Hari ni tiba-tiba terniat mahu kongsi
karya saya dengan korang dekat blog ini. Biasanya
saya akan post di blog karya saya. Yalah, hari tu korang dah
tahu pasal ENTRY INI kan?

Jadi sebagai berterima kasih kepada yang ucap congrats kat
saya tu. Ini ada sedikit karya saya yang dalam
proses manuskrip. Tapi tak tahu siap bila sebab tahun ni
saya stop menulis. Next year SPM so lepas SPM kut sambung bekarya.

Ni prolog baru. Tajuk sebenar Suamiku Orang Kelantan?,
tapi rasa macam tak hot aje tajuknya jadi maybe akan bertukar kut.
Apa-apa pun jangan segan silu komen. Ngee =D




“Anna Mumtaz.” Anna berpaling ke arah lelaki yang tersengih-sengih memandangnya. Hee! Mahu saja dicepuk lelaki yang tak faham bahasa ni. Dah kata tak suka tapi dikejar juga.

“ You nak apa hah? Tak reti bahasa ke? Muka macam longkang ada hati nak pikat I. Hye! Pergi cermin diri you tu dulu sebelum nak pikat I. Dasar anak kampung.”

“Eh, sedap awok jah oyak sayo muko mace loke deh. Awok tu hah, koya tak habis.” Balas Firdaus dengan loghat Kelantan.

Inilah yang dibenci Anna. Lelaki yang ingin memikatnya itu bukan tidak kacak, malah mukanya seperti Fizo Omar sahaja. Tetapi asal usul Firdaus yang membuatkan dia benci lelaki itu. Firdaus, anak jati kelahiran Kelantan. Anna benci dengan loghat Firdaus.

“What? Boleh tak cakap bahasa surat? Kampung betul you ni!”

Firdaus menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah nasibnya terpikat dengan perempuan seperti Anna Mumtaz, belagak aje lebih! Asyik nak hina keturunannya. Tak apa, dia bukanlah jenis berputus asa. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

“Nah, nevermind. Tok balik lagi ko? Hari gelap doh ni.” Pertanyaan Firdaus tidak diendahkan Anna walaupun sebenarnya Anna faham apa yang ditanya Firdaus.

“Tak nak balik lagi ke? Dah malam ni.” Tanya Firdaus semula tetapi sudah tidak dengan loghat Kelantan.

“You nak kisah apa hal?”

“Amboi, kasarnya. Tak boleh cakap lembut-lembut ke? Kan lembut itu sifat peribadi yang ada dalam diri wanita.”

“I nak berlembut dengan you buat apa? Buang karat aje.”

“Oh, saya lupa. Awak kan orang bandar. Orang bandar memang dah tak ada sikap sopan santun kan? Emm, you know what… gadis-gadis yang ada kat kampung saya cantik-cantik semuanya. Sopan… lemah-lembut dan yang paling penting pandai menguruskan rumah.” Ujar Firdaus sengaja ingin menyakitkan hati Anna. Padahal bukan semua orang bandar macam Anna ini.

“Hee! Sakit telingan I tahu! Jangan nak puji sangat lah. Hah! Kenapa you tak pergi pikat aje gadis kampung tu, kan diorang tu lebih bersopan santun, lemah lembut dan pandai menguruskan rumah.” Balas Anna sambil menjulingkan matanya ke atas dan mencebik.

“Ha’ah, kenapa ya saya tak pergi pikat diorang aje? Kahwin aje dengan gadis kampung. Bodoh saya kan sebab terhegeh-hegeh dengan gadis bandar yang tak tahu adat sopan, kasar, berlagak....” sinis Firdaus lagi. Anna bangun dari kerusi kulitnya. Tangan dihentak ke meja dan menjegilkan mata ke arah Firdaus.

“Tapi nak buat macam mana kan... gadis bandar tu dah curi hati saya. Saya nak minta pulangkan semula pun saya takut. Garang sangat. Jadi saya biarkan je hati saya kat dia tapi dia kena ganti semula. Ganti dengan hati dia. Saya tak nak separuh. Saya nak semua. Saya nak miliki semua hati dia. Saya nak bertakhta di hati dia.”

Hati Anna bergetar halus. Terasa lain, perasaan yang tidak diketahuinya. Tapi tidak diendahkannya, egonya melarang dia untuk terus berperasaan macam itu. Meja dikemas ala kadar dan terus beg tangan berjenama RedValentino dicapai dan woman briefcase juga diambil.

Firdaus ralit memerhati tingkah laku Anna yang berpakaian dress singkat paras lutut tanpa lengan. Saat Anna melaluinya dia bersuara.

“Jangan berpakaian macam ni lagi. Awak buat saya nak terkam aje awak kat sini. Jangan nak salahkan saya kalau awak hilang virginity. Awak berpakaian macam ni seperti saja awak berbogel. Lelaki mana-mana pun akan terkam awak.” Pesan Firdaus lalu terus keluar dari pejabat Anna. Meninggalkan Anna yang tergamam.

“Wh…What?”

*kalau ada silap penggunaan bahasa minta ditegur. :)
*english tak betul? minta perbetulkan. :)

2 Comments

  1. Saya orang Kelantan.
    Isteri saya orang KL.
    Isteri saya dah biasa bergaul dengan orang pantai timur semasa belajar medic kat Ireland.
    Semasa mula-mula nak kenal dulu isteri saya pun terkejut bila saya cakap saya orang kelantan sebab saya cakap KL tanpa loghat Kelantan.

    Sekarang 2013.
    Orang Kelantan pun dah ramai jadi pendidik,jurutera,saintis,doktor dan sebagainya.
    Orang Kelantan sebenarnya boleh cakap KL sebab ia diajar dalam subjek Bahasa Melayu kat sekolah.
    Cuma bila tinggal di Kelantan oleh kerana masyarakat Kelantan kebanyakannya menggunakan loghat Kelantan.
    Susah nak buang loghat tu terutamanya bila berkomunikasi dengan orang luar.

    ReplyDelete