Awak Kan Pakwe Saya
"Saya sanggup buat apa-apa untuk awak, awak kan pakwe saya."
"Orang lain tak boleh, awak je boleh. Awak kan pakwe saya."
Bila perkataan "AWAK KAN PAKWE/MAKWE SAYA" ini keluar dari mulut pasangan bercinta yang haram pun jadi halal, yang tak boleh jadi boleh. Bukan budak-budak remaja berumur 17-24 je berperangai macam ini, yang dah tua bangka pun sama je lepas itu kalau ada kes bawah umur berzina, buang anak, gugurkan kandungan... Mula nak salahkan mak bapak. Isu ibu bapa dan anak yang bermasalah ini sebernarnya agak sensitif sebabnya masyarakat kita meletakkan kesalahan anak-anak pada bahu si ibu dan si bapa pelaku. Betul, ibu bapa yang mencorakkan anak-anak dan ibu bapa itu juga mencerminkan perangai anak-anak tapi terfikir tak kita kalau kita yang dewasa ini sebagai masyarakat menunjukkan sikap negetif dan golongan remaja dan bawah umur ini lah melihat dan mengulang semula apa yang dibuat oleh masyarakat sekitar. Tak rasa bersalah ke kelakuan buruk kita diikuti orang lain? Tak ada rasa berdosa ke?
Yang itu fikir-fikir sendiri lah, dah besar panjang kalau nasihat begini pun tak boleh nak terima lebih baik kau pindah planet lain. Kita balik semuala pada topik iaitu pasangan 'pakwe makwe' ini. Di sekeliling kita ni ramai sangat pasangan yang berfikiran cetek dan menganggap pakwe/makwe dia adalah miliknya dan juga diberi layanan seperti suami/isteri. Orang lain tak boleh, dia je boleh sebab.... "AWAK KAN PAKWE SAYA!". Perempuan, lelaki lain pandang-pandang dia menjeling tetapi bila pakwe yang pandang-pandang dia tersipu-sipu malu. Perempuan, lelaki lain sentuh dia melenting tetapi bila pakwe yang sentuh, dia tergedik-gedik. Apa pun boleh sebab "AWAK KAN PAKWE SAYA".
Bagus lah. Buat lah lagi sampai kahwin. Mana tahu kan dapat kahwin free ke, dapat anak ekspres ke tak perlu keluar duit banyak! Paling best bila dapat DOSA FREE je! BAGUS, BAGUS SANGAT. Tak pasal-pasal nanti kahwin si suami/isteri dapat yang 'secondhand'. Nauzubillahiminzalik.
4 Comments
gilo lak ai.
ReplyDeletebila baca entry ni menyirap plak.. tapi jauh sudut hati takut! Takut sebab sis punya ank teruna dah mula injak remaja. Soal perangai ni memang susah nk cakap sebabnya semua orang akan boleh beri pengaruh dan apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa dan teruskan tunjuk sikap yang baik. DO THE BEST!! selebihnya berserah.. apapun, sis syukur masih ada yang prihatin akan isu ni ameen
ReplyDeleteBila ank2 dah dewasa harapnya boleh fikir sendiri..sebelum buat sesuatu ingat wajah mak ayah..kesian mereka..
ReplyDeleteHek eleh.. Pakwe tu bukan lesen utk segala2nya
ReplyDelete