Viral Kisah 'Tokwan' Yang Masih Belajar

TOKWAN DAH BERUMUR PUN MASIH KUAT ULANG ALIK KE KELAS!






Tengah layari Facebok tiba-tiba ternampak satu posting yang di share dari OHBULAN. Kisahnya seorang 'Tokwan' yang merupakan pelajar uia sedang mencari kelas dan cerita ini di tweet oleh student uia juga di Twitter. Terbaiklah Tokwan walau dah berumur tapi masih gigih belajar dan apa yang paling Ainaa kagum jadual kelas Tokwan itu berterusan tiga subjek tanpa ada gap! Nak pula kalau ketiga-tiga kelas itu berbeza kuliyyah... fuh kalau Ainaa mahu lembik lutut. Setiap kali habis kelas memang akan habis 10 minit awal tapi kalau dah kelas pertama di Kuliyyah HS dan kelas kedua di IRK, memang berlari lah jawabnya. Jauh setakat mana antara dua Kuliyyah itu, Kuliyyah IRK di hadapan berdekatan pintu masuk Uia manakala Kuliyyah HS di belah belakang. Senang kata dari hujung ke hujung la. Tapi itu kelas Ainaa lah. Tokwan itu kelas di Kuliyyah AIKOL dan kalau tak silap Ainaa Kuliyyah AIKOL jauh juga dengan masjid.



NOMBOR 'KOD RAHSIA' SETIAP KELAS, SETIAP KULIYYAH


Kalau tak sesat cari kelas, bukan Uia namanya! Ainaa tak pasti universiti lain juga ada 'kod rahsia' seperti uia atau pun tak tapi student first year macam Ainaa ini memang mula-mula tengok nombor kelas itu dah berpusing-pusing nak cari. Dah rasa macam nombor bilik rahsia je setiap kod tu. Contohnya kelas Ainaa LR 3 1.23... Mula-mula memang tak faham tapi dah beberapa minggu kat sini dan Ainaa pun lebih kurang 4 kali buat campus walk... Boleh la jumpa tapi belum pro lagi. Nak ke kelas kena lalu jalan yang sama yang setiap hari Ainaa lalu dan kalau Ainaa dari tempat lain dan nak ke kelas, memang boleh sesat. Nasib baik selama ini ada kawan-kawan jadi kalau sesat pun sesat bersama. Hehe sorang-sorang mau menangis.



KULIYYAH LAIN, KELAS DI KULIYYAH YANG LAIN


Ada orang Kuliyyah IRKHS, tapi kelas kau di Kuliyyah ADM. Senang kata, jangan ingat kelas yang dapat hanya ada di Kuliyyah kau.... Memang tak lah. Nasib baik kelas Ainaa di HS dan IRK je. Dan setiap kelas mesti ada gap jadi tak ada lah terkejar-kejar sangat.


map iium gombak, map uia, uia gombak, viral tokwan cari kelas, life di uia
map iium gombak



Ainaa pasti setiap universiti ada kelainannya dan ada cabarannya tapi apa pun kita sentiasa bersemangat nak ke kelas. Tak kira lah jalan ke je ke atau naik bas atau ada kenderaan sendiri. Dan sudah tentu pengalaman sepanjang kita belajar di universiti tersebut akan terbinanya banyak kenangan pahit-manis dan kisah lucu ke atau kisah memalukan kita. Hehe Semoga kita dapat terus beristiqamah untuk belajar. Kalau rasa malas ke kelas, cepat-cepat ingat Tokwan yang gigih cari kelas itu. Malu la kalau kita yang muda ini kalah sedangkan Tokwan mampu je.

Sampai Bila Nak Mengelak?

Ini adalah pengakuan Ainaa yang tak suka nak belajar English. Sekolah rendah dulu-dulu, Ainaa mana nak belajar english sangat lebih lagi grammar memang tutup telinga awal-awal. Senang kata memang selalu ngelat la untuk belajar english. Tapi bila masuk darjah 6 macam tu, sekolah ada buat kem english dan entah macam mana terjodoh pula dengan ex-crush (crush pertama tu uolls)... Alah biasa la suka-suka gitu je, selalu skodeng jauh-jauh tapi kejap je suka. Eh, tercerita pulak. Okey, bermulanya Ainaa satu group dengan dia dalam English Camp tu sampai la masuk sekolah menengah Ainaa mula baca komik Jepun yang di terjemah dalam bahasa Inggeris... Dari situ Ainaa dah mula faham bahasa Inggeris, boleh biasa-biasa je lah. Dan dari situ juga Ainaa mula sedar yang English ni penting. Tapi Ainaa nak cakap, bermula dari membaca komik tu sebenarnya yang menambahkan Ainaa punya vocabulary dan bukan sebab crush ke apa. Masa tu tak fokus sangat dengan grammar tapi fokus pada maksud, ya lah kalau tak macam mana nak faham baca komik kan.

