Warkah Misteri Malam Raya



Warkah Misteri Malam Raya
karya: Muhammad Rusydi (Rusydee Artz)



Malam raya.

Ibu mengetuk pintu bilikku.

Menghulurkanku sepucuk surat.

“Apa ni, mak?”

“Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.”

Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat. 

Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali. 

Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya.

“Assalamualaikum.

Maaf mengganggu. 

Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?”

Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.

“Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawikh.

Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu dan tunggu, awak tak datang-datang juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak. 

Kecewa sendiri.

Saya decide untuk meninjau-ninjau masjid dan surau yang berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana-mana.

Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dengan laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan-kawan makan-makan. Begitulah rutin awak setiap hari.

Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yang awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih anggun dan menawan dari gadis-gadis yang awak kenali.”

Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke minah ni? Aku menyambung baca.

“Saya sedih. Sangat sedih. 

Saya tetap menanti awak di pintu masjid yang awak katakan. Setia menanti. Cuma nak melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sangat dapat tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah. 

Tapi, gembira saya tak lama.

Awak hilang lagi. Tak datang lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dengan harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi-tubi. Bayang awak pun saya tak nampak.

Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dengan fon. Malam kadang-kadang awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis-habis dengan internet dan gajet. Kadang-kadang saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda-benda tu? Apa penting sangatkah mereka?

Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga. 

Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup-cukup. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.
Tak peduli yang saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tak peduli yang saya ambil berat tentang awak sangat-sangat.

Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nak tengok awak jadi pemuda yang soleh. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda-benda lagha. Namun, hajat tak kesampaian.

Cukuplah sampai sini.

Saya ambil keputusan untuk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dengan hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yang tidak bermakna saja pada awak. 

Biar berjauhan.

Awak kenal siapa saya.”

Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua.

“Saya Ramadhan.

Jaga diri, jaga iman.

Selamat tinggal.”

Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu. 

Ya Allah. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar untuk bertanyakan mak siapa yang bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap. Hilang.

Melihat orang lain beraya, aku juga mahu sakan beraya dengan orang tercinta. Tapi, selama ini aku buat semberono ala kadar saja pada Ramadhan Allah.

Air mata mengalir tak tertahan lagi. 
Aku pendosa yang lupa Allah Maha Memerhati.
Kesal 150 juta kali.

Hubungan Kita Takkan Terpisah




Hubungan Kita Takkan Terpisah Selagi Hayat Dikandung Badan.


BUAT SAHABAT YANG AKU SAYANG,

Hubungan ini, takkan aku saja pisahkan.
Walau dirimu katakan aku yang tak nak, kau perlu tahu aku tetap sayang.

Sekaligus aku ingin sangkal telahanmu yang nyata menunjukkan hatimu tidak percaya dengan kasih sayang aku buatmu.

........................

Jiwang dan skema sangat kan? Entry sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Dan tak nak salahkan sahabat. Bukan salah dia. Dia cuma salah faham. Salah faham yang tak pernah dia cuba nak tanya. Tak apa, bukan salah dia. :')

Letihnya dengan hubungan ini. Yang tiada penghujungnya. Yang entah berapa lama mampu kupegang erat tangannya.

Atau....

Sebenarnya tautan kita sudah lama terlerai? Harapnya tidak. Sangat mengharap tautan kita ini bukan terlerai terus, hanya masing-masing 'berehat' dari terus memegang erat. Hanya 'rehat' sementara. Dan tautan ini akan kembali erat seeratnya tanpa boleh dipisahkan selepas ini.

Aku mengharap..... terus mengharap.


SABAR YA SAHABATKU. HUBUNGAN KITA SEDANG DIUJI. SUATU HARI NANTI, TAUTAN DI ANTARA KAU DAN AKU AKAN KEMBALI ERAT. PERCAYALAH :')


-Entry ini ditulis khas buat sahabatku-

Home Sweet Home




Sedihnya. Esok nak balik ke Selangor dah. Tak puas dengan keluarga! Rasa masa terlalu cemburukan kita je.  Tak nak balik.........

