Drama Sweetheart Fantasia


Assalamualaikum!




Kutahu.... Daku ini ketinggalan zaman. Hehe
Baru tahu hari ni jea kewujudan drama aklusif ini, Sweetheart Fantasia.
Nampak trailernya macam best aje. Terus tanya inchik google. Sekejap aje jumpa.
Jadi nak kongsi sedikit info yang saya dapat mengenai Sweetheart Fantasia ini.

Drama eklusif ini baru saja ditayangkan pada 11/11/13 lalu di Tonton.Com.My. Diinspirasikan
oleh dua jenama haruman yang terkenal iaitu SilkyGirl dan SGMen. Drama romantik
komedi ini mempunyai sebanyak 13 episod dibintangi oleh Emma Maembong
sebagai duta SilkyGirl dan Syarul Ridzwan sebagai duta SGMen.

Drama ini ditayangkan pada setiap hari isnin dan jumaat jam 12 tengah hari.

Lagi info tentang drama Sweetheart Fantasia :
 sumber : Media Hiburan
Bermula 11 November lalu, Silkygirl dan SG Men telah melancarkan sebuah siri web 'Sweetheart Fantasia' hasil lakonan duta bintang Silkygirl, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan di portal Tonton.  
Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing. 
Menerusi 'SweetHeart Fantasia', Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baru yang pernah gagal dalam percintaan sebelum ini sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia.
Siri web ini turut memperkenalkan elemen interaktif buat penonton menerusi beberapa siri peraduan mini sebelum ini. Peminat telah menyertai ujibakat bersama Emma dan Syarul untuk watak lakonan dalam siri web ini. Sepuluh peminat bertuah telah dipilih dan ditampilkan sebagai pelakon dalam kesemua episod siri ini. Selepas tayangan episod akhir kelak, penonton berpeluang memilih ‘Aktor/Aktres Pembantu Terbaik” yang akan memenangi hadiah tunai serta barangan SILKYGIRL dan SG Men.
Malah bermula 11 November lalu, penonton turut berpeluang memenangi barangan daripada SILKYGIRL dan SG Men, apabila menjawab dengan tepat soalan yang dipaparkan di akhir tayangan setiap episod web.
Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.sweetheartfantasia.com serta www.tonton.com.my 


Kita dah satu sedikit sebanyak info tentang drama ini.
Sekarang mari kita lihat pula trailer Sweetheart Fantasia.




Lihat saja drama eklusif ini tiba-tiba terdetik mahu buat GA yang hadiahnya
merupakan minyak wangi jenama SilkyGirl dan SGMen.




haha tunggu daku ini ada rezeki lebih laah ya laling 

4 ulasan:

  1. banyak betul drama baru skrg ni.. huhu

    BalasPadam
  2. Cerita ni best. =) so far I tengok kat tonton dah episod ke -2 =D hari tu selepas tengok episod 2, ada peraduan lagi tu. jawab 2 soalan , pastu boleh menang minyak wangi sweetheart dan fantasia yang diautograph oleh emmadan syarul. Excited sangat. =D

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.