AFB FEEDS

Emma Maembong Mula Berhijab


ASSALAMUALAIKUM !!





Hari ini, nak update tentang artis sikit. Walaupun tak gemar ambil tahu pasal artis
tapi still skodeng-skodeng jugak laman web MyNewsHub.My Terjumpa entry 
pasal Emma Maembong ni masih mencuba untuk berhijab.


Syukurlah semakin ramai sekarang yang mula berhijrah. Tapi semoga-moga
bukan berhijrah fizikal sahaja, berhijrahlah sambil mendalami ilmu agama lagi. Yang kita
dah lama berhijab ni pun kena belajar lagi. Kita berhijab tak semestinya kita dah cukup alim. 
Ilmu ini, belajar sampai akhir hayat pun belum habis lagi. 


Ok, berbalik kepada Emma Maembong tadi. Jom kita baca cerita pasal dia.



 PETIKAN DARI MY NEWS HUB :



Kuala Lumpur – “Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.

“Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim.
” Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata. – myMetro Online

You Might Also Like

6 Surat Cinta

  1. Ya Allah, cantik sungguh bila dia bertudung... manis je kalau macam ni...

    ReplyDelete
  2. Cantik sgt.. dia nie.. dah berhijab

    ReplyDelete
  3. Lawa Emma bertudung.. :D
    Btw, Jom join Giveaway! Sdg mencari 34 pemenang dan 50 peserta. ^^
    http://ana-myhusna-life.blogspot.com/2013/12/simple-giveaway-by-anamyhusna.html

    ReplyDelete