Tapi tetap kena pergi jugak. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar, kena tempuh sedaya mungkin walau kadang-kala rasa letih yang teramat.

Tak apalah. Sekurang-kurangnya dapat rasa puasa dengan keluarga. Sahur sama-sama, berbuka puasa sama-sama. Dapat main dengan anak-anak saudara walau sekejap. Dapat pegang, peluk diorang pun dah terlepas rindu sikit-sikit.

Esok bertolak ke Selangor. Kembali semula hari-hari tanpa keluarga, dengan jadual kelas yang padat dari jam lapan pagi sampai enam petang..... :'(

Walau Tiga Hari


Setelah tiga minggu tak dapat jumpa dengan keluarga, akhirnya hujung minggu ini ada juga rezeki untuk berpuasa bersama-sama mereka. WALAUPUN HANYA UNTUK 3 HARI! Harini bertolak ke Kelantan selepas solat Jumaat dan mungkin akan sampai tengah malam atau P.A.G.I buta. Ahad dah nak balik sini semula. Sadis gila, kejap sangat. Tapi demi nak hayati puasa di Kelantan, daku rela. Hukhuk.

Sedih kut, tak pernah-pernah nak berpuasa sorang-sorang jauh dari keluarga. Lepas ni akan kenal erti 'balik kampung' atau 'balik beraya'. Yalah, biasanya kampung pun dekat je dengan rumah. Paling jauh kampung empat jam dari rumah. Itu pun balik kampung dengan keluarga. Tahun ini boleh lah rasa erti balik kampung tu dari Selangor ke Kelantan.


bestnya dapat buka puasa dengan keluarga kan.

Doakan perjalanan Ainaa dengan abang selamat eh ke Kelantan. Pertama kali ni jadi copilot. Jangan tertidur dan biarkan abang Ainaa memandu sorang-sorang dahlah. Kuakua =P

Barakah Ramadhan


Allahu-akbar. Hujan. Barakah Ramadhan. Dari pagi tadi jam tujuh Ainaa dah turun pergi kelas dan memang perasan yang pagi tadi rasa sejuk, dingin. Keluar je dari kelas tengok-tengok mendung. Nasib baik sempat naik ke bilik sebelum hujan.



Alhamdulillah. First day puasa pun hari hujan. Jadi tak terasa sangat penat walhal kelas hari ini dari jam lapan pagi hingga enam petang! Heh. T.T

Dahlah. Nak pergi kelas pula lepas ini. Hujan pun terpaksa redah je. Nanti dalam kelas ada juga yang menggigil dan berulang-alik tandas. Kikiki


Review | Bizkad Murah Beli 10 percuma 10

KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10 | Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA RAYA YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Bisnes Kad? 
  • Salah satu medan promosikan produk jualan anda.
  • Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  • Menambah kenalan dan network lebih luas.

Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding Blog disamping menambah kenalan blogger. Pasti susah jika rakan baru mahu mengingati nama blog anda, bukankah Bisnes kad banyak membantu?

Sekiranya anda mahukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah pakej yang lain:
  1.  1 box/100pcs = RM26
  2.  3 box/300pcs = RM53
  3.  5 box/500pcs = RM75
  4. 10box/1000pcs = RM110 (Free 10box)
*harga tidak termasuk design dan postage
bizkad murah


  • Material : Art Card Matt Lamination
  • Jenis : 260gsm art paper
  • Kalis Air
  • Elegent dan profesional 
  • Tahan Lama berbanding kertas biasa 
  • Laminate yang tidak licin dan tidak bersinar
  • Warna lebih tepat dan cantik
Sticker murah

Sekiranya anda mahu selit tempahan sticker, pakej kad kahwin murah, banner, bunting, dan lain lain perkhidmatan printing.. Boleh hubungi:

Dalizgrafix

IG :  @dalizgrafixWhatsapp: +6012 3644 805

WechatID: dalizgrafix2

Facebook : Adam's Print Shoppe / dalizgrafixEmail: dalizgrafix@gmail.com

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.