Hujung Minggu Di Bukit Broga
Assalamualaikum dan hai semua. Seminggu tak sempat nak update entry tapi hari ini Ainaa rajinkan diri dan curi-curi taip sambil mata intai notes nak mid-term minggu hadapan ni. Yang mana dah lama ikut blog Ainaa, mungkin tahu la yang Ainaa memang suka hiking sejak 2014 lagi. Last Ainaa dapat hiking adalah tahun lepas di Gunung Stong dan itu kali kedua Ainaa panjat Gunung Stong, Kelantan. Itu lah yang terakhir sebelum sibuk depan final sem dan final exam asasi dan lepas tu masih tak boleh hiking disebabkan musim hujan. Banyak betul halangan padahal hati ni dah meronta-ronta nak redah hutan dan menghayati kenindahan alam semula jadi.
Jadi bila kelab yang Ainaa join ni ada buat trip ke Bukit Broga, apa lagi... Kita join jela walau mula-mula tu ragu nak sertai. Yalah, nak exam kan. Tapi itu lah bila fikir balik apa salah beriadah panjat Broga biar badan sihat dan minda pun cergas. Lagi senang nak baca dan hafal untuk exam mid-term nanti kan. Lagipun Ainaa dah baca kesemua chapter yang akan masuk exam cuma nak buat revision je dan ingat yang mana tak ingat tu.
Dulu Ainaa datang Broga dengan abang-abang Ainaa, tahun 2015 dan sayangnya panjat tak sampai puncak Broga disebabkan masalah kesihatan. Nama pun Broga, masa daki bukit tu bukan dikelilingi pokok-pokok sangat dan tanah pun berdebu jadi yang ada asma macam Ainaa memang kena pakai mask. Nasib baik pagi tadi Ainaa pakai instant shawl jadi boleh buat macam pakai purdah, macam mask. Tak adalah semput lagi. Pukul 6.30 pagi kita orang dah berkumpul tapi bertolak dari UIA Gombak jam 7.30 pagi (TERIMA KASIH SANGAT KEPADA YANG JANJI MELAYU TU). Dari Gombak nak ke Broga, Semenyih tu dalam sejam saja dan kami mula mendaki pukul 9 pagi. Haa yang ni Ainaa sakit hati gila bila sampai je tempat parking kereta bawah kaki bukit tu ada amoi-amoi yang cekik darah jaga tandas kat situ, dan bila nak masuk? SERINGGIT! Amboi, manyak licik punya amoi mencekik darah orang. Hish, geram pula bila ingat balik muka amoi-amoi tu. Okey, lupakan amoi cekik darah tu kita sambung cerita best.
Ainaa lupa la pukul berapa sampai puncak lagi pun Ainaa banyak berehat ambil gambar dan sambil tu nak legakan perut sebu plus pening kepala disebabkan pagi tu sarapan roti saja. Nasib baik la datang kekuatan yang tersembunyi ni untuk sampai ke puncak dah alang-alang datang kan. Sudah laa yang first time dulu naik Broga tak sampai puncak jadi tak akan la kali ni pun nak mengalah? NO WAY lah, bro. Rugi sangat-sangat kalau tak guna peluang yang ada untuk melihat dunia dari atas, tengok keindahannya.... SubhanaAllah, memang cantik sangat view dari puncak. Tak kira la Gunung Stong ke Bukit Broga ke Bukit Gasing atau mana-mana bukit dan gunung, ianya sangat indah tahu. Pemandangan yang kau orang tak akan dapat merasainya kalau tak nak cuba aktiviti lasak ini.
Boleh cuba naik Broga ni kepada yang nak mencuba/newbie. Bukan nak kata tak mencabar, kalau tak mencabar tak akan la tangan Ainaa sampai terkoyak kulit sebab terkena tali time turun tu. Mencabar juga dan setiap bukit dan gunung ada cabarannya tersendiri. Cuma Bukit Broga ni tak setinggi bukit dan gunung yang lain, tak perlu guide dan sesuai untuk newbie.
9 Comments
Seronok juga hiking tapi belum berkesempatan. ^^ Hehehe.. :)
ReplyDeleteperhhh best dpt hiking ni!! Hiking salah satu hobi Unni.
ReplyDeletemuja pun kalau ikutkan suka sangat dari bukit ke gunung. pernah daki bukit keluang, gunung tahan, gunung tebu je. kalaulah ada kesempatan lagi, mmg nak gi. insya Allah.
ReplyDeleteseronoknya hiking. airah pernah hiking 2,3 kali je
ReplyDeleteseronoknya.
ReplyDeleteWah..best ya.. Kak Sue teringin nak hiking tapi takut tak ada stamina ja..
ReplyDeleteWeh weh ! Broga! hehe. Sama lah. kami pun pernah naik. not bad. Try la naik Gunung Datuk kat rembau. best jugak. View sangat naissss <3
ReplyDeleteseronoknya la hiking..lama dah hana tinggalkan semua ni..
ReplyDeleteAda juga impian nak mendaki bukit broga nie..
ReplyDeleteIkhlas Dari
Along Misuari