English, grammar, vocabulary, uia,


Selepas itu, dah boleh faham kalau orang speaking? Faham.... Tapi Ainaa akan mengelat. Mengelat untuk berbahasa Inggeris dan berkomunikasi dalam bahasa asing ini. Memang langsung tak ada keyakinan nak speaking dan rasa malu tu menebal (perangai orang Melayu heh). Dan bila Ainaa melangkah ke asasi UIA, di situ baru Ainaa belajar betul-betul dari segi grammar, vocab English dan banyak lagi. Tempat di mana Ainaa terpaksa pulun belajar English, grammar terutamanya dan tempat di mana Ainaa terpaksa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kalau tak kuasai betul-betul tak adanya boleh graduate. Itulah Universiti Islam Antarabangsa atau International Islamic University Malaysia. Tak ada perasaan nak berbangga tapi tempat ini yang banyak mengubah seorang Ainaa yang tidak suka kan English kepada Ainaa yang dah mula berani nak speaking English.

Ingat lagi selepas SPM, Ainaa ada minta dengan abah nak masuk kursus english tapi sebab kos belajar adalah seribu lebih, abah buat tak layan je. Abah kata, "baca surat khabar english, speaking hari-hari. Nanti lama-lama boleh lah cakap english". Kita ni pun redha la tapi bila mula-mula masuk uia tu memang 'terseksa' la jugak nak cakap English dan ada juga perasaan nak salahkan Abah (jahat kan) tapi tak lama bila Ainaa sedar... Selama ini kita yang selalu mengelat nak belajar, diri sendiri yang tak usaha, diri sendiri yang mengelat nak speaking..... TAPI ITU DULU.

Sekarang, beranikan diri ke hadapan kelas, speak in english! Dulu, mengelat dari berkomunikasi dengan lecturer dan foreigner tapi sekarang? Alhamdulillah. Dah boleh speaking dengan lecturer, dah boleh berkawan dengan foreigner tapi English masih bantai je asal diorang faham. Hahaha. InsyaAllah bila mula berkawan dengan foreign people ini dapat mengasah lagi English kita tu. Tengah usahakan ini memandangkan Ainaa berkumpulan dengan orang Somalia, jadi nak tak nak kena faham dan kena bercakap dalam bahasa Inggeris.

English mungkin berterabur tapi sis cuba yaw! 3:

Milagro Coffee Patawali - Penawar Kencing Manis


MINUMAN KESIHATAN - MILAGRO COFFEE


Pernah dengar tak minum kopi juga boleh menjadi penawar kencing manis? Ha, kopi apa tu? Ada ke? Biasanya kan kita dengar detox je minuman kesihatan, tapi sekarang ni kopi pun ada! MILAGRO Coffee adalah minuman berasakan herba Patawali yang dapat menurunkan bacaan gula dalam darah. Jadi Milagro Coffee ini adalah minuman dan dalam masa yang sama adalah penawar untuk penyakit kencing manis. Bagaimana caranya Milagro Coffee ini bertindak sebagai penawar? Jom kita baca apa rahsia kopi ini.

minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis



RAHSIA MILAGRO COFFEE:


1- PATAWALI
downloadminuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis
Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali, dan batang wali. Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea. Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil “jattorrhizine” yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

2- HALIA

minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan makanan, badan kesejukan, sakit pinggang, lemah urat saraf, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.


3- LADA HITAM
minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis
Lada hitam memiliki manfaat kesihatan kerana mengandungi minyak esensial seperti piperine amina alkaloid yang memberikan rasa pedas pada lada. Selain itu juga, ia mengandungi berbagai monnoterpen hidrokarbon seperti sabinene, pinene, terpenene, limonene, mercenene, yang menghasilkan aroma lada. Lada hitam juga merupakan sumber yang sangat baik dari kelompok Vitamin B kompleks penting, seperti piridoksin, riboflavin dan niacin.


