AFB FEEDS

Tangga Batu Caves

Batu Caves, Kuala Lumpur, Tempat menarik di Kuala Lumpur, Tangga Batu Caves

Cerita tahun lepas, buat pertama kalinya Ainaa naik tangga Batu Caves ni. Ya la Uia dengan Batu Caves bukan jauh pun tapi setelah dua tahun belajar di Gombak ni baru lah Ainaa dengan kawan-kawan pergi panjat tangga Batu Caves. Last minute punya plan sebab kebetulan awal-awal semester tu entah apa yang merasuk kita orang, Ainaa dengan kawan-kawan rajin bersenam. Sebenarnya sebab kami semua bosan, awal-awal sem mana ada kerja sangat kan jadi mula dengan jogging pusing Uia lepastu tiba-tiba tersebut nak naik tangga Batu Caves lebih-lebih lagi baru lepas viral yang tangga cat warna-warni.

Bila pergi tu, alah ingatkan nak naik atas tu paling kurang sejam, rupa-rupanya lebih kurang 20 minit je. Itu pun sebab kami berhenti kat tengah-tengah tangga tu kejap untuk ambil gambar. Untuk ambil gambar memang cun la, lawa je gambar. Tepi tangga ada air terjun. Kat dalam gua pula hanya ada gerai-gerai jual patung dan barang untuk sembah dan ada kuil. Tak lupa juga penuh dengan burung, taik burung, beruk dan juga ayam. Walau tiada apa-apa sangat dalam tu tapi seronok juga sebab boleh tengok budaya dan agama lain. Budaya Budha memang ramai gila yang naik kat atas tanpa kasut dan tanpa selipar, naik dengan kaki ayam macam tu je. Ada juga kaum dia orang tengah mengusung bayi yang di letakkan dalam kain dan di ikat dengan batang kayu ke apa entah. Mungkin untuk bagi tuah ke apa, Ainaa pun tak tahu.

Batu Caves, Kuala Lumpur, Tempat menarik di Kuala Lumpur, Tangga Batu Caves

Batu Caves, Kuala Lumpur, Tempat menarik di Kuala Lumpur, Tangga Batu Caves

Batu Caves, Kuala Lumpur, Tempat menarik di Kuala Lumpur, Tangga Batu Caves

Batu Caves, Kuala Lumpur, Tempat menarik di Kuala Lumpur, Tangga Batu Caves

Batu Caves, Kuala Lumpur, Tempat menarik di Kuala Lumpur, Tangga Batu Caves

Kejap je kami kat Batu Caves tu, jadi kami teruskan perjalanan cari sarapan pagi dan ke Masjid Jamek dan Taman Eko Rimba. Tapi yang tu lain kali pula kita cerita pasal Taman Eko Rimba. Kau orang yang pernah naik tangg Batu Caves cuba share sikit tentang budaya Budha yang kau orang nampak di Batu Caves.

You Might Also Like

2 Surat Cinta

  1. Selalu lalu tp x pernah singgah...letih x naik tangga banyak2 tu..

    ReplyDelete
  2. nice view... gambar pon clear cun, pakai camera ape ni?

    ReplyDelete