Halal Atau Haram Upah Dari Google Adsense & Nuffnang
Salam ustaz, saya nak bertanya pasal
satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe
nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan
sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan
apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN :
Saya tidak pernah meneliti perjanjian
yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk
saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak
yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas
untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran
darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini
adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan
bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari
kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu
menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak
sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi
wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih
tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai
dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan
nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak
lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik
web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk
menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda
pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada
berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum
dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
- 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.
- 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.
- 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.
- Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
- Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.
- 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.
KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu
semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita
perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu
diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN
terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan
garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang
iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
4 Comments
nice sharing :)
ReplyDeletethank u for the info! dah lame tercari-cari! ^_^
ReplyDeletekalau pembuat website contoh nya movie?
ReplyDeletemempunyai movie yang mengandungi pelakon2 seksi macam mana ye?
haram jugak kot?
aku kalau bosan2 selalu tonton movie kat WWW.DOWNLOADTUBE.TK
best..hehe saja nak promote :)
Tepuk dada tanya diri sendiri
ReplyDelete