AFB FEEDS

Travel: 18 Days in Japan (Part 1)

18 DAYS IN JAPAN


KONICHIWA! Mentang-mentang baru balik dari Jepun terus cakap Jepun ya. Tak ada lah saja je nak berkonichiwa. Yup, siapa follower Instagram Ainaa sama ada follower IG akaun peribadi (@nfa.nikainaa) atau akaun blogger (@blog.nikainaa) tahu la Ainaa travel ke Jepun selama 18 hari sebab Ainaa ada update gambar-gambar Ainaa kat sana.

Trip ke Jepun ini adalah trip pertama Ainaa melancong ke luar negara selama 20 tahun hidup di dunia yang fana ini. Yang mana kenal Ainaa, memang tahu la sejak zaman sekolah rendah lagi Ainaa minat Jepun dan bila hari-hari dihidangkan dengan drama Jepun, komik Jepun... Memang la perasaan nak menjejaki Jepun tu membuak-buak. Tambah lagi disogok cerita diorang punya culture yang sangat bagus. Siapa pun tak sangka yang impian Ainaa nak ke Jepun akhirnya tercapai. 'BIAR MIMPI MENJADI KENYATAAN' dan 'TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH' adalah taglines Ainaa memang sejak dari dulu lagi dan alhamdulillah boleh dikatakan banyak juga 'mimpi' Ainaa yang jadi kenyataan dan ada yang hampir jadi kenyataan. Kan betul, dengan izin Allah, tiada apa pun yang mustahil dalam hidup ni.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,

Bukan Mudah Seperti Yang Dijangka 

Tapi ingat trip Ainaa ke Jepun tu semudah A-B-C? TIDAK! Hanya Ainaa yang merasa sendiri penat lelah sejak dari sekolah menangah dah mula cari duit poket sendiri dan mula kumpul duit sendiri. Ainaa walaupun anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, bukan tiket untuk Ainaa nak apa saja semua dapat. A BIG NO. Abah Ainaa bukan la seorang yang manjakan anak-anak dengan harta, bukan jenis yang anak-anak minta je nak apa semua dia bagi, tak. Abah mengajar kesemua anak-anaknya untuk berdikari. Kau nak benda tu? Boleh, usahakan sendiri. Buat la macam mana pun. Benda yang dalam kategori 'keinginan' memang tak akan ditunaikan oleh Abah tetapi benda dalam kategori 'keperluan' memang Abah akan belikan. Seorang Abah yang mengajar anak-anak dia erti kehidupan yang sebenar. Jadi yang mana duk kata kat Ainaa 'best la kau duit banyak boleh gi Jepun' atau 'orang kaya lain boleh travel overseas' atau apa-apa saja ayat seangkatannya.... Kau tak tahu semua kos Ainaa ke Jepun ditanggung oleh Ainaa sendiri dan Abah memang tak masuk campur pun. Tu belum masuk sesi pujuk-memujuk untuk Abah lepaskan Ainaa travel overseas, makan masa 5 tahun tahu nak pujuk Abah!

Dapat bayangkan tak macam mana perasaan gembira dan syukurnya bila Ainaa jejak kaki ke Jepun bila semuanya kau tanggung sendiri hasil duit yang kau cari selama ni sedangkan kau hanya seorang gadis yang baru berusia 20 tahun tanpa ada pekerjaan tetap dan hanya seorang mahasiswa? Lain sangat perasannya bila kita travel guna duit hasil penat lelah kita sendiri berbanding harapkan duit mak ayah. Perasaannya tu, bila impian kita tercapai rasa nak menangis dan sujud syukur. Okey, dah. Maaf terpanjang pulak intro pun. Cuma Ainaa nak cakap, kita ni kena percayakan diri sendiri sebab kalau bukan kita... siapa lagi yang nak percaya? Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mimpi la sebanyak mana yang nak, menjadi kenyataan atau tak itu usahakan kita sendiri dengan izin Allah.