4- GARAM GUNUNG
minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis
Garam gunung adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih, dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang maat sempurna.. ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. garam gunung ini juga dapat meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol. selain itu, ia dapat melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan. ia juga dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.


5- ROBUSTA
minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis
Penggemar kopi yang meminum 1-2 cawan kopi hitam setiap hari memiliki risiko terkena stroke lebih rendah dibandingkan mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan adanya antioksida yang terkandung dalam kopi. Antioksida yang terkandung didalamnya membantu meningkatkan tekanan pada darah dan denyutan jantung.


6 - ARABICA
minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis

Kopi diketahui memiliki banyak menfaat bagi kesihatan. menurut kajian yang dibuat oleh University of Scranton, kopi merupakan sumber antioksida yang sangat baik sehingga minum sejumlah kecil cawan kopi dalam sehari dapat mengurangi risiko terkena diabetes tahap 2, alzheimer, bahkan kanser prostat.


KELEBIHAN MILAGRO COFFEE PATAWALI :


minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis


Ianya boleh membantu merawat, mencegah & mengawal :
  • Penyakit Kencing Manis
  • Darah Tinggi 
  • Sakit Sendi
  • Kanser
  • Cergas Badan
  • Bertenaga
  • Hilang Penyakit Gatal-Gatal
  • Keradangan
  • Alahan
  • Batuk
  • Demam Malaria
  • Menguatkan TENAGA BATIN
  • Awet Muda


Selain dari itu Milagro Coffee juga berkhasiat :
  • Tinggi AntiOksidan
  • Menguatkan Saraf & sistem pertahanan tubuh badan
  • Mengembalikan tenaga dengan segera

*Pesakit jantung, kanser ataupun wanita mengandung, juga boleh minum MILAGRO Coffee ini kerana ianya tidak mengandungi kafein. 



TESTIMONI DARI PENGGUNA MILAGRO COFFEE :

minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis

minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis

minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis




AGEN DAN STOKIS MILAGRO COFFEE DIPERLUKAN:

Bagi siapa yang nak tambah duit poket dan ingin mencuba menjadi agen dan stokis MILAGRO Coffee DAN ingin membeli kopi ini, boleh hubungi 019-9632283 (Ainaa)

HARGA :
 RM55 + postage RM8 (Semenanjung Malaysia)
RM60 + postage RM10 (Sabah Sarawak).
* SEKOTAK MILAGRO COFFEE ADA 20 SACHETS*


minuman kesihatan, kopi, peminat tegar kopi, coffee, milagro coffee, milagro, penawar kencing manis


MAKLUMAT LANJUT MILAGRO COFFEE :


Instagram: www.instagram.com/milagro_coffee/
Facebook: www.facebook.com/kopimilagro/
Website: www.milagro.com.my
Alamat HQ: No 6 Space U8 Persiaran Pasak Bumi Tamam Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam 40150


BacaOnline: Suamiku Paling Sweet



NOVEL: SUAMIKU PALING SWEET
HARGA NOVEL: RM29


(BOLEH WHATSAPP 019-9632283 JIKA MAHU MEMBELI NOVEL SUAMIKU PALING SWEET)



SINOPSIS DI KULIT NOVEL :.




“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama,

Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.

Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.

Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya

pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ

“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz.

Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya.

Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk

Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia

yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.

Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya



BAB AWAL NOVEL SUAMIKU PALING SWEET :
(back link ke blog penulis)

Drama: Suamiku Paling Sweet

drama akasia, drama tv3, suamiku paling sweet, drama suamiku paling sweet, drama adaptasi novel, novel, anjell, penulis anjell, syafiq kyle, mawar rashid


Tajuk : Suamiku Paling Sweet‬
Mula Tayangan : 13 Febuari 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 6.58 Petang
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Primeworks Studios
Jumlah Episod: 28


Pelakon : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Lia Natalia


SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET:


Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.


