ASSALAMUALAIKUM!

[ klik banner untuk join ]

Siapa kat sini peminat novel? Anda nak menangi novel terbaru yang ada
tanda tangan penulis sekali? Ianya adalah novel Biasakah Aku Kau Cintai karya 
Ameera Elisha di bawah terbitan Karystos.





Harga: RM22 (Semenanjung)

RM25 (Sabah & Sarawak)



Caption

Andai Kesempurnaan Yang Kau Cari, Ternyata Bukanlah Diriku

Blurb
“Andai kau pergi kerana zaman silamku ini, sungguh aku redha Asyfar. Aku sedar kekurangan diriku ini. Aku tak layak untuk bergandingan denganmu. Namun, jika kau pergi kerana Rina, sungguh sukar untuk aku merelakannya. Hati isteri mana yang sanggup melihat sang suami bercanda dengan perempuan lain. Sungguh aku tak tega Asyfar.”

Dek kekecewaan yang makin menggunung, Eisya melarikan dirinya jauh dari Asyfar. Di kampung halamannya, dia mengubat luka di hati. Kehadiran Firdaus dan Asyman mula memberikan semangat yang baru dalam hidup Eisya. Semakin hari dua insan itu membuatkan hidupnya bersinar. Keakaraban itu disalah ertikan oleh Asyfar yang mula dihimpit api cemburu.

“Eisya!!! Sampai mati pun aku takkan ceraikan kau. Aku lebih rela gantung kau tak bertali daripada aku lihat kau bersama jantan lain. Jangan haraplah kau akan bahagia atas kesakitan yang aku tanggung ini. Langkah mayat aku ini dulu. Kau memang takkan bahagialah Eisya!”

Cinta milik Firdaus adalah cinta yang utuh. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Walaupun Eisya masih isteri orang, dia tetap jua setia menunggu.

“Eisya, walaupun awak isteri orang, saya akan tetap tunggu awak. Datanglah pada saya bila status Puan itu hilang dalam hidup awak. Saya cintakan awak. Teramat cinta. Saya akan tetap menunggu awak sampailah saya mati.”

Eisya terpaksa akur. Akur dengan takdir Ilahi. Biarlah takdir yang menentukan siapa yang akan jadi pemilik hatinya itu.

“Asyfar, BISAKAH AKU KAU CINTAI? Bisakah aku tetap menjadi sang kekasihmu dunia dan akhirat? Jika aku tak bisa, kau lepaskanlah aku. Dan kau, Firdaus, BISAKAH AKU KAU CINTAI sedangkan aku tak punya apa-apa yang perlu dibanggakan? Aku ini hanyalah pemilik nama NUR EISYA BALQIS…

Menarik tak? Peminat novel sekalian wajib join tau.
Kalau tak, rugi~ hehe Mana tahu ada rezeki boleh menang novel tu.
Bukan novel ni saja hadiahnya. Ada lagi hadiah misteri dari Cik AN.


TUNGGU APA LAGI? KLIK LAH BANNER GA DAN JOIN SEKARANG KALAU ANDA MAHU NOVEL BISAKAH AKU KAU CINTAI!!


Tarikh tamat GA adalah pada 30 Januari 2014.

3 Comments