Tiket Penerbangan Murah Air Asia X

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,

Sekali lagi maaf sebab intro pun dah panjang, jadi entry ni memang akan jadi entry yang sangat panjang. Nak dijadikan cerita selepas berjaya pujuk Abah, akhirnya Abah benarkan juga Ainaa ke Jepun dengan salah sorang roommates Ainaa kat uia. Dah ajak family orang tu, orang ni semua tak free akhirnya ajak je kawan Ainaa ni, senang cerita. Ainaa pergi Jepun ni beli tiket penerbangan murah Air Asia dengan Kak Dolly (Sarah Sakinah). Sebab sepanjang Ainaa survey tiket tu, dengan Kak Dolly je murah yang Ainaa jumpa. Ainaa pun buat keputusan untuk beli tiket flight bertarikh 04/07/17 maka terbanglah kami ke negara matahari terbit itu. Ainaa tak tahu la yang ni dah di kira berpatutan atau ada cara lain yang lebih jimat cuma kau orang boleh nilai sendiri, Ainaa akan list harga (kiraan secara kasar) kat bawah ni.

Harga tiket flight + luggage :-
flight Air Asia : KBR-KUL RM150 + luggage RM65.72
flight Air Asia X : KUL-KIX-KUL RM600
luggage KUL-KIX : RM148 + luggage KIX-KUL RM148
flight KIX-KOJ-KIX : RM450
flight MAS : KUL-KBR RM100

*KBR: Kota Bharu Airport, KUL: Kuala Lumpur Airport, KIX: Osaka Airport, KOJ: Kagoshima Airport

Kenapa tiket flight Air Asia dari Kota Bharu Ke KLIA mahal? Satu sebab beli tiket last minute dan kedua sebab time tu musim raya baru habis, harga tiket memang melambung tinggi. Osaka tu hanya tempat Ainaa transit dan tempat sebenar ingin dituju adalah Kagoshima, sebab rumah abang Ainaa kat sana. Sebab itu tiket saja pun Ainaa dah habis dalam dua ribu... Kalau kau orang yang memang stay area KL dan tak perlu pun kena beli tiket dari negeri anda nak ke KLIA macam Ainaa, tambah pula kalau tempat dituju kau orang memang Osaka, memang tak akan habis macam Ainaa. Kira adil sebab Ainaa gi Jepun 18 hari, tiket saja dah dua ribu tapi tempat tinggal selama 18 hari kat sana percuma! Tolak satu malam sebab first day kat Jepun Ainaa stay hotel di Kobe, Osaka. Rezeki Ainaa bila ada abang yang tinggal di Jepun dapat jimat kos penginapan.

Lain-Lain Kos Persediaan Ke Jepun

Itu baru dikira dengan tiket flight saja pun dah dua ribu, tambah pula RM200 untuk passport 5 tahun memandangkan sebelum ni Ainaa tak ada passport. Kenapa luggage Ainaa sampai 30kg? Sebab abang Ainaa stay kat sana so dia punya sumbat segala kicap, maggi, rempah-ratus, bantal tidur, budu, segala jenis sos, dan segala jenis makanan dalam tin dibawanya. Beg Ainaa pun tak ketinggalan jadi mangsa sumbat barang-barang dia. Kau orang nak jimat tak perlu pun beli baggage sampai 30kg macam Ainaa kalau dari KL, cukup isi pakaian dan makanan je. Makanan untuk Ainaa masak kat sana pula, ada la dalam RM100 habis kat makanan tin saja dan belum lagi termasuk dengan baju baru yang dibeli... Konon untuk musim panas kat sana. Maklum la kita banyak baju blouse sedangkan musim panas perlu pakai baju yang menyerap peluh. Ini dah kira nasib baik Ainaa pergi time musim panas, tak ada la banyak sangat pakaian yang perlu dibeli atau tak perlu beli pun asal pakai je baju t-shirt yang kau ada. Cuba pergi bila musim sejuk? Mungkin habis hampir seribu atau lebih, mana nak beli baju sejuk, kasut boot lagi dan segala jenis pakaian musim sejuk.

6 Jam Perjalanan KUL-KIX

03 JULAI 2017 (ISNIN)
Pada hari tersebut adalah tarikh bermulanya Ainaa bermusafir. Pukul 3 petang dah bertolak dari rumah ke Airport KB walaupun flight ke KLIA2 jam 5 petang. Tapi menyesal pun ada pergi awal sangat sebabnya sampai je sana bila dah masuk ke ruang departure boleh pula flight delay hampir sejam. Dah la bila sampai KLIA2 tu kita orang terpaksa bertapa kat situ sementara tunggu flight ke Osaka jam 2 pagi! Dapat bayangkan tak betapa bosannya kami menunggu selama 6 jam tu? Sementara tunggu flight tu memang dari maghrib kami lepak kat Texas Chicken sampai la tiba masanya kami nak check-in baggages. Sepanjang 6 jam pelbagai gaya dah duduk kat Texas tu, memang dah tak hirau kat orang, kita orang lepak baring macam Texas tu kita yang punya.

