Tak Boleh Move On - Isteri Doktor Dan Pesakit Kanser
Lima hari yang lalu, viral tentang kisah 'TRUE LOVE' antara Kamal Effendi dan juga arwah isterinya, Nik Idzni Dalila yang menghidap penyakit kanser buah pinggang tahap empat dan dalam masa yang sama juga seorang doktor. Bila cerita dah viral, Ainaa memang terdesak untuk stalk blog arwah sebab Ainaa jumpa sesuatu setiap kata-kata darinya. Sangat berinspirasi! Bila Ainaa baca terdetik dalam hati betapa tabahnya arwah Nik Idzni Dalila mengharungi kehidupan sebagai pesakit kanser selama bertahun-tahun lamanya. Walau arwah ada menyebut yang dia tak setabah yang dikatakan, ya Ainaa percaya tu, tapi yang buat Ainaa kagum arwah masih memberi inspirasi dalam setiap penulisannya sama ada di dalam blognya mahupun instagramnya. Always be positive and shows your positivism even though you cannot do it actually. Bak kata unknown, always end the day with a positive thought.
Sampai sekarang Ainaa tak boleh move on dari membaca kisah kehidupan arwah dan juga Kamal Effendi. Dua-dua seperti pembakar semangat dan setiap kata-kata dari mereka memang Ainaa kagum. Selain kagum dengan ketabahan dan sikap positif dalam diri arwah, Ainaa juga kagum dengan suaminya, Kamal Effendi. Bagi Ainaa, dia adalah lelaki sejati yang mengahwini seorang wanita yang dicintainya walaupun dia tahu arwah adalah pesakit kanser. Tak ramai kat luar sana yang sanggup berkahwin dan mempunyai pasangan pesakit kanser. Percayalah, tak semua orang boleh lakukan seperti yang dilakukan oleh Kamal Effendi. Kalau kau orang nak cakap "Idzdi cantik, sesiapa pun nak kahwin walau ada sakit kronik" seperti yang pernah diluahkan oleh arwah... Sebenarnya kau orang silap. Tak semua mampu buat dan tanggung untuk menghadap pesakit kanser tahap empat yang memerlukan kesabaran dan perhatian yang tinggi. TAK RAMAI DI LUAR SANA MAMPU LAKUKAN. Tapi lain pula bagi Kamal Effendi, dari apa yang Ainaa baca dari blog dan instagram kedua-dua belah pihak, Kamal Effendi memang seorang yang bertanggungjwab, penyabar dan seorang lelaki sejati yang melayan kerenah isterinya dengan perihatinnya selama mereka bergelar suami isteri.
Walau tak kenal dengan arwah dan suaminya, selepas baca kisah kehidupan kedua-duanya membuatkan Ainaa suka dengan pasangan ini tapi apakan daya, takdir Allah ajal Nik Idzni Dalila tidak panjang selepas genap setahun berkahwin. Sudah sampai ajalnya setelah sekian lama terseksa dengan sakit kanser buah pinggang tahap empat. Walau arwah sudah tiada, tapi Ainaa tetap baca blognya walaupun dalan hati ni terlalu sebak mengingat kisah 'true love' pasangan ini. Sekarang kita hanya mampu doakan arwah supaya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan mari kita sedekah kan al-fatihah untuk arwah Nik Idzni Dalila.
KISAH "TRUE LOVE", CIKGU MUDA BANTU ISTERI HARUNGI KANSER TAHAP EMPAT
credit : http://www.ohbulan.com/true-love-zaman-moden-kisah-lelaki-ini-bantu-isterinya-harungi-kanser-tahap-4-buat-ramai-terharu/
2 Comments
Ketentuan Allah mengatasi segala2nya.
ReplyDeleteAl-Fatehah buat arwah.
Al fatihah...
ReplyDelete