Assalamualaikum!
Selamat pagi semua !!
 = D

Drama adaptasi novel lagi?
Sabar ajelah.
Zaman sekarang ni kan
ramai yang tergila-gilakan novel.
Termasulah saya!!

Jadi memang ramai penerbit berlumba-lumba
 mahu novel itu didrama kan?
Lagi banyak sambutan kan...

Setia Hujung Nyawa.
Drama diadaptasikan dari novel
Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila terbitan



Drama ni akan menggantikan drama di slot Akasia
iaitu Cinta Itu Milikku. Pelakon yang akan berlakon dalam
drama ini ialah Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, Hairul Azreen dan Amar Asyraf.

Tunggu kemunculan drama
Setia Hujung Nyawa !! 


Sinopsis   :

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

0 Comments