Assalamualaikum!


Bakal berlalunya drama Love You Mr. Arrogant pada 7/11/13 ini,
Playboy Itu Suami Aku?!(PISA) pula akan menggantinya.

Buat pengetahuan anda, drama PISA juga merupakan drama adaptasi novel
karya Suri Ryana dibawah terbitan Kaki Novel. Dari salah satu penulis yang saya minat ni.
Tapi sayang, saya agak kecewa dengan penerbit tv3 drama PISA ini kerana tidak mahu heroin memakai tudung sedangkan dalam novel heroinnya memakai tudung. huhu

Inilah faktor kenapa saya tidak suka drama adaptasi novel.
Jalan cerita terpesong dari jalan cerita dalam novel.
Tapi apa-apa pun saya tetap sokong Suri Ryana dan penulis-penulis lain.


Drama Playboy Itu Suami Aku?! ini bakal ditayangkan pada 11/11/13 di Slot Akasia di TV3


PROMO DRAMA PISA :
Klik SINI untuk OST PISA.


SINOPSIS PISA :

Playboy Itu Suami Aku

Playboy Itu Suami Aku

SEMENANJUNG:- RM24.00
SABAH/SARAWAK :- RM27.00  
Sinopsis:-

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”


Jika anda mahu mendapatkan novel PISA ini. Anda boleh beli secara online
dengan pihak penerbit Kaki Novel. Anda akan mendapat diskaun RM4 jika membeli dengan mereka.



GAMBAR BELAKANG TABIR :

[ Dibintangi oleh Fattah Amin dan Nur Risteena ]























Siapa yang pernah baca novel PISA ini akan tahu bahawa novel ini  layak mendapat 5*/5*.
 Harap dramanya bakal mendapat 5* seperti novelnya. Apa-apa pun jika anda tidak 
sempat untuk menonton drama ini atau lain-lain drama, anda boleh tontonnya di SINI.


Dan siapa-siapa mahu membaca bab awal novel PISA ini, tekan aje link di bawah ini :

10 Comments

  1. macam best je citer ni..minggu depan start.. tajuk drama menunjukkan seperti banyak penindasan terhadap kaum wanita.. mesti banyak comedy ni..hihi jangan marah..

    mohon kongsikan artikel anda di www.kongsiblog.com

    thanks

    ReplyDelete
  2. itulah.. kdg2 baca novel lain, citernye lain.. tak best dah jadinya..

    ReplyDelete
  3. itulah, tak best kan kalau heroin tak pakai tudung. kadang2 klu baca novel pun kalau heroin tak pakai tudung, rasa tak best.

    ReplyDelete
  4. Macam best je.. dah lama sebenarnya tinggal novel sebab tak sebab.. tgk dramanya lagilah.. hurm.. kalau ada masa nanti bolehlah tgk

    ReplyDelete
  5. Eeee, bestnya cerita ini. Nak belilah novelnya. Kalau tengok cerita ni kat tv tak boleh. Dahlah masa maghrib dia siarkan. Haish .....

    ReplyDelete
  6. kenapaya tajuk nya bukan, budak main itu suami aku hehe

    ReplyDelete
  7. episod 1 kat tv memang membosankan. tengok kartun lagi best haha

    ReplyDelete
  8. best giler cite ni...hri2 teng0k ^_^

    ReplyDelete