Dosa Kaum Hawa Di Alam Maya
Assalamualaikum!
Bukan hari ini saja, malah sudah bertahun-tahun sejak adanya FB di Malaysia
kaum hawa mula membuat dosa di alam maya. Mereka membuat dosa dengan mengupload
gambar mereka. Sekarang, muncul pula laman sosial yang bernama Instagram. Lagilah membuatkan
perempuan 'menggila' upload gambar mereka. Baguslah, teruskan saja.
Ops. Anda kena faham maksud upload gambar yang saya sebutkan ini.
Tak salah nak upload gambar kat FB, Instagram, blog atau mana-mana lagi laman sosial.
Saya tak kata tak boleh. Tapi ada syaratnya.
Gambar Kaum Hawa Yang Boleh Bawa Kepada Dosa :
- TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA -
Ramai dah kut yang tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut syariah Islam. Tapi kalau ada yang belum tahu, boleh rujuk di entry INI. Di entry tersebut ada nyatakan kesalahan dalam pemakaian kaum hawa. Harap dapat memahami serba sedikit.
- LIRIKAN MATA DAN SENYUMAN YANG MENGGODA -
Yang ni memang dah sah-sah salah. Sedangkan secara berhadapan dengan lelaki pun kita salah melakukannya kecuali suami kita, apatah lagi sebarkan gambar dengan lirikan manja dan senyuman yang menggoda. Yang disengajakan. Memang berdosa. Sebab lelaki ni 9 akal 1 nafsu. Nafsunya hanya ke arah perempuan. Atau lebih dikenali nafsu syahwat! Kadang-kadang, tanpa kita sedari pun nafsu lelaki boleh timbul tau? Nak tahu macam mana? Boleh rujuk di entry INI.
- BERTUJUAN MERAIH PERHATIAN/PUJIAN ORANG LAIN -
Biasa tak kita ternampak orang upload gambarnya dan mereka tulis 'Saya tak cantik macam orang lain', 'saya biasa saja. tak comel pun' dan macam - macam lagilah! Dan sudah tentu yang update status begini adalah kaum hawa. Ada yang saja update status camtu dan ada kawan-kawan FB yang puji-puji. Mereka mahu dipuji. Mahu perhatian dari orang ramai lebih-lebih lagi lelaki. Macam nak jual rupa pun ada. Tapi tak semua begini. Kalau anda tak pernah ada niat macam ni mohon jangan terasa atau sentap ya.
Boleh anda nyatakan kenapa anda upload gambar anda?
Untuk rakan-rakan tahu yang FB, Blog atau Instagram itu milik anda?
Tapi perlu ke update gambar yang beriaksi 'duck face' atau 'pappy face' etc?
Atau ada niat tersembunyi? Mahukan pujian? Ingin menyatakan satu dunia bahawa anda
mempunyai wajah yang cantik, comel, ayu, kacak? Diri anda sendiri ada jawapannya.
- TEPUK DADA TANYA SAMA HATI -
12 Comments
apapun terpulang kepada diri individu itu masing2 kan?
ReplyDelete@FARAH yup! ^_^
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera.. semuanya bergantung pada niat di pangkal hati :)
ReplyDeleteTengah try tapis balik gambar-gambar kat FB. :)
ReplyDeletehttp://shazrinmraz.blogspot.com/2013/11/muslimah-zaman-internet.html
ReplyDeleteEntri kita hampir sama, jom baca entri saya pula! :)
Wah...kdg2 sbb kecik je kan...thanks mengingatkan =)
ReplyDeleteTepuk dada , tanya iman . Masing-ii dah besar , boleh fikir halal dan haram (: #Nasihatuntukdirijuga .
ReplyDeletekena lebih berhati2 bila nak upload gambar. kita tak tahu org tengok gambar kita dgn perasaan yg macam mana kan. takut pulak klu ada yg ambil gambar kita dah letakkan di page2 tak senonoh.
ReplyDeleteBahaya fitnah akhir zaman. Kadang-kadang kita rasa benda tu kecik padahal dosa berganda.
ReplyDeleteWlpun Muz bkn kaum Hawa, tp Muz sndri pon tak exposekan diri dlm lmn sosial, jarang yg amat sgt ltk gambar sndri..Huhu
ReplyDeletesebab tu kena hati2 upload gmbr kan?saya now dah tapis gambar dulu dulu.ada yg dah pivatekan~~
ReplyDeleteYup betoi tu! Kena tapis lagi gmbr yg xpatut disebar dlm fb..thanks for nasihat ;)
ReplyDelete