Hari ini hari Khamis dan rasanya jiwa Ainaa sudah terbang balik Kelantan. Al-maklum la tak sabar nak cuti mid-sem yang akan bermula esok tapi cuti Ainaa hari ni pun dah bermula bila lecturer cancel kelas. Hehe Itu yang rasa dua tiga menjak ni aktif dan gembira semacam je, ada meeting sampai tengah malam pun masih bertenaga sebab hati tengah berbunga-bunga. Apa ingat orang bercinta je hati boleh berbunga? Eh Ainaa sebut je cuti terus kembang setaman hati pun senang, yang lembik dengan meeting, assignment dan kelas pun boleh terus aktif dan bertenaga jadinya. Alaa Ainaa tahu la kau orang semua pun sama kan, kan.

lecturer yang cemburu, lecturer, mid semester, mid sem, mid term, uia, uia gombak, iium,


Sebab hati tengah tak sabar nak tunggu keluarga Ainaa datang jemput itu yang rajin up satu entry padahal depan mata penuh kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Cakap pasal kerja assignment ni kan... Haish, dengki betul la lecturer ni. Pantang kita ada cuti, pantang nampak semua dah tak sabar nak balik kampung, dan-dan tu juga semua lecturer nak bagi assignment. Dan yang paling 'BEST' bila semua assignment, presentation, quiz untuk kelima subjek yang Ainaa ambil tu nak selepas cuti mid-sem. Maksudnya cuti seminggu ni tak ada maknanya cuti. Lecturer ni memang kan, cemburu dengan kita.

Yang mana lecturer dah awal-awal 'dera' students dia sebelum cuti mid-sem bermula ni memang untung la sebab boleh bercuti seminggu ni sepuas-puasnya. Memang la terseksa tapi berbaloi sebab selepasnya dapat la top up balik tidur yang tak cukup tu untuk seminggu. Tapi tak apa lah ya, pandai-pandai kita bahagikan masa cuti ni supaya nanti balik hostel semula tu dah dapat siapkan semua assignment dan get ready untuk presentation yang akan datang bertubi-tubi pada hari yang sama dan minggu yang sama. Kita redha je bila lecturer yang cemburu.

5 Comments

  1. Cemburu positif ni Ainaa..hihi...

    ReplyDelete
  2. Adatlah dunia orang belajar macamtu.
    Apa2 yang kita ceburi pun, perlu kesungguhan.
    Semoga Ainaa dapat pointer yang tinggi.
    3.8 boleh?

    ReplyDelete
  3. Haha.. Betui jugaq tu.. Ehh, rindu pulak zaman belajar dulu *sobs*

    ReplyDelete
  4. hehe biasalah tu sis dekat rumah pun kena menulis, dekat tempat belajar pun kena menulis. silap silap makan pun sambil menulis hehehe

    ReplyDelete