Pengkalan Kubor, Coklat Murah Seperti Di Langkawi
Pengkalan Kubor, Kelantan
Hari ini Ainaa jalan-jalan dengan keluarga pergi ke Pengkalan Kubor, tempat yang dah lama Ainaa tak jejak sebab jauh dari rumah. Tapi hari ini memandangkan abang kedua Ainaa nak cari coklat sebagai hantaran dia kahwin, maka kami pun buat keputusan nak ke sana. Bagi siapa yang belum tahu tentang kewujudan Pengkalan Kubor ni... ianya bertempat di Kelantan dan adalah KAWASAN BEBAS CUKAI yang menjadi tumpuan orang ramai. Memang kalau siapa-siapa yang datang Kelantan, wajib pergi situ sebab barang-barang semuanya murah.
Bagi siapa yang dah tahu kewujudan tempat itu, mesti tertanya-tanya kan adakah harga coklat atau segala periuk, pinggan dan cadar yang dijual di Pengkalan Kubor lebih murah atau lebih mahal atau pun sama je harga dengan yang di jual di Langkawi. Memandangkan Ainaa survey coklat saja, jadi Ainaa hanya buat perbandingan harga coklat di Langkawi dengan harga di Pengkalan Kubor dan juga kawasan bebas cukai di international airport.
Ainaa ni peminat coklat, jadi kalau jumpa coklat memang Ainaa akan buat perbandingan harga. Minggu sebelum ni Ainaa pergi ke Jepun jadi Ainaa ada tengok-tengok coklat yang dijual di airport, nak tengok la betul ke murah harga coklat kat situ sebab bebas cukai kan. Mula-mula Ainaa tengok Ferrero Rocher tu tak tahu la kenapa rasa mahal sangat sedangkan Ainaa tak ingat pun harga yang Ainaa beli di Langkawi pada tahun 2015. Dan tadi Ainaa tengok semula article yang Ainaa pernah update tentang 'Tempat Murah Jual Coklat Di Langkawi' di blog ini juga. Sebagai contoh coklat Ferrero Rocher:
Harga Ferrero Rocher:
Di international airport (pada tahun 2017): RM50
Di Langkawi (pada tahun 2015) : RM23.50
Di Pengkalan Kubor (pada tahun 2017) : RM28.50
Nampak kan perbezaannya. Ada coklat yang harganya beza sangat ketara dan ada juga beza yang biasa-biasa, contohnya Pepero.
Harga Pepero:
Di Pengkalan Kubor : RM21.90 (harga beli petang tadi)
Di Langkawi : RM20.90 (harga beli dua tahun yang lepas)
street art di Pengkalan Kubor
19 Comments
Betul...najihah pun borong banyak coklat kat pengkalan kubor. Nikmat betul.
ReplyDeleteHye..boleh tau x kt mana kedai ni
Deletewah!kita coklat lover jugak!!dah tau murah ni boleh lah pergi!dekat je ngan ganu..hehe
ReplyDeletesuka sngt dia coklat haa
ReplyDeletebelum pernah pergi langkawi lagi...wah...banyak nya coklat..murah-murah lagi..
ReplyDeleteWahhhh bestnya coklat murah
ReplyDeletedulu memang minat juga makan coklat. tapi sekarang kurang sikit dah. haha. but nice sharing! ada juga plan mahu ke kelantan. bolehlah singgah nanti! :D
ReplyDeleteWah nt balik klate boleh la g terjah pengkalan kubor ni. Lama dah tak g shopping sini. Tq dik sharing...,kos nak g langkawi bila total up dengan masa lagi mahal sikit kot kan....hihi
ReplyDeleteNampak je coklat, rasa nak terbang ke langkawi. Tapi sekali sekala ke pengkalan kubor pulak la. Asyik langkawi jer.. Hehehhe
ReplyDeleteUishhh sedapnya ceklet. Kalu sis gi sure berborong jugak ni..hehehe
ReplyDeleteTahun ni CCL tak sempat gi nak jejak kaki ke langkawi . Mybe ujung2 b7lan ni kena travel jap langkawi
ReplyDeleteooo,.kalu gitu gak, lepas ni nak wat hantaran gak gi kelate la
ReplyDeleteBaru tahu kat pengkalan kubor ada coklat murah selain langkawi.
ReplyDeleteWowww lepas ini ada alasan untuk ke Kelantan, tak payah ke Langkawi hahahahah
ReplyDeleteBetul la - murah cam Langkawi ye. Bahagia la orang sekitar dapat memurah gitu
ReplyDeletelove all the pics, never been to Kelantan. Glad you share pics!
ReplyDeleteKali terakhir ruby pergi Pengkalan Kubor masa tahun 2003. Masa tu takda bumbung camtu. Pastu riuh dia meriah ya amat. Naik bas kesana. Ruby beli pengukus 3 tingkat tu utk mak. Sebab mak kirim. hahahaha. Gigih masa sekolah beli pengukus besar. Pelik student lain tengok. Entah bila la dapat pergi lagi. Dah tahun 2017. Nak shopping seluar jeans murah, chocolate, toto narita dan macam-macam. Naik flight lg mudah kan?
ReplyDeleteBestnya... Murah²... kalau kita smpai sini maun xmo balik. rambang mata pilik coklat.
ReplyDeleteRasa mcm nak pegi sana cuti cuti pulak. Saya sedang mencari chocolate Amicelli ni... Susah nak cari
ReplyDelete