Percaya atau tidak, itulah yang telah berlaku dan sedang berlaku. Manusia yang tidak bertanggungjawab sengaja mengambil peluang dengan kegilaan peminat novel yang memburu novel limited edition. Novel yang memang tiada dijual dimana-mana kedai buku di dunia sekalipun. Novel limited hanya boleh dibeli secara online sama ada dengan penulis itu sendiri atau dengan penjual buku online. Dahlah novel limited ini biasanya tiada ulangan cetakan. Jadi mana-mana peminat novel yang tak sempat beli, meroyan la jawabnya.

Tajuk novel apa yang diterbitkan secara limited? Ada banyak. Tapi dalam banyak-banyak novel limited yang diterbitkan, ada satu novel L.E yang sangat rare sampai orang sanggup menjualnya dengan status novel terpakai tapi berharga RM600! Amekaw. Gila tak gila.

Nak tahu novel melayu apa yang sangat-sangat rare dan ramai peminat novel yang sedang memburu novel ni? Rasanya kalau yang memang dah peminat novel, kau orang mesti dapat teka. Tapi yang tak berapa nak minat novel mesti nak tahu kan novel apakah yang sampai mencecah harga beratus-ratus ini. Novel itu adalah novel....



NOVEL PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA


Ataupun singkatannya novel PYPAC. Inilah Novel yang sangat rare. Novel yang ditulis dan diterbitkan oleh penulis Acik Lana sendiri pada tahun 2013 di bulan Januari yang merupakan cetakan pertama novel PYPAC. Kalau nak tahu juga, novel PYPAC ini ada dua cover. Yang ada koleksi dengan Ainaa adalah cover yang lama. Seperti gambar kat atas tu. Yang lagi satu cover lain untuk cetakan kedua atau ketiga novel PYPAC.




Tersangatlah rare kan? Paling murah orang jual RM200. Paling murah.... Pitam. Rasa memang tak berbaloi langsung tapi memang ada je yang beli walau tak ramai. Kalau Ainaa memang rela tak beli. Dengan RM200 tu, macam-macam novel yang Ainaa boleh beli. Kalau beli jugak, memang kerja gila! Ainaa beli novel PYPAC dengan Acik Lana dulu, harga RM40+ termasuk poslaju. Dan sekarang orang jualnya RM600? Kau orang kira sendiri berapa banyak yang diorang mencekik darah.

Memanglah itu hak mereka nak jual berapa-berapa pun.Tapi janganlah yang begitu melampau! Kalau ya nak ambil untung, jual RM100 ke bawah pun berderu yang datang menyerang. Tak percaya, cubalah jual koleksi PYPAC kau orang. HAHA Ainaa sayang ooii semua novel-novel Ainaa.



BEST SANGAT KE NOVEL PYPAC INI?

Pendapat Ainaa, novel PYPAC ni best walau orang kata typical malay novel. Tapi ianya ada kelainan tersendiri. Memandangkan Acik Lana juga salah seorang penulis yang Ainaa minat, bagi Ainaa novel-novelnya memang best. Kalau tak, novel beliau tak akan laku keras seperti sekarang. Memang laju je laris. Lebih-lebih lagi novel PYPAC. Dan kalau lah tak best, masakan karya Acik Lana pernah mendapat Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2013.



SINOPSIS NOVEL PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA :



Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

You know what Karl?  I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect  to come back like nothing’s wrong?..  ~ Bunga

Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.




BACA SECARA ONLINE BAB AWAL NOVEL PYPAC :


**Pesanan khas dari Ainaa, jangan meroyan mencari novel PYPAC ini selepas baca bab awalnya jika anda rasanya menarik. Kecuali la kau orang sanggup nak beli beratus-raus tu. ^__^





7 Comments

  1. Novel2 Acik Lana adalah terbaik....seriously sangat2 terbaik

    ReplyDelete
  2. yupp, bila limited mmg harga boleh naik macam handbag branded juga.. Cik Ti pun tak sanggup nak beli novel memahal..

    ReplyDelete
  3. mahalnya... RM600...!! wow....
    tapiiiii... sebenarnya kenapa di buat limited edition...?
    dia tak guna publisher ke...? cetak dan edar sendiri...?

    ReplyDelete
  4. penulisan acik lana memang best untuk dibaca

    ReplyDelete
  5. kita suka acik lana pnya cerita! tapi 600 tu. pergh, kirim salam. kang x pasal orang donlod haram

    ReplyDelete
  6. Salam sis, can i rent this novel? Or let go? Bebetul dah meroyan cari novel ni tak dpt2. Pls :(((

    ReplyDelete