PELAKON UTAMA DRAMA SUAMIKU PALING SWEET:


1) MAWAR RASHID SEBAGAI QISYA
drama akasia, drama tv3, suamiku paling sweet, drama suamiku paling sweet, drama adaptasi novel, novel, anjell, penulis anjell, syafiq kyle, mawar rashid


2) SYAFIQ KYLE SEBAGAI IZZ HAIKAL
drama akasia, drama tv3, suamiku paling sweet, drama suamiku paling sweet, drama adaptasi novel, novel, anjell, penulis anjell, syafiq kyle, mawar rashid


3)  NIK ADAM  MIKA SEBAGAI HAFIEY
drama akasia, drama tv3, suamiku paling sweet, drama suamiku paling sweet, drama adaptasi novel, novel, anjell, penulis anjell, syafiq kyle, mawar rashid




Cara Membuat Permohonan PTPTN

Kawan-kawan yang mula melangkah ke alam universiti ini mesti ada yang ingin membuat pinjaman PTPTN dan ramai juga yang bertanya bagaimana cara untuk memohon pinjaman PTPTN. Sesiapa yang ingin memohon pinjaman boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini yang di share dari group whatsapp.

ptptn, cara memohon ptptn, pinjaman, ptptn, biasiswa, mahasiswa, ptptn malaysia, pinjaman malaysia, pinjaman belajar


LANGKAH LANGKAH MEMOHON PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTN.


1. Terima surat tawaran meneruskan pembelajaran

2.Check IPT anda boleh menerima pembiayaan PTPTN atau tidak

3.Pastikan anda memenuhi syarat-syarat pembiayaan PTPTN.
Baca dan pastikan korang penuhi syarat-syarat dia ke tak. Orang Nepal tak boleh amik PTPTN.

4. Pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah
Pasal emel ni pastikan bila dah dewasa ni takpayah lah buat emel zaman kanak kanak lagi. Buat emel yang matang sikitlah bagi urusan urusan rasmi.

5. Buka akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat.
Kalau UMT - CIMB BANK (CIMB) (Bergantung pada universiti masing2)

6. Buka akaun SSPN. Boleh buka akaun ni di mana mana bank ejen PTPTN
Ejen PTPTN adalah seperti BSN, CIMB, AGRO Bank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Maybank. Aku buka akaun SSPN dekat Maybank sbb boleh settle haritu jugak. Aku tak pasti bank mana yang kena tunggu keesokan harinya baru boleh settle akaun SSPN. Minima akaun ni RM 20.

7. Beli No, Pin PTPTN
Beli no pin ni di BSN dengan harga RM 5. Kena ingat bahawa no pin ni boleh tahan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari tu kena beli baru punya.

8. Isi borang PTPTN secara online
Buat pendaftaran kali pertama and isi lah borang borang dia. Pendaftaran secara online ni korang boleh buat satu kali sahaja. SEKALI SAHAJA. Jadi, pastikan korang check betul betul maklumat and cari maklumat-maklumat yang susah nak cari siap-siap. Sebarang ketidak pastian boleh terus telefon PTPTN. Kalau tak, korang kena beli no pin baru dan buat permohonan semula.

9. Sahkan permohonan anda setelah check 4 ribu kali. (hiperbola semata)
InshaAllah kalau dah 4 ribu kali check mesti tak ada masalah nak sahkan lagi.

10. Tunggu permohanan anda disahkan.
Ambil masa dalam seminggu selepas tarikh permohonan tamat.

11. Boleh amik WPP.
Wang pendahuluan sebanyak RM 1500 utk korang bayar yuran pengajian, yuran kolej dan persiapan masuk IPT. WPP ni boleh mintak time buat permohonan masuk IPT. Aku tick 'right' yang aku nak menerima WPP time buat permohonan penerapan dulu. Cek bernilai RM 1500 itu hanya boleh dicashkan di bank CIMB sahaja. Tak boleh guna cara lain

12, Print borang- borang PTPTN bila permohonan anda diterima. (80gsm)
Semua borang ni kena ada WAJIB 2 salinan. Isi tarikh dan sign di mana yang perlu sign. Dinasihatkan guna pen hitam utk kegunaan surat surat rasmi macam ni.

13. Beli setem hasil
Beli setem hasil 2 ketul di mana mana pos office berdekatan. Dan tampal di borang yang perlukan setem hasil utk ditampal.

14. Dapatkan tanda tangan pegawai kelas A.
Aku ambik tanda tangan Ketua Jabatan kos aku. Pastikan pegawai kelas A korang sama utk kedua dua salinan PTPTN.

