Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang


Dari zaman sekolah lagi Ainaa berminat sangat nak join aktiviti social macam ni dan akhirnya tercapai juga bila assignment Ainaa untuk satu subjek ni, kita orang perlu buat kerja amal di rumah orang tua. Jadi kumpulan Ainaa seramai lapan orang pun pilih Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang untuk beramah-mesra dengan orang tua-tua memandangkan kita orang semua tak pernah lagi join aktiviti amal macam ni. Bertarikh kelmarin, 6 Mac 2017, kita orang pun sewa kereta dan pergi ke sana. Mula-mula itu agak janggal la dan tak tahu nak buat macam mana. Lagipun kebanyakkan makcik-pakcik di Pusat Jagaan Al-Fikrah adalah orang tua-tua yang terlantar sakit, ada yang berkerusi roda, ada yang OKU dan tak ramai makcik-pakcik yang boleh berjalan. Jadi kami agak kelam-kabut bila kumpulan kita orang lapan orang je dan semuanya perempuan sedangkan penghuni Al-Fikrah lebih kurang 70 orang semuanya.

Nasib baik juga pada hari yang sama ada pelajar-pelajar politeknik dari Nilai yang datang ke sana dan mereka pula majoriti lelaki, kita orang lapan tu semua perempuan. Jadi lagi meriah bila gabungkan dan kita orang pun dapat layan semua pakcik-makcik tanpa ada yang terasa hati. Yang Ainaa cerita kalut tu, sebab mula-mula datang kami berlapan dan ada lah kumpulan Ainaa buat sandwich untuk makcik-pakcik... Masa itu lah agak kelam-kabut bila seorang pakcik ni panggil, baru jalan nak pergi kat pakcik tu.... Pakcik yang lain pula yang cuit duk panggil-panggil. Haa, sampai tak tahu nak tunaikan perminat pakcik-makcik yang mana dulu.

Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang
Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang

Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang

Hormat orang tua, kerja amal, pusat jagaan al-fikrah kajang, kajang, rumah orang tua kajang


Tapi kejap je kita orang kelam-kabut. Yalah, mula-mula kan. Selepas itu? Seronok sangat! Dapat bawa makcik-pakcik pergi kebun untuk sembang-sembang sementara kita orang pula berkebun, dapat borak-borak dengan pakcik-makcik dan main teka-teki, layan pakcik-makcik karaoke lagu-lagu lama dan dapat suap makanan kat mereka. Pengalaman yang kita orang tak pernah rasa, memang digunakan sehabis-habisnya untuk kutip pengalaman tu. Sebelum ni biasanya mereput dalam bilik, tapi kali ini kita guna tenaga dan kasih-sayang kepada pakcik-makcik. Seronok tahu layan pakcik-makcik berborak. Dia orang semua pandai buat lawak dan kita pun bila dapat hiburkan pakcik-makcik, rasa bahagia je.

Jadi sesiapa yang nak rasai pengalaman ke rumah orang tua-tua, boleh la pergi Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang. Atau yang mana sibuk, tak sempat nak ke sana tapi mampu dari segi kewangan, boleh salurkan bantuan ke Al-Fikrah. Lagipun mereka memang hanya bergantung sepenuhnya pada sumbangan orang ramai. Jadi di alu-alukan siapa saja yang nak beramal boleh layari facebook, PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA.

5 Comments

  1. Allhamdulillah... seronokkan aina bila dpt menyelami perasaan mereka semua... semoga diteruskan kerja amal tu sis... :)

    ReplyDelete
  2. wahh..seronoknya bila dapat melawat ke tempat-tempat macam ni..

    ReplyDelete
  3. Aktiviti amal yang bagus.
    Tentu mereka seronok dikunjungi.

    ReplyDelete
  4. baru join kerja amal untuk JDT Blogger...insyallah..lepas ni kami nak pergi melawat ke rumah orang-orang tua pulak...

    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete