Apabila Menerima Kunjungan Dari Jepun
Assalamualaikum!
Sebenarnya cerita ni cerita dah basi. Dah lama berlaku.
Tapi baru hari ini saya mahu kongsikan cerita apabila saya menerima kunjungan
dari Jepun. Bukan saya yang pergi ke Jepun ya. Yang tu InsyaAllah akan datang jika ada rezeki. hihi
Saya menerima kunjungan dari Jepun ini pada 20/08/13.
Haha Kan dah cakap, cerita dah basi. Dah nak masuk tiga bulan yang lalu.
Macam mana orang Jepun boleh sampai ke rumah saya ni? Ini sebab, kawan kepada abang saya
tu dia belajar kat Jepun dan mahir berbahasa Jepun. Jadi pada bulan tu, kebetulan dia pulang ke
Malaysia kerana bercuti dan kawan-kawannya dari Jepun juga mahu datang melawat ke negara kita ini.
Kira kawan abang saya tu jadi tourist guide lah kepada kawan-kawannya itu.
Inilah mereka. Yang hujung pegang baby tu kawan abang saya. Dan baby tu
anak saudara saya. Tudiaa... mereka tengah makan goreng pisang dan cucur bawang yang dibeli.
Air teh ais dan biskut-biskut raya turut dihidangkan. Seronok saya tengok diorang yang jakun
melihat dan makan makanan yang dihidangkan. Hehe
Seperti yang anda lihat. Mereka suka buat gaya 'peace' tu. Kata kawan abang
saya.... Orang Jepun memang suka bergambar. Lagi satu, saya dengan family banyak diamkan
diri saja. Hanya kadang-kadang apabila nak jemput dia minum dan makan suruh kawan abang
saya yang cakap. Bak kata mak saya, macam itik dan ayam. Haha
Kita tak tahu apa yang dikatakan dan mereka pun tak tahu apa kita kata.
Sama-sama tak faham. Mereka pulak kurang fasih dalam bahasa inggeris. Memang
senyum tunduk senyum tunduk ajelah! Hihi
Tapi adalah juga dengar mereka cakap bahasa melayu sepatah dua. Kawan abang saya
yang ajar. Ada sebut manis, comel, terima kasih dan ada beberapa perkataan lagi.
Seronok dia pegang baby. Hehe anak saudara saya kan bermata sepet.
Tapi kata orang-orang Jepun tu, dia kata mata anak saudara saya dah dikira besar oleh mereka.
Maknanya mata kita orang yang tak sepet, sederhana aje ni... Mereka nampak besar sangat kut. Haha
Sungguh! Saya kagum dengan perangai mereka yang hormatkan tuan rumah.
Sebelum keluar dari rumah, mereka tunduk hormat depan pintu rumah saya sambil ucap
terima kasih tak henti-henti. Lambai-lambai ke arah kami walaupun kereta sudah
bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
Seronok dapat tetamu macam mereka.
Paling suka masa dia panggil saya 'Ina-San'. Ahak!
Masa tu dia terdengar kawan abang saya panggil saya jadi dia pun ikut.
Tapi tak berapa dengar dia sebut 'Ina' tu. Tapi macam lidah dia boleh sebut aje.
Jutaan terima kasih kepada kawan abang saya yang sudi bawak kawan-kawannya
dari Jepun ini datang ke rumah. Terima kasih juga kepada kawan-kawannya itu.
Arigatou gozaimasu! ☆*:.。. o(≧▽≦)o .。.:*☆
6 Comments
http://artisarainbow.blogspot.com/2013/11/2nd-giveaway-by-artisarainbow.html
ReplyDeletejom join giveaway kedua sya ada lbih 40 hadiah menanti!! btw bestnye ada org jepun dtg rumahh!! jelezz nye....!! hehe
Suka baca n3 gini ;)
ReplyDeletebaru je nak ngorat awek jepun.. tp cerita lama. hehe
ReplyDeleteBestnya... Suka Ina baca entry ni :D Hehehe.
ReplyDeleteJemput lah join GA Ina : http://sebabakusabrina.blogspot.com/2013/11/end-year-giveaway-by-sabrina-sa-nur.html
Gambar dye dengan orang jepun takde ke? :)
ReplyDelete@shakira - hehe ada tp xletk. tuan tanah tetap jd misteri ;D
ReplyDelete