15. Sediakan dokumen sokongan.
Dokumen sokongan hendaklah bersaiz A4 (80gsm) berwarna putih dan tidak perlu disahkan,

Dokumen sokongan yang perlu disediakan:

a) Maklumat permohonan pembiayaan
b) Salinan IC pemohon
c) Salinan SPM
d) Salinan surat tawaran
e) Salinan buku akaun
f) Salinan transkrip keputusan peperiksaan (STPM, Matrikulasi, Diploma)
g) Salinan slip gaji/ salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA PERTAMA
h) Salinan slip gaji / salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA KEDUA
i) Salinan surat pengesahan masih belajar di IPT ( budak sem 2 dan ke ats)
j) Salinan keputusan peperiksaan setiap sem sebelumnya. (budak sem 2 dan ke atas)

16. Susun Atur segala borang.
Jadikan borang kepada 3 bahagian.
Bahagian 1. Satu salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 2. Satu lagi salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 3. Segala jenis dokumen sokongan.

Do not stapler segala borang sebab kenkadang dorang tak bagi ( yang the very particular about this borang) Just guna klip utk pile up borang korang ni. No comot comot borang korang ni. Pastikan cantik tiada kesan liquid, TIADA KESAN LIQUID ya! Kalau tak, dorang suruh print baru.

17. Datang pada waktu yang ditetapkan bila pihak PTPTN akan hadir ke IPT anda utk kutip borang.
Kena peka dengan HEP. Macam HEP aku, diorang ada tampal list yang aku ni budak kelompok mana and PTPTN akan datang bila, di mana, utk hantar all those borang.

18. Datang awal dan ambil no. giliran anda.
Bila diorang cakap start pukul 8, kau rajin rajinkan lah sikit datang awal dari pukul 8 sbb sekarang ni PTPTN guna sistem bernombor. Datang awal, habis awal. Datang lambat, nombor habis, tunggu keesokan harinya pulak. Bila dah datang tu jangan lupa bawak ler pen dan apa apa stationaries. Kot kot ada benda tertinggal atau salah yang perlu pembetulan. Pembaris pun kena bawak.

19. Palang (utk kegunaan PTPTN sahaja) atau cop (utk kegunaan PTPTN sahaja)
Korang boleh pilih nak buat sendiri palang dua dan ditengah tengah letak 'UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' atau pergi dekat kaunter cop cop dan suruh diorang cop "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' Motif buat semua benda ni adalah so that pihak PTPTN tak boleh menyalahgunakan salinan salinan IC korang utk benda benda yang tak patut.

20. Ikut cakap pihak PTPTN yang hadir, bawa bersabar dan anda beres!
Ada kaunter, korang ikut je perjalanan kaunter tersebut dan korang boleh balik lepas beres segala benda.

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

Mari-mari semua yang bergelar blogger untuk sertai Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors.  Seramai 45 blogger yang akan bergelar sebagai pemenang dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan! Jumlah 45 orang pemenang tu bukan sedikit dan peratus untuk kita menang pun banyak. Rugi lah siapa yang ada blog tapi tak nak join giveaway tersebut. Ramai sponsor yang dicari termasuklah Ainaa sendiri juga menawarkan diri untuk menjadi sponsor giveaway Elsaalicious. Tak perlu tunggu lama-lama, kalau ternampak je giveaway ini kena join sekarang! Boleh klik banner di bawah jika nak sertai.

http://elsaalicious.blogspot.my/


SENARAI HADIAH GIVEAWAY ELSAALICIOUS (45 PEMENANG):

1. Mieza Suhaini
Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

2. Miss BaNu
Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

3. Madihah
Topup RM 5 x 2 pemenang

4. Amira Azahar
Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

6. Lea Azleeya
Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

10. Unni Anje
Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

12. Cik Renex
Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

13. Sa-viors
Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

14. Nik Ainaa
Tunai RM 10 x 2 pemenang

15. Shikin Razali
Tunai RM 10 x 2 pemenang

16. Fairuz Aqilah
Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG


SAambil-sambil itu jangan lupa untuk sertai giveaway Ainaa yang bertajuk GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA. Giveaway simple sahaja dan hadiah pun simple, hadiah minyak sephia by Janna Nick. Kalau nak join boleh klik "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA"

Kesihatan Merosot?

