Orang kata... siapa yang miliki mata kecil dan sepet tu comel. Kita orang Melayu kebiasaannya memiliki mata yang sederhana besar, sedang-sedang la tak besar tak kecil. Tapi biasalah bukan setakat King Coco tu je yang ada mix pelbagai negara, kita pun tentu ada latar belakang yang berbeza-beza dan ikut genetik. Jenis mata sepet ni, ada yang memang asal mata dia kecil dan ada juga yang jenis mata akan sepet bila ketawa, dan sepet tu membuatkan seperti dia miliki mata kecil padahal tak. Kau orang dalam kategori yang mana? Ainaa kategori ketawa tak nampak mata sampai kalau tangkap gambar orang akan fikir mata Ainaa sepet padahalnya tak pun, ada je ni kelopak mata. Apa penyebab mata kita jadi sepet bila ketawa ni? Ainaa tak tahu sebab sebenar tapi mungkin juga sebab memiliki pipi 'pau' atau bahasa kasarnya gemuk. Mungkin la. Kau orang kalau tahu sebab-sebabnya boleh share di ruangan comment.
Sekarang, baru nak masuk pada topik. Kepada sesiapa yang memiliki mata yang kecl dan sepet, ketahuilah ianya adalah kelebihan anda sendiri jadi tak perlu malu tak perlu segan. Perkongsian yang ditulis dibawah ni hasil penulisan dari laman web Hanasuva
(http://hanasuva.com/).
KELEBIHAN MEMILIKI MATA KECIL DAN SEPET
1. Orang tak tahu apa yang anda lihat/pandang
Ini antara kelebihan mereka yang memiliki mata kecil atau sepet. Mereka boleh melihat apa saja yang diinginkan tanpa orang lain tahu dan tidak akan kantoi!
2. Anda boleh tidur & tidak siapa yang tahu
Bila memiliki mata kecil/sepet, orang tak tahu sama ada anda sedang buka atau tutup mata. So, anda tak ada masalah untuk tidur dalam kelas.
3. Wajah anda tiada emosi
Mata memainkan peranan penting untuk menunjukkan sesuatu emosi. Tapi, jika anda memiliki mata kecil, susah untuk orang baca reaksi emosi anda!
4. Anda seorang yang cool!
Orang yang mempunyai mata kecil seorang yang cool dan tenang kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat reaksi terkejut!
5. Pakai cermin mata nampak elok je
Mata kecil beri kelebihan dalam pemilihan kaca mata. Anda boleh pilih apa saja jenis bingkai, janji bingkai tersebut lebih besar dari mata anda.
6. Tiada eye-bag & susah untuk tunjukkan mata letih
Berbeza dengan mata besar, keletihan mata atau berat mata tidak terjadi bagi mereka yang bermata kecil! Apa tu eye-bag? Nehh…
7. Anda memiliki senyuman yang comel
Orang yang bermata kecil ni, apabila tersenyum, mata mereka pun akan turut tersenyum. Kan comel tu!
8. Paling mudah nak lukis wajah anda
Selalunya bahagian paling susah untuk melukit potret wajah seseorang adalah di bahagian mata. Tapi mata anda paling senang nak lukis!
9. Anda memiliki pandangan mata yang tajam
Bila anda tak ada mood, cara mudah untuk beritahu orang sekeliling adalah dengan memberi pandangan tajam anda.
10. Mata kecil/sepet adalah trend sekarang
Lihat jelah wajah kacak dan cantik pelakon-pelakon Korea dan Jepun. Memang boleh buat cair!
3 Comments
Hihihi..cute jekan...apa pun kita syukur dengan setiap kurniaan daripada Allah...jaga elok-elok..
ReplyDeleteJu baca no 2 ngn 8 tu automatik ktwa hahahaha comel je =D
ReplyDeleteCM suka part no.5
ReplyDelete