Ruangan Iklan

     

Penaja Utama

Drama Jodoh Itu Milik Kita (Adaptasi Novel)


Assalamualaikum!
Yeah! Lagi... lagi... dan lagi drama
adaptasi novel. Biasalah, sekarang ni kan ramai
yang membaca novel. Amalam membaca amalan yang mulia! 
Kononnya lah. haha Baca buku sejarah tak apa jugak kan?

Okey, kata kat diri sendiri ni ya. Sebab saya pun peminat tegar novel.
muehmueh =3

Jodoh Itu Milik Kita adalah drama yang akan ditayangkan di
Astro Mustika HD (134) pada 19 Ogos pada tahun ini.
Drama ini diadaptasi dari novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha.
Dibawah terbitan Karya Seni.


  Buat pengetahuan anda, novel JIMK ini adalah novel Best Seller yang
mendapat tempat dihati pembaca. Saya sendiri yang sudah membaca novel ini
turut mengakui dan tidak boleh menafikan yang novel JIMK memang best
dan salah satu daripada novel kesayangan saya.

Jadi apa kata sebelum drama ini dimulakan kita baca terlebih dahulu
novel ini? Novel JIMK boleh dibeli secara online di laman web karyaseni.my
dan untuk pembelian online anda akan mendapat potongan harga sebanyak RM3
dan penghantaran pos adalah percuma!

Sinopsis Drama Jodoh Itu Milik Kita :
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
 
 
Drama ini akan dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Aariz Danial, Tiz Zaqyah sebagai 
Dahlia Darius, Syazwan Zulkifly sebagai Syafiq, Nabila Huda sebagai Alya, Keith Foo
sebagai Joshuo Francis, Ziela Jalil sebagai Puan Marina,  Zul Ariffin sebagai Redza
dan Aisyah Ilias sebagai Teja.


Gambar-Gambar Dalam Drama JIMK :
*klik pada gambar untuk kanta pembesaran*











Sumber: Fanpage JIMK


Teruja tak? hehe mesti dah tak sabar-sabar kan?
Bestlah bagi orang yang boleh tengok drama JIMK ini.
Kepada yang tak ada astro atau tak ada channel Mustika HD, anda boleh
tonton secara online di internet.

Nanti saya akan update boleh tonton online kat mana ya.
Saya tak boleh tengok cerita ni sebab saya ada exam trial masa tu.
Pity me right? hehe It's okey. Sekarang zaman moden, tengok online aje.
Segalanya hanya dihujung jari. :)

2 comments:

  1. nanti akak bg link download dia tau.. thanks!!

    ReplyDelete
  2. kak nanti bagi link untuk tonton on9 taw...x mau download..pC opiz x ley dnload2

    ReplyDelete