Assalamualaikum!


      Eh? SPM pun belum lepas lagi dah nak terbang ke Timur Tengah? No.... Ini bukan untuk saya. Saya hanya membantu abang saya yang ingin melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah, Yaman. Tahukah anda bahawa pelajar agama tidak diberi bantuan kos pembelanjaan untuk melanjutkan pelajaran mereka? Ya! Yang inilah berlaku kepada abang-abang saya. Kos pembelanjaan abang saya yang ketiga ke Jordan juga ditanggung sepenuhnya oleh abah saya sendiri yang kosnya mencecah berbelas-belas ribu! Alhamdulillah.... kini abang saya yang bernama Faiz sudah melanjutkan pelajarannya selama 3 tahun di Jordan.

     Kini, abang saya yang ke-empat, Firdaus pula mahu melanjutkan pelajarannya ke Yaman. Keluarga kami bukanlah dari keluarga yang hidupnya mewah dan senang lenang. Walaupun kos ke Yaman lebih murah berbanding Jordan, tapi kosnya tetap mencapai ribu-ribuan tinggit. Abah kami di sini sudah bersusah-payah dan bersungguh-sungguh mengumpul kos itu bagi memenuhi hasrat anak lelaki bongsunya itu.

     Bukan meminta sedekah tetapi hanya ingin memohon sumbangan daripada insan di luar sana yang baik hati untuk memberi sumbangan kepada pelajar agama ini. Abang saya ke sana bukan untuk berjoli. Tetapi untuk menuntut ilmu agama yang lebih mendalam. Abang saya dijangka ke sana selepas STAM (bulan 10 ini).

" Bagi info yang lebih lanjut, boleh ke blog NIK FIRDAUS "

5 Comments

  1. Sejek dari dulu lagi,pelajar agama langsung tak diberi sebarang bantuan untuk melanjutkan pelajaran. Semoga impian abang awak selamat terbang kesana~ ^_^

    ReplyDelete
  2. memang pelajar kos agama tak dapat bantuan eyh?Ingatkan dapat.InsyaAllah akan ada yang sudi mebantu :)

    ReplyDelete
  3. in shaa allah lau ade rezki lebih ct tolong...tp kluarga ct pon ade krisis kwgn jugk skrg...huhuhu..apepon ct doakan semuanyer selesai dan abg kamu dpt melanjutkan pelajaran..in shaa allah :)

    ReplyDelete
  4. aiwah..kerajaan xbgi bantuan bgi sesiapa yg blajar agama..kena tnggung sndiri..lbh2 lgi blajar di tempat xdi iktiraf oleh kerajaan m'sia...

    ReplyDelete
  5. plajar agama..kerajaan xbgi bantuan...lbh2 lgi blajar di tmpt x di iktiraf oleh kerajaan m'sia

    ReplyDelete