04 JULAI 2017 (SELASA)
Sampai la tiba masanya nak naik flight Air Asia ke Osaka jam 2 pagi tu.... masuk je dalam flight terus tutup mata sebab mengantuk sangat. Memang memenatkan transit ni sebab terpaksa tunggu berjam-jam lamanya. Dah best tidur tu, Ainaa ingat lagi waktu jam 4 pagi tiba-tiba je tidur terganggu sebab bunyi bising dan flight gegar. Sedar je Ainaa nampak cahaya kilat dari luar tingkap secara berterusan sekaligus flight gegar kuat tanpa henti selama sejam. Dah la hari-hari sebelum tu Ainaa ada follow FB page Passenger yang menceritakan kisah benar yang menggerikan tentang kapal terbang. Memang mulut tak berhenti baca segala ayat Qur'an sambil dalam kepala otak duk ingat cerita MH370 la, MH17 lagi... Dulu-dulu naik flight okey je mana ada gegar macam tu, ini mungkin sebab cuaca di Jepun yang ketika itu tak berapa elok. Tak dinafikan mula-mula sampai di Jepun cuaca asyik hujan kilat je.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,


Ainaa sampai Jepun dalam pukul 8 pagi waktu Jepun. Jepun ni waktu dia beza sejam je pun dengan Malaysia, dia orang awal sejam. Sampai je berpusing-pusing kat Osaka Airport cari sarapan pagi tapi tak jumpa yang Halal. Di Jepun macam di negara lain, KFC atau McDonald jangan la pandai-pandai nak masuk order ayam atau burger macam kita buat kat Malaysia. TAK HALAL, okay. Kat Jepun ni tak jumpa restoran Halal pun tak apa, pergi je restoran mana-mana dan pilih menu seafood. Cuma kena ada yang pandai cakap Jepun so kau orang boleh tanya sama ada dia ada letak arak ke atau apa-apa bahan lemak khinzir. Macam Ainaa senang la sebab abang dan kakak ipar boleh berbahasa Jepun jadi Ainaa ni tukang ikut je mana diorang bawak makan.

Dari Osaka Airport tu kita orang beli tiket train untuk ke hotel di Kobe, jarak perjalanan adalah satu jam. Bermalama di Kobe satu malam untuk kami round Kobe dan kemudian esoknya naik flight ke Kagoshima. Kobe ni kecik je jadi boleh dikatakan seluruh Kobe tu kami pergi dan di Kobe juga kau orang boleh naik bas untuk round-round di bandar Kobe, nak jalan kaki pun boleh. Okey la Ainaa belanja dulu gambar-gambar Ainaa di Kobe, merangkap hari pertama di Jepun.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
view dari bilik Hotel di Kobe

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Buffet di Fisherman Market

Bagi peminat seafood atau King Crab, boleh la datang makan di Fisherman Market ni. Makan sampai muntah! Sebab hidangan di sana disediakan secara buffet. Ni adalah pertama kali Ainaa try makan King Crab jadi memang tak ketinggalan untuk Ainaa cuba di Jepun memandangkan harga di Malaysia tersangat la mahal. Kalau di Malaysia, King Crab tu saja dah RM100 tapi harga di Fisherman Market 3000 yen atau RM116 untuk semua segala jenis makanan dalam tu termasuk king crab, sushi, western food, dessert dan banyak lagi la cuma tak boleh dimakan je. Tak halal. Ainaa terkejut sebenarnya bila rasa King Crab, tak sangka rasa dia 'biasa-biasa' je malah tekak Ainaa tak boleh terima pun. Lebih baik ketam nipah lagi sedap. Best je makanan kat situ cuma king crab tu la Ainaa tak boleh terima.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Kobe Port

View di Kobe Port ni di waktu malam memang sangat cantik. Jadi kalau nak datang Kobe, lebih baik jalan-jalan waktu malam di sekitar Kobe Port, jalan kaki je, senang menikmati pemandangan kat sana.