Entry yang lepas-lepas (entry KeTaweRiang UIA Gombak) Ainaa ada mention yang Ainaa baru sambung degree tapi sekarang rasa macam nak lari balik ke Kelantan je. Dari kecik lagi Ainaa ada alahan dengan habuk dan bukan jenis yang tahan sejuk, kalau tak memang boleh sakit berhari-hari. Tapi ni nak buat macam mana ni dah minggu ke dua, tiap-tiap hari terkena selesema. SETIAP HARI! Seksanya bila hari-hari susah nak bernafas sebab hidung tersumbat dan bila terkena selesama ni, susah nak sembuh. Ainaa rasa hari-hari terkena selesema tu sebab bilik ni selalu tertutup dan buka tingkap pun tak boleh jadi udara dalam bilik ada habuk. Dan kat sini air bukit sejuk sampai ke tulang dan bila pagi-pagi dah kena air memang mula terbersin-bersin lah sampai nak pergi kelas pun tak selesa. Diri sendiri tak selesa dan orang sekeliling kita pun mesti tak selesa bila ada yang asyik bersin je.

kesihatan merosot, selesema, selsema, uia gombak, uia, kesihatan, tips, tips merawat selesema



Ada siapa tahu tak macam mana Ainaa nak rawat selesema ni yang dah dua minggu berturut-turut tak hilang. Kalau ada tips dan nasihat boleh share di ruangan komen ya. Sedih la bila kesihatan merosot macam ni, apa kerja pun rasa tak selesa.

Awak Kan Pakwe Saya

pakwe, makwe, boyfriend, girlfriend, awak kan pakwe saya, kepala bana



"Saya sanggup buat apa-apa untuk awak, awak kan pakwe saya."

"Orang lain tak boleh, awak je boleh. Awak kan pakwe saya."



Bila perkataan "AWAK KAN PAKWE/MAKWE SAYA" ini keluar dari mulut pasangan bercinta yang haram pun jadi halal, yang tak boleh jadi boleh. Bukan budak-budak remaja berumur 17-24 je berperangai macam ini, yang dah tua bangka pun sama je lepas itu kalau ada kes bawah umur berzina, buang anak, gugurkan kandungan... Mula nak salahkan mak bapak. Isu ibu bapa dan anak yang bermasalah ini sebernarnya agak sensitif sebabnya masyarakat kita meletakkan kesalahan anak-anak pada bahu si ibu dan si bapa pelaku. Betul, ibu bapa yang mencorakkan anak-anak dan ibu bapa itu juga mencerminkan perangai anak-anak tapi terfikir tak kita kalau kita yang dewasa ini sebagai masyarakat menunjukkan sikap negetif dan golongan remaja dan bawah umur ini lah melihat dan mengulang semula apa yang dibuat oleh masyarakat sekitar. Tak rasa bersalah ke kelakuan buruk kita diikuti orang lain? Tak ada rasa berdosa ke?

Yang itu fikir-fikir sendiri lah, dah besar panjang kalau nasihat begini pun tak boleh nak terima lebih baik kau pindah planet lain. Kita balik semuala pada topik iaitu pasangan 'pakwe makwe' ini. Di sekeliling kita ni ramai sangat pasangan yang berfikiran cetek dan menganggap pakwe/makwe dia adalah miliknya dan juga diberi layanan seperti suami/isteri. Orang lain tak boleh, dia je boleh sebab.... "AWAK KAN PAKWE SAYA!". Perempuan, lelaki lain pandang-pandang dia menjeling tetapi bila pakwe yang pandang-pandang dia tersipu-sipu malu. Perempuan, lelaki lain sentuh dia melenting tetapi bila pakwe yang sentuh, dia tergedik-gedik. Apa pun boleh sebab "AWAK KAN PAKWE SAYA".

Bagus lah. Buat lah lagi sampai kahwin. Mana tahu kan dapat kahwin free ke, dapat anak ekspres ke tak perlu keluar duit banyak! Paling best bila dapat DOSA FREE je! BAGUS, BAGUS SANGAT. Tak pasal-pasal nanti kahwin si suami/isteri dapat yang 'secondhand'. Nauzubillahiminzalik.


pakwe, makwe, boyfriend, girlfriend, awak kan pakwe saya, kepala bana

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED

http://www.bondezaidalifah.com/2017/01/give-away-pocket-chia-seed.html

Ainaa sertai giveaway dari blogger Bonde ini. Sesiapa yang belum join lagi giveaway dari bonde boleh KLIK SINI atau banner di atas. Hadiah yang ditawarkan adalah Chia Seed. Kalau nak tahu apa itu Chia Seed dan ingin mencuba Chia Seed ini boleh lah join GIVEAWAY POCKET CHIA SEED dari bonde. Mana tahu ada rezeki, free-free je dapat kan.


Tarikh Tamat : 14 Februari 2017


DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.