.4 tu. Dia bakar benda-benda tu.

Pelik bebenor, selama saya bersekolah disitu nak masuk 5 tahun dah. Baru nak buat latihan kebakaran? Tak pernah-pernah. kalau masa sekolah dulu pun, latihan kebakaran tak adalah macam ni. Memang cikgu akan maklumkan dulu kat pelajar-pelajar yang akan adakan latihan kebakaran. Yang ni..... 

GIMIK JEA LEBIH !!!

Sepanjang saya sekolah kat situ, kira dah dua fenomena yang sempat saya lalui. yang first, masa form 3. Kalau nak tahu cerita, pergilah godek kat entry lama, cari fenomena tercetus apa entah. tak ingat dah. Yang kedua, fenomena yang berlaku pada 28/04/14 ini. Memang fenomena-fenomena yang tak dapat dilupakan.


TAPI kan.......


Tak dapat bayangkan kalau benda ni betul-betul berlaku. NAUZUBILLAH. minta dijauhkan YA ALLAH!

1 Comments