ASSALAMUALAIKUM !!


Pada tahun 2013 ini, banyak drama-drama adptasi novel yang ditayangkan di televisyen. Tak kiralah di rangkaian TV3, TV2, TV1, TV9, Astro Ria, Astro Mustika HD dan lain-lain filem yang diadaptasi dari novel yang terkenal atau best seller. Semua pengarah berebut-rebut memilih novel untuk dijadikan drama atau filem memandangkan sekarang ini 'virus' novel merebak dengan berleluasa di dunia!

Kebanyakkan drama dan filem adaptasi novel ini mendapat tempat di hati penonton tak kira tua atau muda dan tak kurang juga ada yang pertikaikan drama atau filem adaptasi novel yang tidak boleh diterima penonton dan peminat-peminat novel. Antara faktornya ialah pelakon yang tidak sesuai, pelakon tidak pandai memainkan watak dan jalan cerita yang diubah dari novel. Kadang-kadang, pengarah tukar tajuk pun boleh mendatangkan amarah peminat-peminat novel tau!

Yang itu semua kita ketepikan buat masa sekarang. Sekarang ini kita cakap pasal pasangan hero & heroin drama adaptasi novel yang paling sweet dan sesuai apabila digandingkan bersama.



PASANGAN HERO & HEROIN DRAMA ADAPTASI YANG PALING SWEET :

 SETIA HUJUNG NYAWA | NELYDIA SENROSE & AMAR ASYRAF

Drama Setia Hujung Nyawa disiarkan di slot Akasia TV3. Drama ini menjadi kegilaan ramai kerana gandingan mantap yang ditampilkan oleh Nelydia dan Amar. Adaptasi dari novel berjudul Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila ini mencerikan tentang Zain yang berkahwin secara tidak rela denagn Ersalina kerana kekasih Zain melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinan. Ramai penonton gemarkan gandingan antara dua pelakon baru ini sehinggakan drama bersiri ini disambung sebagai telemovie istimewa sempena Hari Raya tahun ini. - sumber GUA.

LOVE YOU MR.ARROGANT | ZARA ZYA & AZLEE KHAIRI


Mencipta rekod sebanyak 4.2 juta penonton di episod akhir dan menjadi sebutan peminat-peminat di lama sosial. Drama bersiri yang diadaptasikan dari novel Love You Mr. Arrogant memperlihatkan gandingan mantap antara Azlee dan Zara. Sebelum drama ini disiarkan, ramai peminat novel ini mempertikaikan gandingan Azlee dan Zara dalam mebawakan watak sebagai Zafriel Irham dan Zaraa Amira.


Selepas sahaja drama ini disiarkan, ternyata telahan mereka tersasar jauh kerana bakat lakonan yang dimiliki oleh kedua-dua pelakon ini menambat hati penggemar drama bersiri slot Akasia TV3 ini. Kerana drama bersiri ini juga, nama Zara dan Azlee semakin dikenali ramai. Mereka memperlihatkan lakonan mantap dan keserasian mereka begitu menyerlah dalam drama ini, sehinggakan ramai peminat mahukan mereka betul-betul bercinta di dunia nyata! - sumber GUA


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! | TIZ ZAQYAH & IZZUE ISLAM

Sebenarnya Saya Isteri Dia merupakan drama bersiri slot Zehra TV3 yang menggandingkan dua pelakon ini. Drama bersiri yang menjadi fenomena ini memperlihatkan keserasian lakonan antara Izzue dan juga Tiz. Diadaptasikan dari novel judul yang sama hasil tulisan Zura Asyfar. Watak Firash Arshad dan Syafa Aqira begitu digilai penonton. Di malam Anugerah Skrin 2013, drama bersiri ini menggondol Anugerah Khas kerana memberikan impak mendalam dan menjadi fenomena baru kepada penonton televisyen di Malaysia. - sumber GUA


JODOH ITU MILIK KITA | TIZ ZAQYAH & FARID KAMIL

 Drama ini merupakan drama adaptasi yang ditayangkan di Astro Mustika HD dan buat pengetahuan anda drama JIMK ini berjaya mengatasi drama Adam & Hawa dan juga mendapat tempat di hati penonton. Drama dari adaptasi novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha yang sebanyak 40 episod juga berjaya buat peminat-peminat menyukai gandingan pelakon Tiz dan Farid ini.


 BUKAN KERANA AKU TAK CINTA | NELYDIA SENROSE & SHARNAAZ AHMAD

Gandingan Nelydia dan Sharnaaz ini juga mendapat persetujuan dari peminat-peminat, lebih-lebih lagi watak Jebat dalam novel memang sesuai dilakonkan oleh Sharnaaz. Lakonan mereka juga begitu menyerlah kerana pelakon pandai memainkan watak masing-masing. Drama ini merupakan drama adaptasi dari novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta karya E-man Sufi. Drama BKATC ini masih ditayangkan di Astro Mustika HD dan sering kali ditunggu-tunggu oleh peminat dan penonton setia drama BKATC.


Mungkin banyak lagi pasangan hero & heroin drama adaptasi novel yang paling sweet tapi pasangan di atas itu adalah pasangan yang terpilih dan mendapat tempat di hati saya. Pasangan hero dan heroin yang bagi saya betul-betul sweet dan sepadan apabila digandingkan. Setuju tak dengan pilihan saya tu? Hee

5 Comments

  1. Setuju sangat dengan pendapat ainaa.. setia hujung nyawa sweet, love u mr.arrogant oshem, bukan kerana aku tak cinta is super oshem.. sharnaz memang sesuai dgn watak jebat foo..

    ReplyDelete
  2. skrg mmg bayang drama adaptasi novel...byk yg best2

    ReplyDelete
  3. Ya allah.
    Heheheh qilah suka yg last tu.
    Abg Jebat memang forever my love ehehehe.
    Sweet sangat lah sebab memang dia hihihi.
    Nely pulak mmg comel dia tu ahahah <3

    ReplyDelete
  4. Setuju sgt dgn pilihan awak. Tapi saya hanya tengok sekerat sekerat je semua drama tu sbb mak bapak saya tak bagi tengok. Diaorg anti drama Melayu sbb diaorg kata boring!!!

    ReplyDelete