18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,
Masjid Kobe, masjid tertua di Jepun 

Ainaa juga sempat ke Masjid Kobe yang terkenal sebagai masjid tertua malah ianya ada sejarahnya tersendiri. Masjid Kobe ni wujud sejak perang dunia kedua lagi di mana Amerika Syarikat menghantar bom atom, semua bandar di Kobe runtuh KECUALI Masjid Kobe yang masih utuh sehingga ke hari ini. Subhanallah, besar kan Kebesaran Allah Taala.


18 days in japan, jalan-jalan Jepun, osaka, jepun, kagoshima, kobe, kobe jepun, kos ke jepun, tiket murah ke jepun, fisherman market, air asia x, air asia,



Tak banyak gambar di Kobe, banyak Ainaa selfie je. Kan letak juga takut ada yang meluat so sikit-sikit dah ya. Untuk part 1 ini saja kut, ada banyak lagi benda nak cerita tapi tunggu next part la baru kita ceritakan. Ada sebarang pertanyaan ke apa pasal Kobe boleh contact Ainaa mana-mana social media yang ada di sebelah kanan blog.

You Might Also Like

21 Surat Cinta

  1. Bestnyaa Aina. kak wawa pun suka jepun. cuma belum berpeluang ke sana lagi.. hihi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah jejak kaki di Jepun.

    Alamak, passport sampai sekarang lupa nak renew.. Maybe kena relax dulu kot beberapa tahun sebelum sambung melancong balik T-T

    ReplyDelete
  3. Seronoknya ainaa .muda-muda lagi dah berpeluang jejak kaki kat tanah jepun kan . CCL belum ada rezeki nak jejak kaki kat sana . One day insyaAllah . Btw view waktu malam cantik sangat

    ReplyDelete
  4. Wah terbaikkk. Nanti kalau nak ke sana boleh refer blog aina :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat pergi Jepun. Kita hanya mampu mengidam jer tak kesampaiaan. Kalau ada pakej murah boleh rekmen hehehe..

    ReplyDelete
  6. tak pernah pegi jepun tapi teringin nak pegi sana bila tgk write up awak.. thanks for the sharing.

    ReplyDelete
  7. Untung ada Air Asia... Dapatlah semua orang melihat dunia.. Mmg tepat slogannya #Now Everyone Can Fly" ya... kak Fas dah ke Jepun masa Fest Filem Asia Pasifik lama dulu... Masa tu nak cari makanan halal oun susah.. Bika junpa kedai makan India punya la suka bolr makan nasi etc

    ReplyDelete
  8. wahhh...dah sampai Jepun...untung jugak la sbb ada abg kat sana byk sgt dah jimat...kak Sally patut ke Jepun masa 2015, tapi entah macam mana turn sampai ke Taiwan..hahaha..belum berjodoh dengan Jepun agaknya..btw, you really did a good job by spending your own money for traveling..puas dia lain macam kan? :D

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnya dapat gi Jepun. Sis pun bulan 11 ni akan ke sana jugak.

    ReplyDelete
  10. Ada pasang angan angan nak ke jepun,tapi tak taulah tercapai atau tidak...

    ReplyDelete
  11. Bestnya aina.
    Lama tu kat Jepun

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing ainaa! Saya pun suka Jepun. And memang nak travel ke Jepun this coming Friday next week. Insya Allah. Saya following entries Jepun Ainaa. Heheh.

    ReplyDelete
  13. wah bestnya pi Jepun. negara idaman untuk melancong tu. :)

    ReplyDelete
  14. Best tu dapat gi Jepun. Next entry please ☺

    ReplyDelete
  15. Cantiknya view port tu memalam. And thanks sebab sharing info perjalanan. Bleh la wat guideline for my next trip Hehe

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaa aina, tak pernah pergi jepun lagi. Ini pon tengah plan nak ke Korea. Hehehe

    Boleh bookmark artikel ni, plan ke Jepun nanti, boleh tengok. hehe

    ReplyDelete
  17. Kak salma pun belum pernah sampai ke Jepun lagi. Seronoknya ada abang kat sana! Jimat banyak kan.

    ReplyDelete
  18. tintong tingtong sy melawat :P murah tu tiket ainaa!

    ReplyDelete
  19. bestnya die g jalan2 sana..jelesnya..heheh

    ReplyDelete
  20. Dalam wishlist nak g Jepun. nnt boleh dapat info dr sini

    ReplyDelete
  21. Omg! 18 hari kat Jepun, you must have visit many places. Can't wait for your post after this.

    ReplyDelete