Program Anak Muda Klate Tawan Gunung Stong
Assalamualaikum!
Nak cakap awal-awal, sebenarnya cerita ni dah basi. Cerita lebih kurang 5 bulan yang lepas tapi tak kiralah, nak cerita jugak. Hehe Ok, pada 16, 17 & 18 Januari 2014, saya sertai program Anak Muda Klate Tawan Gunung Stong anjuran Urusetia Belia Dan Sukan atau singkatannya U-BeS. Ini kali kedua saya sertai program luar selain dari sekolah.
Dan ini jugak kali pertamanya saya nak panjat gunung ni. Pergh! Teruja habis bep. Nak jadi cerita, ustazah saya yang tolong kita orang yang sertai program ni. Jadi budak-budak sekolah saya yang pergi ada lah dalam 13 orang. Dan kami-kami semua ni peserta paling muda sekali. Yes! Kalau tak selama ini rasa tua jea kat sekolah sebab paling senior. Pelajar tingt.5 katakan. Dan-dan semua perempuan! Sebab program AMKTGS ni siri untuk beliawanis yang join. Yang berjantina laki-laki tu, sorry ya. Tunggu your turn. hehe Tapi fasi-fasi and guard kita orang ramai lelaki. Yalah... kami tahu kami ni kaum yang lemah. weak!! =P
Seperti biasa, apa-apa program mesti ada ceramah terdahulu. Sebelum bertolak, kena dengar ceramah dan solat hajat yang penting sekali. Yalah, kita orang ni nak pergi panjat gunung! G-U-N-U-N-G!! Apa-apa boleh berlaku dalam hutan tu. Dan sebelum naik bas, sempat juga tangkap gambar sekeping dua. Dari kota bharu nak ke sana, adalah dalam dua-tiga jam. Dah sampai tu, kita orang solat dahulu dan ambil semua barang-barang yang disediakan untuk digunakan kat atas sana nanti.
Lupa nak cakap, dalam satu kumpulan tu ada 4 orang ahli. Jadi saya satu kumpulan dengan geng-geng saya iaitu saya, Faiqah, Sabariah dan Masyhithah. Masa tu, kita orang dah cakap-cakap mesti saya dan Sabariah ada kat belakang sekali di antara kumpulan kami tu sebab saya dan Sabariah ada penyakit. Lebih-lebih lagi Sabariah. Tapi siapa sangka SAYA DAN SABARIAH paling hadapan sekali berbanding Faiqah dan Masyhithah!!
Double WOW, you!! Sungguh tak disangka-sangka. Tapi jujurlah, semput jugak masa panjat tu. TINGGI KUT !! Memang inilah program yang paling mencabar yang pernah saya sertai. Dalam hutan tu, tak usah cakap. Kena jalan di laluan sebelah curam. Kalau tergeleceh, memang boleh tergolek jatuh nun ke bawah! Nauzubillah!! Lepas tu, ada kena panjat kayu balak yang tumbang. BESAR GILER wa kata lu. Mungkin yang mana dalam kategori rendah tu, agak sukar nak panjat sebab kaki tak sampai. Huhu Tapi don't worry, still boleh punya.
Nak-nak masa kena panjat batu besar dan tinggi. Kalau sekali tengok macam tak mungkin. Tapi masa tu sedapkan hati sendiri cakap "Kau boleh, Ainaa!! Kau boleh!!". Yalah, kalau sertai program begini, kena ada keyakinan diri yang kuat. Tak boleh nak ragu-ragu walaupun kepala lutut hang tu terketaq-ketaq!! Ok-ok. Nak tahu dari tempat berkumpul tadi, nak ke kem BAHA/Gunung Baha tu lebih kurang dalam 4-6 jam jugak. Saya sampai ke sana pun dah dekat jam 7 malam. Pergh! Boleh bayangkan tak?
Tapi nak ke puncak Gunung Stong lagi mencabar! Kita orang ke puncak pada hari kedua. Korang kiralah, dalam satu hari tu kita orang ulang alik dari Kem Baha ke puncak Gunung Stong lepas tu turun semula ke Kem Baha. Siapa yang ada lelah/semput/penyakit kronik memang bahaya. Tapi kalau korang yakin dengan diri sendiri, ada bekal ubat dan penyakit korang tu korang rasa tak menghalang untuk korang buat aktiviti lasak, teruskan. Sebab saya pun ada sakit lelah tapi buktinya, saya BERJAYA TANPA SUSAHKAN ORANG LAIN. =)
Sambung balik cerita. Jadi lepas pulang dari puncak Gunung Stong tu, cuba kau orang bayangka kita orang semua ni dah jadi orang tua. Hukhuk Betul!! Kaki ni, dari pinggang hingga ke hujung kuku semuanya TERKETAR-KETAR!! Asal nak jalan pun up-down-up-down bak kata Cik Nora dalam cerita Jodoh Musim Ke-2. Hehe sempat lagi. ; D Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa lenguh dan sakitnya satu badan. Serasa nak terus tidur untuk 48 Jam.
Mari, saya nak tunjukkan gambar-gambar sepanjang saya kat sana.
Mari, saya nak tunjukkan gambar-gambar sepanjang saya kat sana.
tiba ke tempat muka pintu sebelum mendaki
taklimat dari abang fasi sebelum jalankan misi Tawan Gunung Stong
ini cilok gambar kakak-kakak yang post dalam FB. hehe jangan marah~
hari terakhir, kami menikmati matahari terbit dari atas puncak
sebelah tu curam. ngeri~
SAAT-SAAT KEMUNCAK, DI ATAS PUNCAK GUNUNG STONG :
................................
Ok, tamat sudah punya cerita. Amacam? Ingat kami ni tahu duduk kat dapur and masak saja? Hehe. Ok-ok. Saya dengar khabar, akan ada lagi program AMKTGS ni. Nak pergi lagi tapi dah tak boleh sebab dia hanya buka kepada yang belum sertai lagi. So sesiapa yang nak, boleh hubungi U-BeS. Tapi kawan saya cakap yang Jun punya dah tutup penyertaan. Tapi tak apa, kau orang boleh pergi nanti siri 4 : 4-6 Sept 2014.
Apa-apa pun kalau berminat boleh lah sertai. = )
1 Comments
Subhanallah. cantiknya! tahniah kak :a
ReplyDelete