Kawan-kawan yang mula melangkah ke alam universiti ini mesti ada yang ingin membuat pinjaman PTPTN dan ramai juga yang bertanya bagaimana cara untuk memohon pinjaman PTPTN. Sesiapa yang ingin memohon pinjaman boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini yang di share dari group whatsapp.

ptptn, cara memohon ptptn, pinjaman, ptptn, biasiswa, mahasiswa, ptptn malaysia, pinjaman malaysia, pinjaman belajar


LANGKAH LANGKAH MEMOHON PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTN.


1. Terima surat tawaran meneruskan pembelajaran

2.Check IPT anda boleh menerima pembiayaan PTPTN atau tidak

3.Pastikan anda memenuhi syarat-syarat pembiayaan PTPTN.
Baca dan pastikan korang penuhi syarat-syarat dia ke tak. Orang Nepal tak boleh amik PTPTN.

4. Pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah
Pasal emel ni pastikan bila dah dewasa ni takpayah lah buat emel zaman kanak kanak lagi. Buat emel yang matang sikitlah bagi urusan urusan rasmi.

5. Buka akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat.
Kalau UMT - CIMB BANK (CIMB) (Bergantung pada universiti masing2)

6. Buka akaun SSPN. Boleh buka akaun ni di mana mana bank ejen PTPTN
Ejen PTPTN adalah seperti BSN, CIMB, AGRO Bank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Maybank. Aku buka akaun SSPN dekat Maybank sbb boleh settle haritu jugak. Aku tak pasti bank mana yang kena tunggu keesokan harinya baru boleh settle akaun SSPN. Minima akaun ni RM 20.

7. Beli No, Pin PTPTN
Beli no pin ni di BSN dengan harga RM 5. Kena ingat bahawa no pin ni boleh tahan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari tu kena beli baru punya.

8. Isi borang PTPTN secara online
Buat pendaftaran kali pertama and isi lah borang borang dia. Pendaftaran secara online ni korang boleh buat satu kali sahaja. SEKALI SAHAJA. Jadi, pastikan korang check betul betul maklumat and cari maklumat-maklumat yang susah nak cari siap-siap. Sebarang ketidak pastian boleh terus telefon PTPTN. Kalau tak, korang kena beli no pin baru dan buat permohonan semula.

9. Sahkan permohonan anda setelah check 4 ribu kali. (hiperbola semata)
InshaAllah kalau dah 4 ribu kali check mesti tak ada masalah nak sahkan lagi.

10. Tunggu permohanan anda disahkan.
Ambil masa dalam seminggu selepas tarikh permohonan tamat.

11. Boleh amik WPP.
Wang pendahuluan sebanyak RM 1500 utk korang bayar yuran pengajian, yuran kolej dan persiapan masuk IPT. WPP ni boleh mintak time buat permohonan masuk IPT. Aku tick 'right' yang aku nak menerima WPP time buat permohonan penerapan dulu. Cek bernilai RM 1500 itu hanya boleh dicashkan di bank CIMB sahaja. Tak boleh guna cara lain

12, Print borang- borang PTPTN bila permohonan anda diterima. (80gsm)
Semua borang ni kena ada WAJIB 2 salinan. Isi tarikh dan sign di mana yang perlu sign. Dinasihatkan guna pen hitam utk kegunaan surat surat rasmi macam ni.

13. Beli setem hasil
Beli setem hasil 2 ketul di mana mana pos office berdekatan. Dan tampal di borang yang perlukan setem hasil utk ditampal.

14. Dapatkan tanda tangan pegawai kelas A.
Aku ambik tanda tangan Ketua Jabatan kos aku. Pastikan pegawai kelas A korang sama utk kedua dua salinan PTPTN.

15. Sediakan dokumen sokongan.
Dokumen sokongan hendaklah bersaiz A4 (80gsm) berwarna putih dan tidak perlu disahkan,

Dokumen sokongan yang perlu disediakan:

a) Maklumat permohonan pembiayaan
b) Salinan IC pemohon
c) Salinan SPM
d) Salinan surat tawaran
e) Salinan buku akaun
f) Salinan transkrip keputusan peperiksaan (STPM, Matrikulasi, Diploma)
g) Salinan slip gaji/ salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA PERTAMA
h) Salinan slip gaji / salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA KEDUA
i) Salinan surat pengesahan masih belajar di IPT ( budak sem 2 dan ke ats)
j) Salinan keputusan peperiksaan setiap sem sebelumnya. (budak sem 2 dan ke atas)

16. Susun Atur segala borang.
Jadikan borang kepada 3 bahagian.
Bahagian 1. Satu salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 2. Satu lagi salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 3. Segala jenis dokumen sokongan.

Do not stapler segala borang sebab kenkadang dorang tak bagi ( yang the very particular about this borang) Just guna klip utk pile up borang korang ni. No comot comot borang korang ni. Pastikan cantik tiada kesan liquid, TIADA KESAN LIQUID ya! Kalau tak, dorang suruh print baru.

17. Datang pada waktu yang ditetapkan bila pihak PTPTN akan hadir ke IPT anda utk kutip borang.
Kena peka dengan HEP. Macam HEP aku, diorang ada tampal list yang aku ni budak kelompok mana and PTPTN akan datang bila, di mana, utk hantar all those borang.

18. Datang awal dan ambil no. giliran anda.
Bila diorang cakap start pukul 8, kau rajin rajinkan lah sikit datang awal dari pukul 8 sbb sekarang ni PTPTN guna sistem bernombor. Datang awal, habis awal. Datang lambat, nombor habis, tunggu keesokan harinya pulak. Bila dah datang tu jangan lupa bawak ler pen dan apa apa stationaries. Kot kot ada benda tertinggal atau salah yang perlu pembetulan. Pembaris pun kena bawak.

19. Palang (utk kegunaan PTPTN sahaja) atau cop (utk kegunaan PTPTN sahaja)
Korang boleh pilih nak buat sendiri palang dua dan ditengah tengah letak 'UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' atau pergi dekat kaunter cop cop dan suruh diorang cop "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' Motif buat semua benda ni adalah so that pihak PTPTN tak boleh menyalahgunakan salinan salinan IC korang utk benda benda yang tak patut.

20. Ikut cakap pihak PTPTN yang hadir, bawa bersabar dan anda beres!
Ada kaunter, korang ikut je perjalanan kaunter tersebut dan korang boleh balik lepas beres segala benda.

6 Comments

  1. info yang sangat berguna bagi yang memerlukan. sy blogwalking dan follow blog awk ye. jemputlah melawat blog baru sy.

    ReplyDelete
  2. nak tnya. setem hasil ada jual tak kat pjbt pos uia, and pjbt pos uia bukak tak time weekend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. maaf ya sis saya tak tahu pejabat pos uia ada jual ke x setem hasil. dan kalau tak silap saya waktu beroperasi hanya weekdays.

      Delete
  3. kenapa dekat senarai semakan dokumen tu dia mintak salinan surat tawaran kemasukan ke IPT sahaja? kalau macam tu perlu tak salinan-salinan yang lain?

    ReplyDelete
  4. Dekat senarai semak dokumen perjannjian dia mintak salinan surat tawaran IPT sahaja sebagai dokumen sokongan. Adakah salinan2 sokongan yang lain tu mmg diperlukan juga?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum , nak tanya . Kalau masa isi borang permohonan online tu , tapi belum habis jawab semua pastu terlog out. Jadi kena beli no pin baru dan daftar balik lah kan ? Tapi nak pilih yang untuk daftar pertama kali ke daftar untuk kali kedua ?

    ReplyDelete